Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
51) HAL EHWAL EKONOMI WANITA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah insentif Kerajaan Selangor kepada sektor swasta untuk membantu wanita kembali bekerja selepas cuti beranak?
-
Apakah langkah - langkah Kerajaan Selangor untuk memberi peluang perniagaan / kerjaya kepada ibu yang hanya boleh bekerja dalam masa yang lebih fleksibiliti?
52) HADIAH MASUK UNIVERSITI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah penerima Hadiah Masuk Universiti dari 2015-2017 mengikut jantina.
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk perkara tersebut.
53) DASAR DAN POLISI MEMBENARKAN WARGA ASING MENJALANKAN PERNIAGAAN KECIL/ SEDERHANA DALAM NEGERI
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Selangor untuk membenarkan warga asing menjalankan perniagaan kecil / sederhana dalam Negeri?
-
Apakah program yang telah dijayakan serta kos yang telah dibelanjakan sepanjang 2017?
54) PELABURAN MASUK KE SELANGOR
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pelancong ke Pulau Ketam dan Sg Lima
-
Berapakah nilai pendapatan dari kemasukan pelancong ini bagi penduduk tempatan?
55) JUMLAH PELANCONGAN DARI 2007 HINGGA 2017
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah KNS dalam menangani kebanjiran pekerja asing di Selangor terutama dalam kontek peluang pekerjaan buruh dan peluang perniagaan kecil?
-
Apakah peranan PBT bagi memastikan perkara di atas dapat di tangani dan yang boleh dimainkan oleh PBT?
56) KESIHATAN MENTAL
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif KNS untuk memupuk kesedaran dan mendidik masyarakat khususnya dikalangan wanita melalui peruntukan 1juta yang telah di sediakan?
-
Sila nyatakan program yang telah di laksanakan mengikut PBT atau Daerah.
-
Sila nyatakan objektif setiap program tersebut.
57) MASALAH PEDOFILIA
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan peranan dan tanggungjawap kerajaan untuk membantu mangsa pedofilia di Selangor.
-
Bagaimanakah kerajaan dapat menangani masalah ini yang menjadi salah satu punca gejala sosial yang merosakkan kerharmonian dan kebahagian rumah?
58) PEMBINAAN 12 KIOSK
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembinaan 12 kiosk peniaga kecil yang telah diluluskan oleh MBSA di hadapan Pejabat Adun ?
-
Apakah status cadangan pembinaan kompleks pasar moden 6 tingkat di atas sebahagian lot 1057 Seksyen U19 Paya Jaras Tengah ?
59) PEMBATALAN PROJEK PERUMAHAN SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Senaraikan nama-nama projek tersebut bersama nama pemaju?
-
Apakah tindakan yang di ambil oleh Kerajaan terhadap pemaju yang gagal menyiapkan rumah SelangorKu?
60) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah tanah Rizab Melayu sehingga kini.
-
Nyatakan keluasan tanah Rizab Melayu yang telah ditebus semula.