Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
101) PROGRAM PENDIDIKAN DALAM KARNIVAL KEPENGGUNAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan program-program yang dilaksanakan menerusi Karnival Kepenggunaan Negeri Selangor yang bertujuan mendidik pengurangan jumlah pelupusan sisa pepejal mengikut Pihak Berkuasa Tempatan sepanjang tahun 2018.
102) KEBERKESANAN PERKHIDMATAN BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan pengguna perkhidmatan Bas Smart Selangor mengikut daerah dan adakah Kerajaan melakukan kajian dan penambahbaikan khususnya kepada laluan-laluan bas yang tidak digunakan secara optimum oleh pengguna?
103) STATUS PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan program-program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang masih berjalan dan yang dihentikan dan apakah sebab pemberhentian tersebut?
104) USAHAWAN DAN INDUSTRI DESA DAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan usahawan dan industri yang dikembangkan melalui desa dan kampung tradisi.
105) PERANCANGAN PENUBUHAN PUSAT INTERVENSI AWAL KANAK-KANAK ISTIMEWA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan di dalam mewujudkan Pusat Intervensi Awal Kanak-kanak Istimewa dan apakah jangkamasa pelaksanaannya di setiap DUN di seluruh Negeri Selangor?
106) PERUNTUKAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN 2018
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah sumbangan kewangan dan peruntukan yang diberi kepada misi bantuan kemanusiaan oleh Kerajaan di kawasan-kawasan yang dilanda bencana dalam atau luar negara sepanjang 2018.
107) PERBELANJAAN SELANGOR CYBER GAMES 2018
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berikan pecahan jumlah kewangan yang terlibat dalam penganjuran Selangor Cyber Games 2018.
108) MENGEMBANGKAN PERINDUSTRIAN PERTANIAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah program Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan tani untuk mengembangkan perindustrian pertanian?
109) PEMBAHARUAN SKIM KASIH IBU SMART SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana kaedah dan mekanisma yang di buat oleh Kerajaan untuk Skim Kasih Ibu Smart Selangor dari sudut penyelarasan dan kemaskini kelayakan sebagai contoh dibuat pembaharuan setiap tahun untuk menentukan kelayakan semula?
110) PERANCANGAN KERAJAAN NEGERI UNTUK WARGA EMAS
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk warga emas memandang Skim Mesra Usia Emas akan hanya dinikmati oleh pewaris atau penama? Sebagai contoh pendaftaran ahli berumur 60 tahun ke atas apabila layak dan diluluskan oleh pihak YAWAS maka berhak menerima RM1,000.00 dan baki RM1,500.00 akan dibayar pada penama selepas warga emas meninggal dunia.