Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

221) PENURAPAN JALAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Penurapan jalan tertakluk kepada skop yang telah ditetapkan khususnya ketebalan. Nyatakan jumlah penurapan yang tidak diluluskan mengikut PBT.

    Klik jawapan »

  2. Apakah denda yang dikenakan kepada kontraktor-kontraktor terbabit?

    Klik jawapan »

222) PWB – PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut


  1. Apakah objektif strategik yang hendak dicapai melalui PWB?

    Klik jawapan »

  2. Apakah ukuran dan piawaian yang digunakan untuk mengukur kejayaan programprogram PWB?

    Klik jawapan »

  3. Berapakah peruntukan untuk seluruh program PWB bagi tahun 2017?

    Klik jawapan »

223) PROJEK PEMBINAAN PELABUHAN PULAU CAREY

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut


  1. Sila huraikan apakah perkembangan terkini cadangan projek tersebut.

    Klik jawapan »

  2. Sila kemukakan secara terperinci apakah bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam konteks kelulusan projek tersebut.

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap usaha tersebut.

    Klik jawapan »

224) ISU PEMBANGUNAN BERLAKU TANPA PENGETAHUAN DAN KELULUSAN PIHAK-PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan sedar ada kes-kes pembangunan berlaku tanpa pengetahuan dan kelulusan pihak-pihak berkuasa tempatan sehinggalah timbul masalah atau menerima aduan-aduan?

  2. Jika ya, adakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Unit Pemantauan khas bagi pencegahannya, atau jika tidak apakah langkah alternatifnya?

225) PEMBANGUNAN TANAH SECARA HARAM

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi pembangunan tanah secara haram dan tidak terkawal sehingga menyebabkan banjir dan hakisan tanah?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukkan Kerajaan Negeri pada tahun 2017 bagi mengatasi masalah tersebut?

    Klik jawapan »

226) MANGSA ROGOL WANITA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Apakah kedudukan terkini perangkaan satu garis panduan atau pekeliling oleh kerajaan Selangor sebagaimana yang dijawab setahun lalu untuk melindungi golongan wanita daripada jenayah rogol memandangkan Selangor mencatat rekod rogol antara yang tertinggi?

    Klik jawapan »

227) KEBAJIKAN PETUGAS LANTIKAN KONTRAK PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN, PWB, AHLI MAJLIS DAN KETUA KAMPUNG PENERIMA ELAUN TETAP DIBAWAH RM3,000.

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut


  1. Apakah ada apa-apa kaedah mereka secara terus layak sebagai penerima Skim Peduli Sihat?

    Klik jawapan »

  2. Apakah telah ada kaedah petugas PKM dicarum sebagai pencarum SOCSO atau perlindungan insurans?

    Klik jawapan »

  3. Apakah alternatif lain bagi kebajikan kepada petugas ini?

    Klik jawapan »

228) HOTEL BAJET

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan jumlah hotel bajet yang berlesen dan tidak berlesen dari 2014-2016 mengikut PBT

  2. Nyatakan jumlah penutupan dan saman keatas hotel bajet dari 2014-2016 mengikut PBT

229) RUMAH TERBIAR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut


  1. Mengapa kerajaan negeri tidak merampas tanah rumah terbiar di 20, Jalan 14/3, Petaling Jaya sepertimana surat Ahli MMKN Kerajaan Tempatan kepada Pegawai Daerah Petaling bertarikh 9 Mac 2016?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan negeri telah membatalkan hak milik tanah rumah terbiar di Negeri Selangor

    Klik jawapan »

230) RANCANGAN TEMPATAN DAERAH SABAK BERNAM HINGGA TAHUN 2025

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut


  1. Mohon penjelasan dari sudut strategi dan roadmap bagi mencapai kejayaan tersebut