Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
31) PENDIDIKAN KHUSUS TVET
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah ada usaha dari kerajaan untuk memberikan pendidikan TVET khusus bagi para pelajar yang gagal dalam akademik?
32) PERANAN WKB2030
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Sallehudin Bin Amiruddin
Kategori: Mulut
-
Baru-baru ini kerajaan pusat telah melancarkan WKB2030. Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Kerajaan Negeri dalam merialisasikan WKB2030?
33) PELABURAN DALAM BIDANG AERO ANGKASA ( KAWASAN SUBANG )
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah yang telah berjaya dan/atau akan dilaburkan?
-
Apakah syarikat-syarikat yang telah terlibat dan berapa jumlah pelaburan tersebut telah di buat ?
-
Apakah mekanisme yang telah di gunakan untuk memastikan bahawa pelaburan tersebut akan berjaya?
34) BADAN PENGURUSAN BERSAMA FLAT (JMB)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak pangsapuri atau flat tiada JMB atau JMB kurang aktif. Tiada penduduk yang berminat menubuhkan JMB baru dan kutipan yuran penyelerengan tidak memuaskan. Hal ini menimbulkan kesukaran untuk menjalankan segala urusan. Apakah tindakan akan diambil demi menyelesaikan masalah ini?
35) PENGGANTIAN PAIP AIR LAMA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jarak paip air lama yang siap diganti dan baki yang masih belum diganti serta kos perbelanjaan keseluruhan?
-
Nyatakan kadar peratusan non revenue water (NRW) terkini di Selangor?
36) PROGRAM PENGASINGAN SAMPAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor akan melaksanakan pengasingan sampah?
-
Apakah anggaran kos yang boleh dijimatkan lepas melaksanakan pengasingan sampah?
-
Apakah halangan untuk perlaksanaan pengasingan sampah?
37) PEMBANGUNAN INDUSTRI EKONOMI DIGITAL
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam membangunkan industri ekonomi digital di Negeri Selangor?
-
Sejauh manakah tumpuan kepada pembangunan ekonomi digital dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat?
38) MASJID PENGURUSAN JAIS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
-
Apakah matlamat perlaksanaan pentadbiran masjid yang diletakkan di bawah pengurusan JAIS?
-
Apakah perlaksanaan perkara tersebut tidak menyalahi undang-undang yang sedia ada?
-
Adakah benar pemilihan masjid untuk diurus pentadbiran oleh JAIS hanya membabitkan masjid berdana tinggi kadarnya?
39) SUMBER AIR MENTAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menubuhkan agensi penguatkuasa khas untuk memantau dan mencegah sumber air agar bekalan air bersih dalam negeri tidak tercemar?
40) PROGRAM 3W (WOMEN, WELFARE, WELLNESS)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapa bilangan Karnival 3W yang telah dianjurkan pada tahun 2019 dan apakah jumlah perbelanjaan untuk setiap Karnival 3W?
-
Apakah KPI Karnival tersebut dan adakah ia dicapai?