Semua Seksyen

Enakmen Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 1994 – Disemak 2011

Bahagian

-

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 1994.

Bahagian

-

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“harta” termasuklah segala estet, kepentingan, isemen dan hak, sama ada dari segi ekuiti atau di sisi undang-undang, mengenai, kepada atau daripada harta, dan perkara dalam tindakan.

Bahagian

-

Seksyen

3

Tajuk

Pemerbadanan Menteri Besar
3 [1]

Orang yang pada masa ini memegang jawatan atau melaksanakan fungsi Menteri Besar dan penggantinya dalam jawatan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Menteri Besar Selangor” (kemudian daripada ini disebut “Perbadanan”).

3 [2]

Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya dengan menggunakan namanya dan hendaklah kekal turun-temurun.

3 [3]

Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang didapati patut oleh Perbadanan.

3 [4]

Sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu cap yang mengandungi inskripsi “Menteri Besar Selangor” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.

Bahagian

-

Seksyen

4

Tajuk

Kuasa Perbadanan
4

Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Perbadanan—

(a) membuat kontrak;

(b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala jenis harta alih dan tak alih; dan

(c) memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta
alih atau tak alih yang terletak hak pada Perbadanan.

Bahagian

-

Seksyen

5

Tajuk

Penyempurnaan Dokumen
5 [1]

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang memerlukan meterai Perbadanan hendaklah dimeterai dengan meterai Perbadanan di hadapan orang yang pada masa itu melaksanakan fungsi Menteri Besar, yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain sedemikian yang padanya meterai perbadanan itu dicapkan.

5 [2]

Penandatanganan sedemikian hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu adalah meterai sah Perbadanan.

Bahagian

-

Seksyen

6

Tajuk

Pemberitahuan pelantikan dalam Warta
6

Suatu pemberitahuan dalam Warta mengenai pelantikan mana-mana orang untuk memegang jawatan atau bertindak sebagai Menteri Besar hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu telah dilantik sedemikian dengan sewajarnya.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.