Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
21) INISIATIF PEDULI RAKYAT
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah wang yang telah di belanjakan mengikut program-program IPR sejak 2008 di bawah kerajaan dan GLC masing-masing.
-
Nyatakan jumlah wang yang telah di belanjakan untuk program jom shopping.
22) PENTERNAKAN
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah cadangan penambahbaikan jangka pendek dan jangka panjang untuk sektor penternakan?
-
Berapakah peruntukan yang disediakan untuk mencapai sasaran penambahbaikan ini?
-
Berikan beberapa contoh kejayaan cemerlang yang telah dicapai?
23) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan status penstrukturan semula industri air Selangor selepas mahkamah membatalkan saman RM14 bilion Puncak Niaga Holdings Berhad?
-
Apakah manfaat jangka panjang yang akan diperolehi rakyat?
-
Apakah jangkaan tempoh penyelesaian penggantian paip lama di seluruh Selangor?
24) PENUTUPAN DAN PEMULIHAN BUKIT BROGA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah status pemulihan Bukit Broga yang ditutup selama tiga bulan pada hujung tahun 2016 dan kerja-kerja yang telah dilakukan?
-
Berapakah kos sebenar pemulihan bukit berkenaan?
-
Agensi mana yang bertanggungjawab kepada pentadbiran Bukit Broga?
25) MENINGKATKAN PURATA PENDAPATAN ANAK MUDA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Ð usaha Kerajaan Selangor untuk menambah baik keadaan ekonomi anak muda termasuk meningkatkan purata pendapatan mereka?
-
Sejauh manakah keberkesanan usaha - usaha tersebut?
26) MASALAH PAIP AIR KERAP PECAH
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan untuk mengatasi masalah paip air masih kerap pecah, sebagai contoh berlaku di kawasan DUN Dusun Tua?
27) EARLY INTERVENTION PROGRAMME
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam menyediakan EIP yang lebih luas yang dapat dinikmati oleh lebih ramai keluarga yang mempunyai anak-anak yang berkeperluan khas?
28) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan kebersihan Sg. Bernam Hulu Selangor terpelihara?
-
Apakah kriteria yang diambilkira oleh Kerajaan Negeri bagi pemohon lesen ternakan?
29) ISU ‘FOOD TRUCK’ DI SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan untuk mengecualikan bayaran permit 'food truck' di Selangor untuk membantu golongan belia lebih ramai dalam bidang ini ?
-
Adakah PBT telah bersedia menyediakan lebih banyak lokasi lagi untuk penempatan 'food truck' yang semakin hari semakin popular?
30) PENARIKAN BALIK KAD PENGUASA AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR KEPADA SELURUH PENGURUSAN MASJID SEJAK TAHUN 2016. SEHINGGA HARI INI TIDAK ADA SERAHAN SEMULA KEPADA PEGAWAI MASJID
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Siapa dan berapakah pegawai yang diberi kad bagi setiap masjid?
-
Apakah punca penarikan balik dan pembekuan kad kuasa ini?
-
Berapakah peratus kes salah laku gunakuasa kad ini oleh pemegang kad ini?