Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
181) UNISEL
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kedudukan kewangan UNISEL terkini dan bolehkah pendapatan UNISEL menampung perbelanjaannya sendiri.
-
Nyatakan berapakah peruntukan kewangan kerajaan negeri yang disalurkan bagi tahun 2017 & 2018
-
Nyatakan jumlah bilangan keseluruhan pelajar yang menuntut mengikut pecahan jurusan bagi sesi 2017-2018.
182) PERUNTUKAN INFRASTRUKTUR UNTUK KAMPUNG-KAMPUNG BARU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Kebanyakan infrastruktur kampung-kampung terutamanya sistem longkang telah bertahun-tahun dan ada yang telah rosak atau tidak berfungsi. Adakah kerajaan mempunyai satu program seperti MARRIS untuk membaiki atau mengaji semula semua sistem perairan atau sistem longkang?
183) KAFA MENENGAH
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menambah bilangan KAFA di peringkat menengah?
184) KENAIKAN NILAI CUKAI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil langkah menaikkan cukai- cukai yang ada di Negeri Selangor untuk menampung kos pentadbiran Kerajaan Negeri?
-
Berapakah anggaran kenaikan dan berapakah jumlah peningkatan jika kenaikan tersebut dilaksanakan?
185) USAHASAMA PROGRAM MEMBANTU ASNAF KELUAR DARIPADA KEMISKINAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan lagi usaha mengurangkan penggunaan plastik dan polistren selain kempen beg plastik dan meningkatkan kadar mengitar semula sampah?
186) POLISI PLASTIK DAN POLISTREN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk usahasama dan model program yang dilakukan kerajaan dengan Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd di dalam membantu asnaf zakat keluar daripada kemiskinan?
187) GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kes gangguan air akibat dari pencemaran sungai dari 2016-2018.
188) MASALAH BANJIR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Apakah langkah yang diambil oleh pihak JPS, JKR dan kontraktor supaya masalah ini dibendung?
189) CUKAI TAKSIRAN TERHADAP PENDUDUK DI LOT TANAH
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Masalah kutipan sampah di kawasan perumahan yang didirikan di atas lot tanah persendirian ialah masalah besar di mana PBT selalunya tidak dapat menawarkan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti kepada penduduk. Adakah PBT bercandang untuk mengutip cukai taksiran sekiranya penduduk sudi bayar?
190) WANG MARRIS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah wang MARRIS yang diterima Kerajaan Negeri dari 2016-2018?
-
Nyatakan prestasi perbelanjaan wang MARRIS dari 2016-2018.