Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
61) SKIM PENSIJILAN ORGANIK MALAYSIA (MYORGANIC) DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan ladang-ladang yang diusahakan secara organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2015 Plant-based organically produced foods-requirements for production, processing, handling, labelling and marketing (First Revision) di Negeri Selangor.
-
Apakah langkah-langkah yang ambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan pengusaha menghasilkan keluaran organik yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan?
62) PROJEK PELEBARAN JAMBATAN SUNGAI BATANG KALI FT001/438/10
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat mengenai pengalihan utiliti untuk Projek Pelebaran Jambatan Sungai Batang Kali FT001/438/10 selepas lawatan ICU JPM pada 30 Mei 2019? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah JKR Selangor mempunyai maklumat mengenai jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada pemilik tanah kerana projek pelebaran ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
63) PENDAFTARAN E-KASIH DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai pendaftaran e-Kasih mengikut pecahan kaum dan daerah di Selangor? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai maklumat mengenai bilangan pegawai bancian e-Kasih mengikut daerah? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa proses pengesahan permohonan e-Kasih adalah agak lambat?
64) PEMOTONGAN METER AIR PREMIS SEKOLAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Rendah Kebangasaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang bekalan air dipotong oleh Air Selangor Sdn Bhd akibat tunggakan bil air sejak 2017.
-
Apakah SOP yang digunapakai oleh Air Selangor untuk melaksanakan operasi pemotongan meter air ke atas premis sekolah?
-
Adakah Air Selangor sedar bahawa operasi pemotongan meter air di SJKC Rasa, Hulu Selangor telah menjejaskan imej Kerajaan Negeri yang peduli rakyat?
65) PENYELARASAN WAKTU PEMOTONGAN RUMPUT JKR DAN KDEB
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar waktu pemotongan rumput JKR dan KDEB yang berbeza di dalam satu kawasan yang sama telah menyebabkan orang awam meragui kecekapan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melaksanakan kerja? Jika ya, nyatakan cadangan KDEB supaya penyelarasan waktu dengan JKR boleh dilakukan.
66) PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kes-kes pendakwaan bagi kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap kilang-kilang dan individu-individu di Daerah Hulu Selangor bagi tahun 2017 dan 2018 dengan terperinci.
67) PENDAFTARAN E-KASIH DI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan pendaftaran e-Kasih di Selangor mengikut pecahan DUN?
68) PENDAFTARAN TASKA DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan taska berdaftar di Negeri Selangor mengikut DUN.
69) KES PAIP PECAH DI KAMPUNG BARU SUNGAI WAY PETALING JAYA
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan kes paip pecah yang telah berlaku di Kampung Baru Sungai Way pada tahun 2019?
-
Berapa peratus paip lama (asbestos) berbanding paip baru yang terletak di Kampung Baru Sungai Way?
70) AKTIVITI ÔCORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITYÕ MBI INC
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan aktiviti-aktiviti 'corporate social responsibility' yang dilaksanakan oleh MBI Inc. dan anak-anak syarikatnya mengikut DUN sepanjang tahun 2019.
-
Senaraikan jumlah perbelanjaan bagi setiap aktiviti.