Semua Seksyen

Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Langat 2020

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Langat 2020 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2020.

Seksyen

2

Tajuk

Perubahan gelaran
2

Perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], dan digelar sebagai “Majlis Daerah Kuala Langat” hendaklah dengan ini digelar sebagai “Majlis Perbandaran Kuala Langat” atau “the Kuala Langat Municipal Council”.

Seksyen

3

Tajuk

Mengecualikan hak-hak dan kewajipan-kewajipan Yang Dipertua dan mana-mana orang lain
3 [1]

Apabila berkuat kuasanya Enakmen ini, ia hendaklah
tidak menjejaskan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat atau mana-mana orang lain yang dilantik atau dicalonkan secara sah, mengikut mana-mana berkenaan, yang memegang jawatan pada tarikh mula berkuat kuasanya Enakmen ini, yang mana mulai dari tarikh tersebut hendaklah, sebagai Yang Dipertua atau jawatan-jawatan yang lain, mempunyai dan melaksanakan semua hak, kewajipan, kuasa dan keistimewaan yang dahulunya berkaitan dengan mana-mana jawatan itu di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, sebagaimana yang dipakai kepada Majlis Daerah Kuala Langat atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain dan mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya atau undang-undang kecil yang terpakai kepada Majlis Daera Kuala Langat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, seolah- olah Enakmen ini belum lagi diperbuat.

3 [2]

Tiada apa-apa jua pun dalam Enakmen ini akan menyentuh kesahihan atau kesan mana-mana tindakan, prosiding, pindahhak, pindahmilik, surat ikatan, transaksi, atau apa-apa tindakan lain yang diambil, dimasuki atau dibuat ‘bona fide’ sebelum mula berkuat kuasanya Enakmen ini oleh, atau terhadap atau atas nama atau bagi pihak Majlis Daerah Kuala Langat.

Seksyen

4

Tajuk

Pindaan gelaran-gelaran
4

Apabila taraf Majlis Daerah Kuala Langat diubah kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, segala rujukan dalam tiap-tiap undang-undang bertulis—

(a) kepada “Majlis Daerah Kuala Langat” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Majlis Perbandaran Kuala Langat” atau “the Kuala Langat Municipal Council”;

(b) kepada “Ahli-Ahli Majlis Daerah Kuala Langat” (sebagai suatu perbadanan) hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat”;

(c) kepada “Ahli-Ahli Majlis” atau kepada “Ahli-Ahli Majlis Daerah Kuala Langat” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat”;

(d) kepada “Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat” atau kepada “Timbalan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat” hendaklah masing-masing ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat” atau “Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat”; dan

(e) kepada “Daerah” atau kepada “Ahli-Ahli Majlis Daerah” atau kepada “Yang Dipertua bagi Ahli-Ahli Majlis (berkenaan dengan suatu Daerah) hendaklah masing- masing ditafsirkan sebagai termasuk rujukan kepada “Majlis Perbandaran Kuala Langat”, “Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat” atau “Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat”.

Bahagian

-

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Majlis Perbandaran Kuala Langat 2020 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2020.

Bahagian

-

Seksyen

2

Tajuk

Perubahan gelaran
2

Perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], dan digelar sebagai “Majlis Daerah Kuala Langat” hendaklah dengan ini digelar sebagai “Majlis Perbandaran Kuala Langat” atau “the Kuala Langat Municipal Council”.

Bahagian

-

Seksyen

3

Tajuk

Mengecualikan hak-hak dan kewajipan-kewajipan Yang Dipertua dan mana-mana orang lain
3 [1]

Apabila berkuat kuasanya Enakmen ini, ia hendaklah tidak menjejaskan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat atau mana-mana orang lain yang dilantik atau dicalonkan secara sah, mengikut mana-mana berkenaan, yang memegang jawatan pada tarikh mula berkuat kuasanya Enakmen ini, yang mana mulai dari tarikh tersebut hendaklah, sebagai Yang Dipertua atau jawatan-jawatan yang lain, mempunyai dan melaksanakan semua hak, kewajipan, kuasa dan keistimewaan yang dahulunya berkaitan dengan mana-mana jawatan itu di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, sebagaimana yang dipakai kepada Majlis Daerah Kuala Langat atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain dan mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya atau undang-undang kecil yang terpakai kepada Majlis Daerah Kuala Langat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, seolah-olah Enakmen ini belum lagi diperbuat.

3 [2]

Tiada apa-apa jua pun dalam Enakmen ini akan menyentuh kesahihan atau kesan mana-mana tindakan, prosiding, pindahhak, pindahmilik, surat ikatan, transaksi, atau apa-apa tindakan lain yang diambil, dimasuki atau dibuat ‘bona fide’ sebelum mula berkuat kuasanya Enakmen ini oleh, atau terhadap atau atas nama atau bagi pihak Majlis Daerah Kuala Langat.

Bahagian

-

Seksyen

4

Tajuk

Pindaan gelaran-gelaran
4

Apabila taraf Majlis Daerah Kuala Langat diubah kepada Majlis Perbandaran Kuala Langat, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, segala rujukan dalam tiap-tiap undang-undang bertulis—

(a) kepada “Majlis Daerah Kuala Langat” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Majlis Perbandaran Kuala Langat” atau “the Kuala Langat Municipal Council”;

(b) kepada “Ahli-Ahli Majlis Daerah Kuala Langat” (sebagai suatu perbadanan) hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat”;

(c) kepada “Ahli-Ahli Majlis” atau kepada “Ahli-Ahli Majlis Daerah Kuala Langat” hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat”;

(d) kepada “Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat” atau kepada “Timbalan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat” hendaklah masing-masing ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat” atau “Timbalan Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Kuala Langat”; dan

(e) kepada “Daerah” atau kepada “Ahli-Ahli Majlis Daerah” atau kepada “Yang Dipertua bagi Ahli-Ahli Majlis” (berkenaan dengan suatu Daerah) hendaklah masing-masing ditafsirkan sebagai termasuk rujukan kepada “Majlis Perbandaran Kuala Langat”, “Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kuala Langat” atau “Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat”.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.