Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
141) KAJIAN KENAIKAN ELAUN GURU KAFA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menaikkan elaun guru-guru KAFA di Selangor?
142) STATUS TANAH MILIK YAYASAN BASMI KEMISKINAN DI SERENDAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Apakah status tanah tersebut?
-
Apakah ada rancangan pembangunan di atas tanah tersebut?
-
Apakah ada rancangan untuk membina satu universiti awam IPTA sebagai contoh UiTM seperti telah dicadangkan sebelum ini di kawasan tersebut?
143) PROGRAM HARI TANPA KENDERAAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang diluluskan sebelum ini bagi setiap daerah?
-
Apakah keberkesanannya terhadap alam sekitar dan juga pengguna jalan raya?
-
Adakah program ini telah menjadi aktiviti tahunan di setiap daerah? Jika ia apakah kesan impak terhadap peruntukan negeri?
144) PENDAWAIAN ELETRIK DI SEKOLAH AWAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Terdapat sekolah bantuan kerajaan yang mempunyai sistem pendawaian yang teruk dan beri risiko tinggi kepada kebakaran litar pintas. Adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan satu badan khas bagi menilai dan menyemak kembali sekolah sekolah ini supaya ianya selamat bagi murid-murid?
145) PEGAWAI KEMAS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Penglibatan Pegawai Kemas Daerah dalam kebanyakan aktiviti yang dianjurkan oleh guru-guru Tadika Kemas dan telah dihadiri oleh ADUN tidak dihadiri oleh mereka. Mengapa hal ini boleh berlaku?
146) JELAJAH USAHAWAN SELANGOR ATAU MEXUS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk membantu para usahawan kecil ini mendapatkan tapak niaga di lokasi yang sesuai supaya dapat membantu mereka menjana pendapatan yang stabil setiap bulan?
147) PROJEK MARRIS DI DUN BATANG KALI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak YB ADUN boleh dilibatkan di dalam soal pengesahan penilaian siap kerja kerana terdapat aduan daripada orang awam Êyang diterima oleh YB ADUN mengenai ada projek yang bermasalah?
148) PEMBANGUNAN BELIA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk belia luar bandar khususnya belia DUN Jeram dalam sektor peluang pekerjaan di bawah Kerajaan Negeri?
-
Bolehkah Kerajaan Negeri menaikkan peruntukan dan elaun untuk PeBT yang dilantik di setiap kawasan dalam Negeri Selangor?
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam mewujudkan kontraktor di kalangan belia?
149) LALUAN KENDERAAN LORI BERAT DI ATAS JALAN AWAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah pemaju membina bangunan atau membangunkan kawasan tanpa membina laluan khas kenderaan lori untuk kerja-kerja pembangunan projek dan menggunakan jalan awam?
-
Apakah tindakan yang dikenakan terhadap pemaju atau pemandu lori yang membuat kesalahan tersebut?
-
Apakah ganti rugi yang dikenakan kepada pemandu lori dan pemaju yang merosakkan infra jalan awam dan menyebabkan nyawa keselamatan pengguna jalan raya terancam?
150) STESEN BAS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Bertulis
-
Bolehkah saya mohon Kerajaan Negeri untuk membina stesen bas bagi membantu penduduk mendapatkan khidmat pengangkutan bas lebih selesa dan jimat?
-
Apakah syarat dan faktor untuk Yang Berhormat ADUN mendapatkan pembinaan sebuah stesen bas bagi menyelesaikan masalah penduduk yang memerlukan perkhidmatan tersebut?