Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
81) PROGRAM JOM SHOPPING
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan program ini telah mendatangkan komen yang tidak dapat memuaskan semua penduduk di DUN masing-masing dan sering berlaku pertengkaran antara pegawai pusat khidmat dan penduduk, adakah Kerajaan akan menukar kepada program yang lebih mendatangkan imej yang baik kepada Kerajaan Selangor?
-
Bolehkah Kerajaan Selangor menghentikan JSP dengan serta merta?
82) LEMBU YANG BERKELIARAN DI JALAN RAYA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan tentang lembu yang asyik berkeliaran di atas jalan raya yang membahayakan pengguna jalan raya?
83) ANJING LIAR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan statistik penangkapan anjing liar semua PBT.
84) JAMBATAN SIMPANG LIMA
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Keselamatan jambatan Simpang Lima amat merisaukan. Adakah JKR akan menukar 'Railing' ke 'Railing' Roller untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan?
85) JALAN BERLUBANG DI JALAN KEM
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Jalan selalu berlubang akibat paip pvc air di atas jambatan tidak menyambung dengan sempurna. Adakah JKR telah memohon peruntukan untuk menukar kesemua paip pvc air untuk mengelakkan air terus jatuh ke permukaan jalanraya?
-
Adakah JKR telah memohon peruntukan untuk menurap/ membaikpulih lubang jalan tersebut?
86) MASA ALIRAN SIMPANG EMPAT PERSIARAN PEGAGA DAN JALAN BATU UNJUR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR akan menukar masa hala lampu isyarat di Simpang Empat Persiaran Pegaga dan Jalan Batu Unjur memandangkan jalan tersebut sentiasa mengalami kesesakan?
87) AHLI LEMBAGA PENGARAH YANG DILANTIK
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan semula pelantikan ahli lembaga pengarah Perbadanan dan anak syarikat baru sejak 9hb Mei 2018.
-
Apakah tempoh lantikan bagi setiap satu?
-
Senaraikan kekosongan ahli lembaga pengarah yang masih belum diisi?
88) LADANG
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua ladang di Negeri Selangor mengikut daerah.
-
Berapakah bilangan pekerja tempatan di setiap ladang tersebut (jika ada)?
89) PROJEK PEMBANGUNAN 2018
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah status siap setiap projek pembangunan untuk tahun 2018?
90) KAWASAN LAPANG
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan semua kawasan lapang yang diwartakan oleh MBPJ