Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
171) MENJADIKAN PADANG SEKOLAH SEBAGAI PADANG AWAM
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Bolehkah Kerajaan Negeri membantu supaya padang sekolah dijadikan padang awam untuk kegunaan masyarakat setempat?
172) HASIL KAJIAN JETI-JETI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri di dalam pembangunan jeti-jeti di Negeri Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri ke atas jeti-jeti di kawasan Port Limit yang didirikan di atas tanah Kerajaan Negeri?
173) PEMBELAAN KAUM PEKERJA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apa dasar Kerajaan Negeri untuk memastikan bahawa peluang-peluang pekerjaan anak-anak tempatan tidak di anak tirikan oleh pekerja-pekerja asing?
174) PEMBINAAN SEMULA PASAR BANDAR LAMA PETALING JAYA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan semula pasar bandar lama Petaling Jaya?
175) DASAR BERKENAAN ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan secara menyeluruh yang menyentuh permasalahan struktur orang kelainan upaya (OKU) dan sejauh mana Kerajaan komited terhadap agenda ini?
176) PRESTASI PELABURAN SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Berapakah nilai pelaburan yang dijangka untuk tahun 2019 berbanding tahun 2018?
-
Apakah pembaharuan polisi Kerajaan Negeri bagi memastikan Selangor sebagai destinasi pelaburan utama dalam Negara?
177) PENGANGKUTAN AWAM DAN KEMUDAHAN AWAM DI KAWASAN PELANCONGAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah laluan bas ke pusat tumpuan pelancong di Selangor contohnya seperti Bukit Broga Semenyih?
-
Berapakah peruntukan dibelanjakan bagi menaiktaraf kawasan pelancongan di Selangor sepanjang tahun 2017?
178) CADANGAN PERSEMPADANAN SEMULA SPR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mulakan langkah-langkah perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk membetulkan persempadan semula yang tidak adil di Negeri Selangor?
-
Apakah cadangan Kerajaan Negeri kepada SPR untuk mengelakkan (dengan izin) "gerrymandering" di Selangor?
179) PENGIMPORTAN SAMPAH
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kilang yang memproses sampah import yang berlesen di Selangor mengikut PBT.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri yang telah diambil terhadap kilang-kilang memproses sampah import secara haram?
-
Adakah Kerajaan Negeri melarang kilang memproses jenis-jenis sampah import yang tertentu?
180) PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK DI PREMIS KERAJAAN DAN SWASTA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mewujudkan lebih banyak pusat asuhan dan jagaan kanak-kanak di semua premis swasta dan kerajaan demi perkembangan sahsiah keluarga yang baik?