Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
61) PROJEK PEMBANGUNAN RUMAH SELANGORKU DI KAWASAN DUN TANJONG SEPAT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan merancang untuk membangunkan projek rumah mampu milik Rumah Selangorku di kawasan DUN Tanjong Sepat?
-
Sekiranya perancangan telah bermula, apakah maklumat berkenaan projek Rumah Selangorku dan anggaran bila projek tersebut akan siap?
62) PENGUBAHSUAIAN RUMAH TERES KEPADA ASRAMA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan masalah sampingan (kacau ganggu, trafik dll) yang dibawa akibat pengubahsuaian rumah teres kepada asrama?
63) MASALAH PERTANIAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Adakah dibenarkan kepada pesawah menukar status tanah sawah kepada tanaman lain di kawasan sawah yang mengalami penurunan hasil pendapatan?
64) PENCEMARAN BAU DI SUMBER AIR MENTAH SUNGAI SEMENYIH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab-sebab berlaku pencemaran bau di tempat sumber air mentah di sungai Semenyih?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memulihkan pencemaran tersebut?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan pencemaran berulang-ulang kali berlaku?
65) TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan anggaran bilangan pelancong yang akan melawat ke Selangor pada tahun 2020.
-
Apakah rancangan kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Selangor pada Tahun Melawat Malaysia 2020?
66) RANCANGAN INFRASTRUKTUR KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan demi menyelesaikan masalah infrastruktur yang tidak teratur di kampung tradisi?
67) PASAR AWAM DUN SENTOSA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membina pasar awam di DUN Sentosa?
68) PENGURUSAN KRISIS AIR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
-
Memandangkan sebahagian besar insiden krisis air berlaku disebabkan oleh pencemaran sungai seperti pembuangan minyak terbiar, bahan kimia dan air pembuangan loji rawatan kumbahan yang tidak menepati piawaian. Apakah langkah yang akan diambil ?
69) KAWASAN STESEN KTM UKM BANGI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Kawasan di sekitar Stesen Komuter UKM Bangi sering dilanda banjir dan mengalami kesesakan trafik dan pengguna yang padat. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?
-
Bilakah perancangan ini, sekiranya ada akan dilaksanakan?
70) GOLONGAN B40
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah keluarga dalam golongan sasar B40 yang telah berdaftar dengan E-KASIH.
-
Senaraikan program IPR yang boleh dimohon untuk golongan B40 dan M40 selepas pensejajaran semula oleh Kerajaan Negeri.