Semua Seksyen

ENAKMEN TABUNG AMANAH WARISAN ANAK SELANGOR 2015

Bahagian

Bahagian I-PERMULAAN

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1 [1]

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor 2015.

1 [2]

Enakmen ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

Bahagian

Bahagian I-PERMULAAN

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“kumpulan wang” ertinya kumpulan wang amanah yang dikenali sebagai “Tabung Amanah Warisan Anak Selangor” yang ditubuhkan di bawah ketetapan Dewan Negeri Selangor menurut perenggan 10(4)(b) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];

“Kumpulan Wang Pembangunan” ertinya Kumpulan Wang Pembangunan Negeri Selangor;

“Lembaga” ertinya Lembaga Tabung Amanah Warisan Anak Selangor yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“sekuriti” termasuklah saham, kumpulan wang, syer, bon dan debentur dan surat cara lain yang mewujudkan atau membuktikan suatu gadaian atau lien pada aset.

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

3

Tajuk

Lembaga Tabung Amanah Warisan Anak Selangor
3 [1]

Suatu lembaga yang dikenali sebagai “Lembaga Tabung Amanah Warisan Anak Selangor” ditubuhkan.

3 [2]

Lembaga berfungsi untuk mentadbirkan kumpulan wang dan hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu, bagi atau berkaitan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Enakmen ini.

3 [3]

Lembaga hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:
(a) Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pengerusi;(b) Pegawai Kewangan Negeri sebagai Timbalan Pengerusi;
(c) Penasihat Undang-Undang Negeri;
(d) Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan);
(e) Timbalan Pegawai Kewangan Negeri sebagai Setiausaha;
(f) Bendahari Negeri sebagai Bendahari; dan
(g) dua orang ahli yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang perniagaan, kewangan atau pelaburan.

3 [4]

Ahli Lembaga di bawah perenggan (3)(g) hendaklah dilantik oleh Menteri Besar.

3 [5]

Lembaga boleh, melalui surat cara bertulis, mewakilkan kepada mana-mana orang segala atau mana-mana fungsinya di bawah Enakmen ini.

3 [6]

Lembaga boleh membayar setiap ahli Lembaga apa-apa elaun perjalanan, elaun kehadiran mesyuarat atau apa-apa elaun yang disifatkan wajar, mengikut kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Besar dari semasa ke semasa.

3 [7]

Tertakluk kepada Enakmen ini, Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengawal selia prosidingnya.

3 [8]

Ahli Lembaga di bawah perenggan (3)(g), semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah Enakmen ini, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

4

Tajuk

Wang yang dikehendaki dibayar ke dalam kumpulan wang
4

Wang yang berikut hendaklah dibayar ke dalam kumpulan wang:
(a) wang yang dari semasa ke semasa diperuntukkan daripada Kumpulan Wang Disatukan kepada dan bagi maksud kumpulan wang; dan
(b) segala wang yang merupakan hasil daripada apa-apa
pelaburan kumpulan wang yang dibuat oleh Lembaga.

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

5

Tajuk

Kumpulan Wang Pembangunan Negeri
5

Selepas tahun 2025, Lembaga boleh, dari semasa ke semasa,
memindahkan apa-apa amaun daripada kumpulan wang sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Lembaga ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan Negeri untuk tujuan Skim Tabung Warisan Anak Selangor.

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

6

Tajuk

Penggunaan kumpulan wang
6

Tertakluk kepada seksyen 5, wang dalam kumpulan wang tidakboleh digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud yang diperuntukkan oleh Enakmen ini.

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

7

Tajuk

Pelaburan kumpulan wang
7

Lembaga boleh melabur wang yang ada dalam kumpulan wang bagi maksud yang berikut:
(a) sebagai simpanan deposit di mana-mana bank dan institusi
kewangan di dalam dan di luar Malaysia;
(b) dalam mana-mana pelaburan yang dibenarkan oleh
Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208];
(c) dalam sekuriti mengikut terma yang menguntungkan
kumpulan wang;
(d) dalam surat cara pasaran wang, termasuk bil perbendaharaan, penerimaan jurubank dan perakuan deposit dalam apa- apa mata wang;

(e) dalam logam berharga termasuk emas, perak, platinum dan paladium; dan
(f) sebagaimana yang dibenarkan selainnya oleh Pihak
Berkuasa Negeri.

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

8

Tajuk

Pelantikan Pengurus Pelaburan
8

Lembaga boleh melantik Pengurus Pelaburan daripada kalangan institusi kewangan yang pada pendapat Lembaga mempunyai pengalaman, pengetahuan yang luas dan berkepakaran dalam pengurusan dan pelaburan wang bagi tujuan menasihati Lembaga berhubung dengan perkara yang bersangkutan dengan pelaburan aset kumpulan wang dan untuk melabur aset kumpulan wang.

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

9

Tajuk

Pelantikan pegawai dan penjawat
9 [1]

Lembaga boleh melantik, atas terma dan saraan sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Lembaga, pegawai dan penjawat yang perlu bagi menjalankan fungsi di bawah Enakmen ini.

9 [2]

Semua pegawai dan penjawat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam dalam pengertian Kanun
Keseksaan.

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

10

Tajuk

Perbelanjaan pentadbiran
10

Apa-apa kos, perbelanjaan atau pembayaran lain yang secara langsung boleh dikaitkan dengan pentadbiran kumpulan wang hendaklah dipertanggungkan kepada kumpulan wang.

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

11

Tajuk

Arahan Menteri Besar
11 [1]

Menteri Besar boleh, secara bertulis, memberi Lembaga
apa-apa arahan yang bersifat am yang tidak bercanggah dengan peruntukan Enakmen ini yang ada hubungan dengan perjalanan dan pelaksanaan fungsinya dan Lembaga hendaklah melaksanakan segala arahan tersebut.

11 [2]

Lembaga hendaklah memberi Menteri Besar apa-apa
penyata, akaun dan maklumat lain berkenaan dengan aset dan aktiviti kumpulan wang sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri Besar dari semasa ke semasa.

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

12

Tajuk

Tahun kewangan
12

Bagi maksud Enakmen ini, tahun kewangan kumpulan wang
hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember pada setiap tahun.

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

13

Tajuk

Akaun dan audit
13 [1]

Selepas 31 Disember tiap-tiap tahun kewangan tetapi
tidak lewat daripada 30 April dalam tahun kewangan berikutnya, Bendahari Negeri hendaklah dengan seberapa segera yang boleh menyedia dan mengemukakan penyata kewangan kepada Pengarah Audit Negeri untuk diaudit.

13 [2]

Penyata kewangan itu hendaklah mengandungi maklumat
mengenai penerimaan, pembayaran, pendapatan dan perbelanjaan serta lembaran imbangan kumpulan wang setakat 31 Disember tahun kewangan itu.

13 [3]

Penyata kewangan akan diperakukan oleh Ketua Audit
Negara dan apa-apa pemerhatian Ketua Audit Negara ke atas penyata kewangan itu hendaklah disampaikan kepada Pegawai Kewangan Negeri untuk dibentangkan dengan seberapa segera yang boleh dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

14

Tajuk

Laporan tahunan
14 [1]

Lembaga hendaklah tidak lewat daripada 30 April dalam
setiap tahun, menyebabkan dibuat dan dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri suatu laporan mengenai pelaburan kumpulan wang sepanjang tahun kewangan yang terdahulu.

14 [2]

Laporan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah
mengandungi apa-apa maklumat lain yang berhubungan dengan prosiding dan polisi Lembaga berhubung dengan kumpulan wang.

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

15

Tajuk

Akaun teraudit dan laporan tahunan hendaklah dibentangkan dalam Dewan Negeri
15

Menteri Besar hendaklah menyebabkan akaun teraudit tahunan di bawah seksyen 13 dan laporan tahunan di bawah seksyen 14 dibentangkan dalam Dewan Negeri.

Bahagian

Bahagian II

Seksyen

16

Tajuk

Peruntukan Akta Prosedur Kewangan 1957 hendaklah terpakai
16

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam
Enakmen ini, peruntukan Akta Prosedur Kewangan 1957 dan apa-apa peraturan yang dibuat dan arahan yang dikeluarkan di bawahnya hendaklah terpakai bagi kumpulan wang.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.