Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
281) PENEROKAAN BIDANG BAHARU
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan sumber dan jumlah pendapatan Kerajaan Negeri yang sedia ada?
-
Apakah Kerajaan Negeri bergantung harap kepada pendapatan sedia ada yang sebahagiannya dijana melalui cukai?
-
Nyatakan sekiranya Kerajaan Negeri melaksanakan kajian & penerokaan bidang baru yang boleh menjana pendapatan negeri?
282) ISU KILANG HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah terkini dan senaraikan kilang haram yang masih lagi beroperasi di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah dan senaraikan kilang haram yang telah diputuskan bekalan elektrik selepas TNB memberikan kerjasama untuk melaksanakannya?
-
Adakah usaha tersebut berkesan?
283) PEMBANGUNAN TANAH TANPA PERMIT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan meningkatkan hukuman bagi pemilik tanah yang melakukan pembangunan tanpa permit dan mengakibatkan masalah seperti banjir lumpur dan sebagainya?
284) SKIM AIR DARUL EHSAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk memperluaskan skim ini kepada golongan M40 kerana ada sesetengah mereka mempunyai tanggungan yang besar meskipun gaji melebihi RM 4000 sebulan?
-
Adakah kerajaan mempunyai hasrat untuk meningkatkan kadar air percuma 20 meter padu kepada 30 sebagai contoh?
285) LAWATAN KERAJAAN NEGERI KE LUAR NEGARA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri menggalakkan delegasi mewakili Kerajaan Negeri melawat ke luar negara?
-
Nyatakan jumlah kos yang dibelanjakan bagi tahun 2018 - tahun 2019 untuk urusan menarik pelaburan ke Negeri Selangor?
-
Nyatakan jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk hasil lawatan tersebut?
286) PELARIAN DALAM DUN TERATAI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik bilangan pemegang kad UNCHR yang tinggal di Teratai?
-
Adakah Kerajaan Negeri pernah melakukan bancian isi rumah warga asing di kawasan DUN Teratai?
-
Adakah perancangan melaksanakan bancian susulan lambakan warga asing yang tidak terkawal Di Pandan Mewah, Tasek Permai?
287) GLC
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai aset semua yang dimiliki oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor?
288) PENGOREKAN PASIR LAUT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Kegiatan mengorek pasir laut yang tidak pernah dilesenkan di muara Sungai Langat dilaporkan telah menjejaskan pendapatan para nelayan di Kuala Langat. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengawal kegiatan ini?
289) PENCEMARAN DI LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha terkini Kerajaan Negeri lakukan bagi mengekang kekerapan berlakunya pencemaran dan penutupan loji air Semenyih?
-
Nyatakan statistik yang telah dikenakan tindakan melalui penguatkuasaan undang-undang oleh pihak Jabatan Alam Sekitar atau MPKj bagi tahun 2016- 2019 di Sungai Semenyih.
290) KEPERLUAN INFRASTRUKTUR LOKASI RIADAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan melalui PBT bersama sektor swasta berhasrat untuk menambah kemudahan di Tasik Widuri Bukit Beruntung yang mempunyai potensi menarik pengunjung tempatan beriadah walaupun difahamkan tanah tersebut adalah milik swasta?
-
Sub-soalan telah di tolak