Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
91) PENYELENGGARAN JALAN-JALAN NEGERI DI KUALA LANGAT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kerja dan peruntukan penyelenggaraan JKR yang dibelanjakan untuk jalan-jalan negeri di DUN Banting seperti berikut
92) KUMPULAN SEMESTA SENDIRIAN BERHAD (KSSB)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) telah menyumbangkan lebih RM500 juta kepada Kerajaan Selangor sejak penubuhannya. Sila berikan maklumat terperinci tentang prestasi kewangannya dan prospek serta masa depan KSSB dalam bidang perlombongan pasir dan mineral-mineral yang lain.
93) PERKHIDMATAN ONLINE PTGS
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Terangkan fungsi dan dan peranan sistem-sistem perkhidmatan online yang disedia oleh PTGS seperti yang berikut
94) KERJA-KERJA PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN JPS KUALA LANGAT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kerja pembangunan, penyelenggaraan yang selesai, dalam peringkat perancangan, yang telah dikemukakan permohonannya dan sedang berlangsung di Kuala Langat untuk tahun 2018, 2019 dan 2020.
-
Apakah rancangan JPS untuk melaksanakan Kajian Sistem Saliran Bandar Banting yang disiapkan pada tahun 2013?
95) SENARAI PROJEK NAIKTARAF INFRA (JKR) DI DUN PANDAMARAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua projek naiktaraf infra dari JKR termasuk JKR negeri dan JKR Persekutuan di DUN Pandamaran.
96) KAKITANGAN PBT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah kakitangan di semua PBT termasuk yang dalam kontrak
-
Adakah kakitangan PBT sekarang cukup untuk berkhidmat?
97) KLINIK DESA PULAU KETAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Klinik Desa Pulau Ketam telah mengalami kerosakkan yang teruk dan merisaukan. Adakah Kerajaan akan memberi tumpuan dan menaiktaraf klinik desa tersebut?
-
Jika ya, sila nyatakan butir-butirnya
-
Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
98) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan semua laluan Bas Smart Selangor yang ada di semua PBT.
99) KILANG PLASTIK HARAM
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan senarai kilang plastik haram yang telah diambil tindakan pemotongan elektrik dan air di seluruh PBT.
-
Berapakah pengusaha kilang plastik haram telah dibawa ke mahkamah?
-
Berapakah bidang tanah telah disita akibat kegiatan tersebut?
100) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan penerima SMUE (khairat kematian) yang masih tertunggak di seluruh daerah.
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan penerima yang tertunggak ini?