Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
21) AKTIVITI-AKTIVITI JUDI HARAM
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan tindakan yang telah Kerajaan Negeri Selangor ambil untuk membasmi aktiviti-aktiviti judi haram yang dijalani di kawasan komersial.
22) PERUNTUKAN UNTUK AHLI DEWAN NEGERI PARTI PEMBANGKANG
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah peruntukan yang akan diberi kepada Ahli Dewan Negeri Selangor Parti Pembangkang?
-
Bila Parti Pembangkang diberi peruntukan?
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh Ahli Dewan Negeri Selangor Parti Pembangkang sejak diberi peruntukan
23) CAGARAN PEMASANGAN IKLAN DAN PEMBERSIHAN PILIHANRAYA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan berapa jumlah cagaran yang telah PBT kutip untuk pembersihan pilihanraya.
-
Nyatakan parti dan calon yang telah telah gagal menuntut cagaran dengan sebab.
24) BENCANA ALAM
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bencana alam yang telah berlaku pada tahun 2017-2018.
-
Nyatakan kos, masa dan tindakan yang telah ambil atas kejadian bencana alam.
-
Nyatakan SOP penyelesaian kejadian bencana alam yang menglibatkan nyawa dan tidak melibatkan nyawa.
25) GARIS KEMISKINAN SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kadar garis kemiskinan terkini Negeri Selangor?
-
Bagaimanakah cara kadar ini dikira menjadi pertimbangan Kerajaan Negeri?
26) BILANGAN PEMAJU PERUMAHAN DI DUN PERMATANG
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah syarikat pemaju perumahan / hartanah yang telah diberikan Kelulusan Merancang (KM) di DUN Permatang sejak 3 tahun yang lalu?
27) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan PKNS dalan memajukan tanah hak milik PKNS di Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor?
28) BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyakkah permohonan bantuan Blueprint yang telah diluluskan bagi tahun 2017 - 2018?
29) BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak rumah yang telah dibina dan dibaikpulih yang telah diluluskan pada tahun 2017-2018 di Daerah Kuala Selangor? Mohon disenaraikan.
30) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan terbaru Kerajaan Negeri pada tahun hadapan untuk memberdayakan PWB?