Semua Seksyen

Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015

Bahagian

1 (Permulaan)

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1 [1]

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015.

1 [2]

Enakmen ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

1

Bahagian

1 (Permulaan)

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2 [1]

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Baitulmal” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 81(1) Enakmen Pentadbiran;

“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003;

“harta” termasuklah—

(a) harta alih, harta tak alih atau harta intelek;
(b) apa-apa manfaat atau kepentingan dalam apa-apa harta
alih, harta tak alih atau harta intelek;
(c) apa-apa hak, kepentingan, hak milik atau selainnya yang
berkaitan dengan harta alih, harta tak alih atau harta
intelek; dan
(d) kepakaran dan perkhidmatan yang mempunyai nilai
mengikut Hukum Syarak;

“harta alih” ertinya harta yang boleh dialihkan termasuk saham, wang, emas, perak dan yang seumpama dengannya;

“harta intelek” ertinya apa-apa yang berkaitan dengan hak cipta, paten, reka bentuk perindustrian, cakera optik, cap dagangan dan yang seumpama dengannya;

“harta tak alih” ertinya harta yang tidak boleh dialihkan termasuk tanah, bangunan dan yang seumpama dengannya;

“hibah” ertinya sesuatu akad dengan rela hati yang mengandungi penyerahan dan pemindahan hak milik apa-apa harta seseorang kepada orang lain semasa hidupnya tanpa balasan atau ganti rugi yang boleh dinikmati manfaat hartanya mengikut Hukum Syarak;

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Malikiatau Hanbali;

“istibdal” ertinya menggantikan sesuatu mawquf dengan suatu harta yang lain atau wang yang mempunyai nilai yang sama atau nilai yang lebih tinggi daripada mawquf itu, dengan menukarkan, membeli, menjual atau apa-apa cara lain mengikut Hukum Syarak;

“Jawatankuasa Fatwa” ertinya Jawatankuasa Fatwa yang ditubuhkan di bawah subseksyen 46(1) Enakmen Pentadbiran;

“Ketua Pendaftar Wakaf” ertinya Ketua Pendaftar Wakaf yang dilantik di bawah subseksyen 9(1);

“Kumpulan Wang Wakaf” ertinya Kumpulan Wang Wakaf yang ditubuhkan di bawah subseksyen 36(1);

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 55 Enakmen Pentadbiran;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Selangor yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran;

marad al maut” ertinya suatu penyakit yang boleh membawa maut yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:

(a) penyakit itu pada lazimnya berakhir dengan kematian;
(b) penyakit itu menyebabkan kebimbangan kematian dalam
minda pesakit sehingga menjejaskan kewarasan akal
fikiran;
(c) hendaklah terdapat beberapa tanda luaran yang menunjukkan
bahawa penyakit itu merupakan suatu penyakit yang
serius; dan
(d) penyakit itu dideritai secara berterusan dalam tempoh
tidak lebih daripada satu tahun;

“mawquf” ertinya apa-apa harta yang diwakafkan;

“mawquf ‘alaih” ertinya orang yang berhak menerima apa-apa manfaat, kepentingan atau keuntungan daripada suatu mawquf;

“Pendaftar Wakaf” ertinya Pendaftar Wakaf yang dilantik di
bawah subseksyen 9(2);

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Wakaf Selangor yang ditubuhkan melalui Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 [Sel.P.U.8/2011];

“saham wakaf” ertinya penawaran unit saham bagi apa-apa harta yang diperoleh atau yang akan diperoleh oleh Majlis kepada mana-mana orang, pertubuhan atau institusi untuk saham itu dibeli dan kemudiannya diwakafkan kepada Majlis;

“sighah” ertinya suatu penyataan wakaf sama ada secara lisan, tulisan atau melalui isyarat;

“wakaf” ertinya—

(a) menyerahkan hak milik apa-apa harta yang boleh dinikmati
manfaat atau kepentingannya;
(b) menyerahkan manfaat atau kepentingan yang boleh
dinikmati daripada apa-apa harta; atau
(c) menyumbangkan kepakaran dan perkhidmatan yang boleh
dinikmati manfaat atau kepentingannya,

sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas, menurut Hukum Syarak, tetapi tidak termasuk amanah yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208];

“wakaf am” ertinya apa-apa mawquf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan umum menurut Hukum Syarak;

“wakaf khas” ertinya apa-apa mawquf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan atau pihak yang khusus menurut Hukum Syarak;

“wakaf tunai” ertinya apa-apa sumbangan wang tunai, nilaian emas atau yang seumpama dengannya daripada mana-mana orang bagi apa-apa maksud wakaf;

“wang asas wakaf” ertinya mawquf sama ada dalam bentuk wang tunai, harta dan hasil istibdal mawquf;

“wang manfaat wakaf” ertinya apa-apa hasil terbitan daripada mawquf;

waqif” ertinya orang yang mewujudkan sesuatu wakaf;

“waris” ertinya seseorang yang berhak mewarisi sesuatu harta pusaka menurut Hukum Syarak;

wasi” ertinya seseorang yang kepadanya pelaksanaan sesuatu wasiat diamanahkan termasuk seseorang yang dilantik sebagai wasi oleh Mahkamah.

2 [2]

Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian I Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Bahagian itu setakat yang pengertian itu tidak bercanggah
dengan Hukum Syarak.

2 [3]

Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.

Bahagian

1 (Permulaan)

Seksyen

3

Tajuk

Kecualian prerogatif
3

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak dan kuasa- kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor sebagaimana yang dinyatakan dan ditetapkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, 1959.

Bahagian

10 (Peruntukan Am)

Seksyen

43

Tajuk

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
43 [1]

Majlis boleh, dengan kelulusan Duli Yang Maha Mulia
Sultan, membuat peraturan-peraturan, yang hendaklah disiarkan dalam Warta bagi melaksanakan peruntukan Enakmen ini.

43 [2]

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat untuk mengadakan peruntukan bagi—

(a) tatacara pendaftaran wakaf;

(b) tatacara kewangan dan pengurusan Kumpulan Wang Wakaf;

(c) fi dan bayaran;

(d) pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan wakaf;

(e) tatacara pembangunan, pembelian dan pelupusan mawquf;

(f) pelaksanaan dan pengurusan saham wakaf dan wakaf saham;

(g) tatacara mewujudkan wakaf am atau wakaf khas; dan

(h) perkara-perkara lain yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

Bahagian

10 (Peruntukan Am)

Seksyen

44

Tajuk

Kawalan Majlis atau Perbadanan ke atas mawquf
44

Majlis atau Perbadanan boleh mengambil tindakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa terhadap mana-mana orang yang—

(a) menghuni, menduduki atau menceroboh mana-mana mawquf;

(b) mendirikan apa-apa binaan atau struktur di atas mana-mana mawquf;

(c) meneroka, memagar, membajak, mengepung, mengusahakan atau bercucuk tanam di atas mana-mana mawquf;

(d) memusnah, mengambil, memindah atau mengeluarkan apa-apa hasil daripada mana-mana mawquf;

(e) membiarkan binatang ternakannya merayau-rayau di atas mawquf dan merosakkan apa-apa tumbuhan atau tanaman yang diusahakan di atas mawquf itu; atau

(f) menyebabkan kerosakan kepada apa-apa tumbuhan atau tanaman yang diusahakan di atas mana-mana mawquf, dengan apa-apa cara.

Bahagian

10 (Peruntukan Am)

Seksyen

45

Tajuk

Mentadbir atau mengurus wakaf am atau wakaf khas tanpa kebenaran Majlis atau Perbadanan
45

Mana-mana orang yang mentadbir atau mengurus wakaf am atau wakaf khas tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis atau Perbadanan melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Bahagian

10 (Peruntukan Am)

Seksyen

46

Tajuk

Pengertian surat cara atau perisytiharan
46

Jika, pada pendapat Perbadanan, makna atau kesan mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf adalah samar-samar atau tidak jelas, Perbadanan boleh merujukkan perkara itu kepada Mahkamah bagi
mendapatkan keputusannya mengenai makna dan kesan tersebut dan hendaklah bertindak menurut apa-apa perintah yang dibuat oleh Mahkamah.

Bahagian

10 (Peruntukan Am)

Seksyen

47

Tajuk

Hukum Syarak
47 [1]

Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini yang berlawanan dengan Hukum Syarak hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.

47 [2]

Jika terdapat apa-apa lakuna atau perkara yang tidak
diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, Mahkamah hendaklah merujuk kepada Hukum Syarak.

Bahagian

10 (Peruntukan Am)

Seksyen

48

Tajuk

Pemansuhan
48

Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999 [Enakmen No. 7 tahun 1999] adalah dimansuhkan.

Bahagian

10 (Peruntukan Am)

Seksyen

49

Tajuk

Kecualian dan peralihan
49 [1]

Semua peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran, atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen yang dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga  dibatalkan atau digantikan dengan peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan,
perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran, atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.

49 [2]

Apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, segala kuasa, hak, keistimewaan, tanggungan dan kewajipan yang terletak hak kepada Majlis di bawah Enakmen yang dimansuhkan hendaklah disifatkan terus terletak hak kepada Majlis di bawah Enakmen ini.

49 [3]

Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 yang dibuat di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 hendaklah disifatkan terus berkuat kuasa selaras dengan peruntukan perenggan 4(1)(a) Enakmen ini.

49 [4]

Apa-apa sebutan mengenai Majlis atau Perbadanan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain atau dokumen yang berkuat kuasa sebaik sebelum Enakmen ini mula berkuat kuasa hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Majlis atau Perbadanan di bawah Enakmen ini.

49 [5]

Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang disempurnakan atau dibuat di bawah Enakmen yang dimansuhkan sebaik sebelum Enakmen ini mula berkuat kuasa atau bagi pihak Majlis atau Perbadanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini disifatkan telah disempurnakan atau dibuat di bawah nama atau bagi pihak Majlis atau Perbadanan di bawah Enakmen ini.

49 [6]

Apa-apa permohonan, kelulusan, atau keputusan yang belum selesai di hadapan Majlis atau Perbadanan sebaik sebelum Enakmen ini berkuat kuasa hendaklah, apabila Enakmen ini berkuat kuasa, diuruskan atau diputuskan oleh Majlis atau Perbadanan menurut
Enakmen ini.

49 [7]

Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah atau mal di mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah atau tindakan yang belum selesai atau yang wujud, sebaik sebelum Enakmen ini mula berkuat kuasa oleh atau terhadap Majlis atau Perbadanan di
bawah Enakmen yang dimansuhkan, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Majlis atau Perbadanan di bawah Enakmen yang dimansuhkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Majlis atau Perbadanan seolah-olah Enakmen ini tidak diperbuat.

49 [8]

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon, pada atau selepas Enakmen ini berkuat kuasa, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebaik sebelum Enakmen ini berkuat kuasa yang kepadanya Majlis atau Perbadanan menjadi pihak boleh dibawa atau dipohon oleh atau terhadap Majlis atau Perbadanan seolah-olah Enakmen ini tidak diperbuat.

Bahagian

2 (Kuasa dan Tanggungjawab Majlis)

Seksyen

4

Tajuk

Majlis sebagai pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf
4 [1]

Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf yang terletak di dalam Negeri Selangor dan hendaklah mempunyai kuasa untuk—

(a) mewujudkan Perbadanan;

(b) melantik atau memberi kebenaran bertulis kepada mana-mana orang untuk menjadi pentadbir atau pengurus dan memegang apa-apa mawquf bagi pihaknya; dan

(c) mengiktiraf pelantikan mana-mana pentadbir atau pengurus dalam keadaan yang mana waqif telah pun melantik pentadbir atau pengurusnya sendiri tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Majlis.

4 [2]

Mana-mana pengurus atau pentadbir yang dilantik di bawah perenggan (b) dan (c) hendaklah mempunyai kewajipan dan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis.

4 [3]

Majlis boleh menarik balik pengiktirafan pelantikan pentadbir atau pengurus yang dilantik oleh waqif yang pada pendapat Majlis adalah wajar untuk berbuat sedemikian.

4 [4]

Majlis hendaklah mempunyai segala kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan kewajipan dan tanggungjawabnya di bawah Enakmen ini.

Bahagian

2 (Kuasa dan Tanggungjawab Majlis)

Seksyen

5

Tajuk

Peletakhakan
5 [1]

Semua mawquf yang diwujudkan di bawah Enakmen ini hendaklah terletak hak pada Majlis.

5 [2]

Majlis boleh menuntut apa-apa manfaat atau kepentingan sesuatu mawquf daripada mana-mana orang mulai dari tarikh permulaan kuat kuasa wakaf itu terletak hak kepada Majlis walaupun mawquf itu belum didaftarkan.

Bahagian

2 (Kuasa dan Tanggungjawab Majlis)

Seksyen

6

Tajuk

Kuasa Majlis untuk membeli harta
6 [1]

Majlis boleh membeli apa-apa harta bagi tujuan wakaf dengan menggunakan wang daripada—

(a) Kumpulan Wang Wakaf;
(b) Baitulmal; atau
(c) sumber-sumber lain yang dibenarkan mengikut Hukum
Syarak.

6 [2]

Pendaftar Wakaf hendaklah mendaftarkan apa-apa harta yang dibeli oleh Majlis di bawah subseksyen (1) sebagai mawquf.

Bahagian

2 (Kuasa dan Tanggungjawab Majlis)

Seksyen

7

Tajuk

Kuasa Majlis untuk istibdal
7

Majlis boleh mengistibdalkan apa-apa mawquf tertakluk kepada seksyen 41.

Bahagian

2 (Kuasa dan Tanggungjawab Majlis)

Seksyen

8

Tajuk

Pewakilan kewajipan atau kuasa Majlis
8 [1]

Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk kepada syarat dan sekatan yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan kepada Perbadanan penunaian mana-mana kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya di bawah Enakmen ini.

8 [2]

Pelaksanaan kewajipan dan penjalanan kuasa menurut pewakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

8 [3]

Perbadanan hendaklah memberitahu Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya menurut pewakilan itu.

Bahagian

3 (Perlantikan Ketua Pendaftar Wakaf dan Pendaftar Wakaf)

Seksyen

9

Tajuk

Ketua Pendaftar Wakaf dan Pendaftar Wakaf
9 [1]

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan hendaklah menjadi Ketua Pendaftar Wakaf.

9 [2]

Perbadanan boleh melantik seberapa ramai Pendaftar Wakaf yang difikirkannya perlu bagi maksud Enakmen ini.

9 [3]

Ketua Pendaftar Wakaf dan Pendaftar Wakaf hendaklah bertanggungjawab untuk—

(a) mendaftar atau menyebabkan supaya didaftarkan semua mawquf yang diwujudkan di bawah Enakmen ini;

(b) menyimpan dan menyenggara atau menyebabkan supaya disimpan atau disenggara suatu daftar bagi semua mawquf dalam apa-apa bentuk atau mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Perbadanan;

(c) menyimpan dan memegang semua surat cara, dokumen hakmilik atau dokumen lain yang berhubungan dengan mana-mana mawquf yang terletak hak pada Majlis;

(d) memaklumkan jumlah mawquf yang didaftarkan dalam Daftar Wakaf kepada Majlis dari semasa ke semasa; dan

(e) melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis atau Perbadanan dari semasa ke semasa.

9 [4]

Pendaftar Wakaf hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendaftar Wakaf.

Bahagian

4 (Pewujudan Wakaf)

Seksyen

10

Tajuk

Rukun wakaf
10

Rukun wakaf adalah seperti yang berikut:

(a) waqif;
(b) mawquf ‘alaih;
(c) mawquf; dan
(d) sighah.

Bahagian

4 (Pewujudan Wakaf)

Seksyen

11

Tajuk

Syarat pewujudan wakaf
11 [1]

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini, mana-mana orang yang—

(a) sudah mencapai umur lapan belas tahun;
(b) sempurna akal;
(c) tidak diisytiharkan bankrap; dan
(d) dengan rela hati,

boleh menyerahkan hartanya sebagai suatu mawquf bagi apa-apa tujuan kebajikan menurut Hukum Syarak.

11 [2]

Sesuatu wakaf hendaklah diwujudkan melalui sighah
di hadapan dua orang saksi menurut Hukum Syarak.

Bahagian

4 (Pewujudan Wakaf)

Seksyen

12

Tajuk

Jenis wakaf
12

Jenis wakaf yang boleh diwujudkan di bawah Enakmen ini ialah—

(a) wakaf am; dan
(b) wakaf khas.

Bahagian

4 (Pewujudan Wakaf)

Seksyen

13

Tajuk

Permulaan kuat kuasa wakaf
13 [1]

Sesuatu wakaf hendaklah mula berkuat kuasa apabila
segala rukun dan syarat bagi pewujudan sesuatu wakaf menurut Hukum Syarak telah dipenuhi.

13 [2]

Mawquf yang telah mula berkuat kuasa tidak boleh dijual, diberikan sebagai hibah atau diwarisi oleh mana-mana orang.

Bahagian

4 (Pewujudan Wakaf)

Seksyen

14

Tajuk

Sekatan ke atas wakaf khas
14

Sesuatu wakaf khas yang dibuat selepas berkuat kuasanya Enakmen ini hendaklah terbatal dan tidak sah melainkan jika setelah mendapat kebenaran Majlis.

Bahagian

4 (Pewujudan Wakaf)

Seksyen

15

Tajuk

Pendaftaran mawquf
15 [1]

Mana-mana orang yang ingin mewakafkan hartanya
sebagai mawquf boleh berbuat sedemikian dengan mengisi borang sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

15 [2]

Mana-mana permohonan pendaftaran mawquf yang diterima oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan oleh Pendaftar Wakaf dalam Daftar Wakaf dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

15 [3]

Perbadanan hendaklah mengadakan suatu Daftar Wakaf bagi—

(a) apa-apa mawquf yang mana Majlis menjadi pemegang amanah tunggal; dan

(b) apa-apa mawquf yang mana Majlis menjadi mawquf ‘alaih.

15 [4]

Daftar Wakaf hendaklah menjadi bukti muktamad tentang fakta yang dinyatakan dalam Daftar Wakaf itu.

15 [5]

Segala surat cara yang mewujudkan, yang menjadi
keterangan, atau yang menyentuh mana-mana wakaf, berserta dengan mana-mana dokumen hakmilik atau cagaran lain yang berhubungan dengannya, hendaklah dipegang dan disimpan oleh Ketua Pendaftar Wakaf.

15 [6]

Walau apa pun subseksyen (2), tiada wakaf boleh menjadi tidak sah semata-mata kerana wakaf itu tidak didaftarkan.

Bahagian

4 (Pewujudan Wakaf)

Seksyen

16

Tajuk

Penyiaran senarai mawquf
16

Majlis hendaklah menyediakan, mengeluarkan dan menyiarkan dalam Warta suatu senarai tentang semua harta, pelaburan dan aset yang terletak hak kepada Majlis berkenaan dengan mana-mana wakaf yang diwujudkan di bawah Enakmen ini dari semasa ke semasa.

Bahagian

4 (Pewujudan Wakaf)

Seksyen

17

Tajuk

Wakaf tidak boleh dibatalkan
17

Sesuatu wakaf yang disempurnakan menurut Hukum Syarak tidak boleh dibatalkan oleh waqif.

Bahagian

4 (Pewujudan Wakaf)

Seksyen

18

Tajuk

Wakaf tidak sah
18

Sesuatu wakaf adalah tidak sah jika—

(a) wakaf itu dibuat bagi apa-apa tujuan maksiat;

(b) wakaf itu dibuat kepada mana-mana orang bagi suatu maksud yang bukan untuk menghampirkan diri kepada Allah; atau

(c) wakaf itu tidak selaras dengan Hukum Syarak.

Bahagian

5 (Mawquf)

Seksyen

19

Tajuk

Syarat mawquf
19 [1]

Mawquf hendaklah suatu harta yang—

(a) dimiliki oleh waqif;

(b) boleh dipindah milik atau diserahkan tanpa apa-apa halangan; dan

(c) boleh memberikan apa-apa manfaat, kepentingan atau keuntungan kepada mawquf ‘alaih.

19 [2]

Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu wakaf itu adalah sah walaupun pada masa wakaf itu diwujudkan—

(a) mawquf itu tidak menghasilkan apa-apa manfaat,
kepentingan atau keuntungan; atau

(b) mawquf itu masih dalam sewaan atau pajakan.

19 [3]

Apa-apa manfaat atau keuntungan yang diperoleh daripada sesuatu mawquf hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Wakaf.

Bahagian

5 (Mawquf)

Seksyen

20

Tajuk

Jenis mawquf
20

Mawquf boleh terdiri daripada—

(a) harta alih;

(b) harta tak alih;

(c) manfaat daripada harta alih atau harta tak alih;

(d) harta intelek; atau

(e) kepakaran atau perkhidmatan.

Bahagian

5 (Mawquf)

Seksyen

21

Tajuk

Wakaf tunai
21

Perbadanan boleh menerima wakaf tunai daripada mana-mana orang, pertubuhan atau institusi bagi maksud apa-apa wakaf.

Bahagian

5 (Mawquf)

Seksyen

22

Tajuk

Saham wakaf
22 [1]

Perbadanan boleh menawarkan apa-apa saham wakaf
kepada mana-mana orang, pertubuhan atau institusi sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud apa-apa wakaf.

22 [2]

Apa-apa harta yang diperoleh daripada hasil jualan saham wakaf di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi suatu mawquf.

 

MISALAN

Perbadanan hendak membeli bangunan B yang berharga RM10 juta. Modal bagi pembelian bangunan B tersebut diperoleh daripada hasil jualan unit saham wakaf kepada mana-mana orang, pertubuhan atau institusi dan kemudiannya diwakafkan kepada Majlis.

 

Bahagian

5 (Mawquf)

Seksyen

23

Tajuk

Wakaf saham
23 [1]

Perbadanan boleh menerima—

(a) saham, bon, sukuk atau surat cara lain bagi jaminan berharga; dan

(b) manfaat daripada unit saham, bon, sukuk atau surat cara lain bagi jaminan berharga tersebut,

yang diwakafkan oleh mana-mana orang, pertubuhan atau institusi dengan syarat bahawa perniagaan atau pelaburan yang dijalankan selaras dengan Hukum Syarak.

23 [2]

Mana-mana harta yang diperoleh atau dibangunkan daripada hasil jualan saham, bon, sukuk atau surat cara lain bagi jaminan berharga di bawah perenggan (1)(a) hendaklah menjadi suatu mawquf.

 

MISALAN

(a) A memiliki seribu unit saham dalam syarikat B. A boleh mewakafkan semua atau sebahagian unit saham tersebut untuk tujuan wakaf am atau wakaf khas kepada Majlis.

(b) A memiliki seribu unit saham dalam syarikat B. A boleh mewakafkan dividen daripada unit saham tersebut untuk tujuan wakaf am atau wakaf khas kepada Majlis.

Bahagian

5 (Mawquf)

Seksyen

24

Tajuk

Wakaf hasil premis dan hasil pertanian atas tanah yang dimiliki, disewa atau dipajak
24

Seseorang waqif boleh mewakafkan—

(a) hasil sewaan atau pajakan mana-mana premis yang dimilikinya;

(b) hasil sewaan atau pajakan mana-mana premis yang dimilikinya di atas mana-mana tanah yang disewa atau dipajak olehnya; atau

(c) apa-apa hasil pertanian, perladangan, penternakan atau sebagainya yang diperoleh daripada tanah yang dimiliki, disewa atau dipajak olehnya.

Bahagian

5 (Mawquf)

Seksyen

26

Tajuk

Hak waqif ke atas manfaat mawquf
26 [1]

Apa-apa mawquf yang musnah sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya boleh dibangunkan semula dengan menggunakan sumber yang berikut:

(a) Kumpulan Wang Wakaf;

(b) Baitulmal; atau

(c) sumber lain yang dibenarkan menurut Hukum Syarak.

26 [2]

Jika sesuatu mawquf musnah keseluruhannya dan telah dibangunkan semula dengan menggunakan wang daripada Baitulmal atau sumber lain yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, harta itu hendaklah menjadi suatu mawquf.

Bahagian

6 (Mawquf 'Alaih)

Seksyen

27

Tajuk

Majlis sebagai mawquf ‘alaih
27

Majlis boleh menjadi mawquf ‘alaih bagi apa-apa mawquf yang terletak di dalam atau di luar Negeri Selangor.

Bahagian

6 (Mawquf 'Alaih)

Seksyen

28

Tajuk

Penetapan syarat khusus kepada mawquf ‘alaih
28

Seseorang yang berhasrat untuk mewakafkan hartanya boleh menetapkan apa-apa syarat khusus kepada mawquf ‘alaih sebelum mawquf ‘alaih itu menjadi berhak kepada manfaat atau kepentingan mawquf itu.

Bahagian

6 (Mawquf 'Alaih)

Seksyen

29

Tajuk

Pembahagian manfaat, kepentingan atau keuntungan
29

Jika terdapat lebih daripada seorang mawquf ‘alaih dalam suatu wakaf khas dan waqif tidak menentukan bahagian mereka masing-masing terhadap manfaat, kepentingan atau keuntungan mawquf itu, Perbadanan hendaklah membahagikan manfaat, kepentingan atau keuntungan itu sama rata di kalangan mereka.

Bahagian

6 (Mawquf 'Alaih)

Seksyen

30

Tajuk

Ketiadaan mawquf ‘alaih
30 [1]

Perbadanan hendaklah mendapatkan keputusan Jawatankuasa Fatwa jika—

(a) seorang waqif tidak menamakan mawquf ‘alaih;

(b) dalam hal orang perseorangan, mawquf ‘alaih itu meninggal dunia;

(c) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mawquf ‘alaih itu tidak lagi wujud; atau

(d) mawquf ‘alaih itu tidak dapat dikesan selepas tempoh setahun dari wakaf itu mula berkuat kuasa.

30 [2]

Peruntukan subseksyen (1) hendaklah juga terpakai bagi apa-apa manfaat, kepentingan atau keuntungan mana-mana mawquf ‘alaih yang disebut dalam subseksyen (1).

30 [3]

Mawquf ‘alaih tidak berhak ke atas apa-apa manfaat,
kepentingan atau keuntungan mawquf itu sebelum keputusan Jawatankuasa Fatwa di bawah subseksyen (2) diperoleh.

30 [4]

Bagi maksud perenggan 1(d) dan subseksyen (3), seorang mawquf ‘alaih boleh memohon satu perintah mahkamah bagi mendapatkan haknya ke atas mawquf tersebut.

Bahagian

7 (Wakaf Secara Wasiat)

Seksyen

31

Tajuk

Wakaf kepada waris
31 [1]

Mana-mana orang yang berhasrat untuk berwakaf boleh mewakafkan harta kepada warisnya.

31 [2]

Jika waqif berada dalam keadaan marad al maut, dia tidak boleh membuat wakaf kepada warisnya kecuali dengan persetujuan semua waris.

31 [3]

Sesuatu wakaf adalah tidak sah jika waqif mewakafkan
hartanya secara berwasiat kepada warisnya kecuali dengan persetujuan semua waris.

Bahagian

7 (Wakaf Secara Wasiat)

Seksyen

32

Tajuk

Wakaf kepada bukan waris
32 [1]

Mana-mana orang yang berhasrat untuk berwakaf boleh mewakafkan harta kepada bukan warisnya.

32 [2]

Jika waqif berada dalam keadaan marad al maut, dia tidak boleh membuat wakaf kepada bukan warisnya lebih daripada satu pertiga hartanya kecuali dengan persetujuan semua waris.

32 [3]

Sesuatu wakaf adalah tidak sah jika waqif mewakafkan
hartanya secara berwasiat kepada bukan warisnya lebih daripada satu pertiga hartanya kecuali dengan persetujuan semua waris.

Bahagian

7 (Wakaf Secara Wasiat)

Seksyen

33

Tajuk

Wakaf secara wasiat
33 [1]

Mana-mana orang yang berhasrat untuk berwakaf boleh mewujudkan suatu wakaf secara wasiat dan hendaklah mula berkuat kuasa selepas kematiannya.

33 [2]

Seseorang wasi yang telah dilantik hendaklah melaksanakan wakaf secara wasiat yang dibuat oleh waqif.

33 [3]

Wasi hendaklah, selepas kematian waqif, mendapatkan persetujuan daripada semua waris untuk melaksanakan wakaf itu sekiranya waqif menamakan waris sebagai penerima wakaf secara wasiat.

33 [4]

Wasi hendaklah, selepas kematian waqif, mendapatkan persetujuan daripada semua waris untuk melaksanakan wakaf tu sekiranya waqif menamakan bukan waris sebagai penerima wakaf secara wasiat yang melebihi satu pertiga daripada harta waqif.

33 [5]

Wakaf secara wasiat hendaklah dilaksanakan menurut
peruntukan Enakmen ini.

Bahagian

7 (Wakaf Secara Wasiat)

Seksyen

34

Tajuk

Kadar wakaf secara wasiat
34

Mawquf yang diwakafkan melalui wasiat kepada bukan warisnya hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah harta peninggalan waqif setelah ditolak hutang dan apa-apa tanggungan mengikut Hukum Syarak, kecuali dengan persetujuan semua waris.

Bahagian

7 (Wakaf Secara Wasiat)

Seksyen

35

Tajuk

Wakaf secara wasiat yang tidak dilaksanakan
35

Jika dalam hal keadaan sesuatu wakaf secara wasiat tidak dilaksanakan, pihak yang berkepentingan terhadap sesuatu mawquf itu boleh memohon suatu perintah Mahkamah terhadap wasi bagi melaksanakan wakaf secara wasiat tersebut.

Bahagian

8 (Kumpulan Wang Wakaf)

Seksyen

38

Tajuk

Penggunaan dana Kumpulan Wang Wakaf
38 [1]

Wang asas wakaf boleh digunakan bagi maksud—

(a) pembelian apa-apa harta sebagai suatu wakaf di bawah seksyen 6; atau

(b) pelaksanaan apa-apa wakaf dan pembiayaan pembangunan apa-apa mawquf tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Majlis.

38 [2]

Wang manfaat wakaf boleh digunakan bagi maksud—

(a) pembayaran segala kos, caj dan perbelanjaan pentadbiran mana-mana wakaf atau mawquf termasuklah kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana mawquf; atau

(b) apa-apa perbelanjaan lain berkaitan dengan wakaf atau mawquf yang difikirkan wajar oleh Perbadanan dalam melaksanakan peruntukan Enakmen ini.

Bahagian

8 (Kumpulan Wang Wakaf)

Seksyen

39

Tajuk

Akaun dan Laporan Kumpulan Wang Wakaf
39 [1]

Perbadanan hendaklah—

(a) menyebabkan supaya disimpan akaun yang sepatutnya dan rekod lain berkenaan dengan pentadbiran Kumpulan Wang Wakaf;

(b) menyebabkan supaya disediakan suatu penyata akaun Kumpulan Wang Wakaf bagi setiap tahun kewangan;

(c) menyebabkan supaya penyata akaun Kumpulan Wang Wakaf diaudit pada akhir setiap tahun kewangan oleh juruaudit; dan

(d) sebaik diterima penyata akaun Kumpulan Wang Wakaf yang telah diaudit di bawah perenggan (c), mengemukakan penyata akaun itu kepada Majlis.

39 [2]

Walau apa pun perenggan (1)(d), Majlis boleh mengarahkan Perbadanan supaya mengemukakan laporan kewangan Kumpulan Wang Wakaf dari semasa ke semasa.

39 [3]

Tahun kewangan bagi Kumpulan Wang Wakaf hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Bahagian

8 (Kumpulan Wang Wakaf)

Seksyen

36

Tajuk

Kumpulan Wang Wakaf
36 [1]

Bagi maksud Enakmen ini, Majlis hendaklah menubuhkan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai Kumpulan Wang Wakaf.

36 [2]

Kumpulan Wang Wakaf hendaklah ditadbir dan diuruskan oleh Majlis melalui Perbadanan.

36 [3]

Kumpulan Wang Wakaf hendaklah terdiri daripada wang asas wakaf dan wang manfaat wakaf.

36 [4]

Bagi maksud seksyen ini, akaun wang asas wakaf dan akaun wang manfaat wakaf hendaklah diwujudkan secara berasingan.

Bahagian

8 (Kumpulan Wang Wakaf)

Seksyen

37

Tajuk

Manfaat atau kepentingan daripada wakaf am dan wakaf khas
37 [1]

Segala manfaat atau kepentingan daripada suatu wakaf
am hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Wakaf.

37 [2]

Segala manfaat atau kepentingan daripada suatu wakaf khas hendaklah digunakan mengikut terma yang ditentukan oleh waqif kecuali bagi terma yang bercanggah dengan Hukum Syarak.

Bahagian

9 (Penentuan Hukum Syarak)

Seksyen

40

Tajuk

Rujukan kepada Jawatankuasa Fatwa
40

Jika terdapat apa-apa persoalan Hukum Syarak berkaitan dengan rukun wakaf, atau perkara yang bersampingan dengannya yang perlu diputuskan, Perbadanan hendaklah merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa tentang persoalan itu.

Bahagian

9 (Penentuan Hukum Syarak)

Seksyen

41

Tajuk

Istibdal mawquf
41 [1]

Tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa, Majlis boleh mengistibdalkan mana-mana mawquf dalam hal keadaan yang berikut:

(a) jika mana-mana syarat wakaf tidak selaras dengan mana-mana undang-undang bertulis;

(b) jika mawquf diambil oleh mana-mana pihak berkuasa mengikut mana-mana undang-undang bertulis;

(c) jika kegunaan mawquf tidak mendatangkan manfaat atau kepentingan sebagaimana yang dikehendaki oleh waqif;

(d) jika kegunaan mawquf tidak menepati tujuan wakaf;

(e) jika mana-mana syarat yang ditetapkan oleh waqif tidak dapat dilaksanakan disebabkan berlalu masa atau berlaku perubahan keadaan;

(f) jika Majlis hendak mengistibdalkan masjid atau tapak masjid yang telah menjadi mawquf;

(g) jika mana-mana syarat yang telah ditetapkan oleh waqif tidak dapat dilaksanakan dan Majlis berhasrat untuk melaksanakan wakaf itu dengan cara yang sehampir mungkin sama dengan syarat yang ditetapkan oleh waqif; atau

(h) dalam hal keadaan lain yang difikirkan perlu oleh Majlis.

41 [2]

Nilai mawquf yang diperoleh melalui istibdal hendaklah tidak kurang daripada nilai semasa mawquf asal.

41 [3]

Majlis hendaklah mengistibdalkan apa-apa mawquf sama ada keseluruhan atau sebahagiannya dalam tempoh yang munasabah.

Bahagian

9 (Penentuan Hukum Syarak)

Seksyen

42

Tajuk

Mawquf wakaf khas terbiar
42

Majlis boleh, setelah merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa, mentadbir dan mengurus mawquf bagi wakaf khas yang terbiar mengikut apa-apa cara yang difikirkannya patut.

Bahagian

Seksyen

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Bandaraya Subang Jaya 2020 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 20 Oktober 2020.

Bahagian

Seksyen

Seksyen

2

Tajuk

Perubahan gelaran
2 [-]

Perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], dan digelar “Majlis Perbandaran Subang Jaya” hendaklah dengan ini digelar sebagai “Majlis Bandaraya Subang Jaya” atau “the Subang Jaya City Council”.

Bahagian

Seksyen

Seksyen

3

Tajuk

Mengecualikan hak-hak dan kewajipan-kewajipan Yang Dipertua dan mana-mana orang lain
3 [1]

Apabila berkuat kuasanya Enakmen ini, ia hendaklah tidak menjejaskan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya atau mana-mana orang lain yang dilantik atau dicalonkan secara sah, mengikut mana yang berkenaan, yang memegang jawatan pada tarikh mula berkuat kuasanya Enakmen ini, yang mana mulai dari tarikh tersebut hendaklah, sebagai Datuk atau jawatan-jawatan yang lain, mempunyai dan melaksanakan semua hak, kewajipan, kuasa dan keistimewaan yang dahulunya berkaitan dengan mana-mana jawatan itu di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, sebagaimana yang dipakai kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain dan mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya atau undang-undang kecil yang terpakai kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, seolah-olah Enakmen ini belum lagi dibuat.

3 [2]

(2) Tiada apa-apa jua pun dalam Enakmen ini akan menyentuh kesahihan atau kesan mana-mana tindakan, prosiding, pindahhak, pindahmilik, surat ikatan, transaksi, atau apa-apa tindakan lain yang diambil, dimasuki atau dibuat ‘bona fide’ sebelum mula berkuat kuasanya Enakmen ini oleh, atau terhadap atau atas nama atau bagi pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Bahagian

Seksyen

Seksyen

4

Tajuk

Pindaan gelaran-gelaran
4 [-]

Apabila taraf Majlis Perbandaran Subang Jaya diubah kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya, melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain, segala rujukan dalam tiap-tiap undang-undang bertulis—

(a) kepada “Majlis Perbandaran Subang Jaya” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Majlis Bandaraya Subang Jaya” atau “the Subang Jaya City Council”;

(b) kepada “Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya” (sebagai satu perbadanan) hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya”;

(c) kepada “Ahli-Ahli Majlis” atau kepada “Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya”;

(d) kepada “Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya” atau kepada “Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya” hendaklah masing-masingnya ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya” atau “Timbalan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya”; dan

(e) kepada “Perbandaran” atau kepada “Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya” atau kepada “Yang Dipertua bagi Ahli-Ahli Majlis” (berkenaan dengan suatu Perbandaran) hendaklah masing-masingnya ditafsirkan sebagai termasuk rujukan kepada “Majlis Bandaraya Subang Jaya”, “Ahli- Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya” atau “Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya”.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.