Semua Seksyen

Enakmen Perbadanan Taman Negeri Selangor 2005

Bahagian

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas dan mula berkuat kuasa
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Perbadanan Taman Negeri Selangor 2005 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Bahagian

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteks menghendaki makna
yang lain—
“Ahli” ertinya ahli yang dilantik di bawah seksyen 7;

“Kumpulan Wang Taman Negeri Selangor” ertinya kumpulan
wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 20;
“Negeri” ertinya Negeri Selangor;
“Pegawai” ertinya Pengarah Taman Negeri Selangor, mana-mana
pegawai atau pengkhidmat lain yang dilantik di bawah seksyen 17;
“Pengarah Taman Negeri Selangor” ertinya Pengarah Taman
Negeri Selangor yang dilantik oleh Perbadanan di bawah seksyen
17;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah
seksyen 7;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan yang ditubuhkan di bawah
seksyen 6;
“Taman Laut” ertinya Taman Laut yang ditubuhkan di bawah
Akta Perikanan 1985 [Akta 317];
“Taman Negeri” ertinya sesuatu Taman Negeri yang ditubuhkan
di bawah seksyen 3 dan termasuklah kawasan yang dikelilingi oleh
Taman Laut seperti yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Bahagian

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteks menghendaki makna
yang lain—
“Ahli” ertinya ahli yang dilantik di bawah seksyen 7;

“Kumpulan Wang Taman Negeri Selangor” ertinya kumpulan
wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 20;
“Negeri” ertinya Negeri Selangor;
“Pegawai” ertinya Pengarah Taman Negeri Selangor, mana-mana
pegawai atau pengkhidmat lain yang dilantik di bawah seksyen 17;
“Pengarah Taman Negeri Selangor” ertinya Pengarah Taman
Negeri Selangor yang dilantik oleh Perbadanan di bawah seksyen
17;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah
seksyen 7;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan yang ditubuhkan di bawah
seksyen 6;
“Taman Laut” ertinya Taman Laut yang ditubuhkan di bawah
Akta Perikanan 1985 [Akta 317];
“Taman Negeri” ertinya sesuatu Taman Negeri yang ditubuhkan
di bawah seksyen 3 dan termasuklah kawasan yang dikelilingi oleh
Taman Laut seperti yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Bahagian

BAHAGIAN II - PENUBUHAN TAMAN NEGERI

Seksyen

3

Tajuk

Penubuhan Taman-Taman Negeri
3 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh merizabkan mana-mana tanah Negeri bagi maksud sesuatu Taman Negeri di bawah suatu nama yang akan diberi kepadanya.

3 [2]

Kawasan yang dirizabkan sedemikian hendaklah diletakkan di bawah pengurusan suatu Perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 6.

3 [3]

Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa yang
difikirkan patut membatalkan atau mengubah perizaban sesuatu kawasan atau sebahagiannya sebagai suatu Taman Negeri.

3 [4]

Apa-apa perizaban tanah di bawah seksyen ini hendaklah
diberitahu dalam Warta dan pemberitahuan ini hendaklah—
(a) memperihalkan tanah rizab itu;
(b) menetapkan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa
mengawal tanah yang dirizabkan sedemikian itu;
(c) menjadi keterangan muktamad bahawa tanah yang
diperihalkan sedemikian itu adalah dirizabkan bagi maksud Enakmen ini.

3 [5]

Bagi maksud pengurusan dan pentadbiran Taman Negeri
yang dikelilingi oleh Taman Laut Perbadanan boleh dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri menurunkan kuasa kepada Ketua Pengarah Perikanan yang bertanggungjawab terhadap Taman Laut yang ditubuhkan di bawah Akta Perikanan 1985 [Akta 317] untuk mengawas dan mentadbirkannya.

3 [6]

Bagi maksud subseksyen (1), semua perizaban yang dibuat
hendaklah, dengan seberapa segara yang boleh selepas diwartakan, dibentangkan di dalam Dewan Undangan Negeri.

Bahagian

BAHAGIAN II - PENUBUHAN TAMAN NEGERI

Seksyen

4

Tajuk

Tujuan Penubuhan Taman-taman Negeri
4

Tujuan penubuhan Taman-taman Negeri ialah untuk memelihara

dan memperlindungi hidupan liar, tumbuh-tumbuhan dan benda- benda yang mempunyai kepentingan dari segi kaji bumi, kaji purba,sejarah dan etnologi dan lain-lain kepentingan dari segi sains dan pemandangan, dan melalui pemeliharaan dan penggunaannya untuk memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai.

Bahagian

BAHAGIAN II - PENUBUHAN TAMAN NEGERI

Seksyen

5

Tajuk

Menduduki tanah dalam kawasan Taman Negeri
5 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh memajakkan atau membenarkan supaya diguna atau diduduki mana-mana tanah dalam kawasan sesuatu Taman Negeri tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan-
sekatan sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan dan bagi mana-mana daripada maksud-maksud yang berikut sahaja—
(a) pembinaan dan penyelenggaraan jalan;

(b) pembinaan dan penyelenggaraan lapangan terbang kecil;
(c) pembinaan dan penyelenggaraan hotel, rumah rehat, rumah kediaman, bangunan dan kerja-kerja kegunaan awam,jika Pihak Berkuasa Negeri memikirkan mana-mana daripada maksud-
maksud itu sebagai perlu dan demi kepentingan kemajuan TamanNegeri itu menurut tujuan yang disebut dalam seksyen 4.

5 [2]

Mana-mana tanah yang dipajakkan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana tanah yang berkenaan dengannya sesuatu kegunaan atau pendudukan telah dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen (1) hendaklah terus menjadi sebahagian daripada Taman Negeri itu dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya kecuali setakat mana yang ditetapkan dalam
apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen (1).

5 [3]

Tertakluk kepada Enakmen ini, apa-apa pajakan atau permit untuk mengguna atau menduduki tanah di bawah seksyen ini hendaklah dikeluarkan, menurut Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965].

5 [4]

Kecuali menurut kuasa apa-apa hak yang diberi oleh atau diperoleh di bawah atau berkenaan dengan mana-mana pajakan atau permit di bawah subseksyen (1) atau sebagaimana yang selainnya diperuntukkan dalam Enakmen ini, tiada seorang pun selain seorang
pegawai boleh mendiami, memasuki, mengguna atau menduduki mana-mana tanah dalam tanah dan yang menjadi sebahagian daripada sesuatu Taman Negeri tanpa kebenaran Perbadanan.

Bahagian

BAHAGIAN III - PERBADANAN

Seksyen

6

Tajuk

Penubuhan Perbadanan Taman Negeri Selangor
6

Maka hendaklah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Perbadanan Taman Negeri Selangor” yang kekal turun- temurun dan mempunyai suatu meterai am, yang boleh mendakwadan didakwa atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Enakmen ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan membuat apa-apa perkara bersamping dengan atau berhubung dengan sesuatu pertubuhan perbadanan.

Bahagian

BAHAGIAN III - PERBADANAN

Seksyen

7

Tajuk

Keanggotaan Perbadanan
7 [1]

Perbadanan hendaklah terdiri daripada ahli-ahli berikut—
(a) seorang Pengerusi yang ianya hendaklah orang yang pada
masa itu memegang jawatan Menteri Besar Selangor;
(b) seorang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri;
(c) enam orang ahli ex-officio dan mereka itu hendaklah
orang-orang yang pada masa itu memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, jawatan Penasihat Undang-
Undang Negeri, jawatan Pegawai Kewangan Negeri,jawatan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, jawatan Pengarah Tanah dan Galian Negeri dan jawatan Pengarah Perhutanan Negeri;
(d) seorang wakil daripada Jawatankuasa Penasihat Teknikal yang ditubuh di bawah seksyen 8 Enakmen ini;
(e) tidak lebih daripada enam orang yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.

7 [2]

Seseorang ahli selain yang disebut dalam perenggan-perenggan
(a), (b), (c) dan (d) dalam subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau sebagaimana yang ditetapkan dalam surat pelantikannya dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan surat bertulis yang ditandatangani dan dialamatkan kepada Menteri Besar Selangor.

7 [3]

Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa membatalkan jawatan mana-mana ahli selain ahli yang dilantik kerana jawatannya tanpa memberi apa-apa sebab.

7 [4]

Sesuatu kekosongan boleh dipenuhi oleh sesiapa jua yang
dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri; Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua tindakan atau langkah-
langkah Perbadanan boleh menjadi tidak sah atau menyalahi undang-undang hanya oleh sebab sesuatu kekosongan semasa tindakan atau langkah-langkah pembicaraan itu diambil oleh Perbadanan.

7 [5]

Ahli-ahli boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

7 [6]

Peruntukan-peruntukan Jadual adalah terpakai bagi
Perbadanan.

Bahagian

BAHAGIAN III - PERBADANAN

Seksyen

8

Tajuk

Penubuhan Jawatankuasa Penasihat Teknikal
8

Perbadanan hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Penasihat Teknikal yang dianggotai oleh ahli-ahli yang pakar dan berpengalaman dalam bidang-bidang berkenaan bagi menasihati Perbadanan bagi maksud melaksanakan fungsi-fungsi Perbadanan dengan lebih baik dan berkesan.

Bahagian

BAHAGIAN III - PERBADANAN

Seksyen

9

Tajuk

Meterai Perbadanan
9 [1]

Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai am dan
meterai itu boleh, dari semasa ke semasa dipecah, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana difikirkan patut;
Dengan syarat bahawa sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini, suatu cap mengandungi perkataan “Perbadanan Taman Negeri Selangor” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai am.

9 [2]

Semua surat ikatan, dokuman dan lain-lain surat cara yang memerlukan meterai Perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan sewajarnya di hadapan Pengerusi atau mana-mana ahli Perbadanan yang diberi kuasa oleh Perbadanan yang mana hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara yang dicap dengan meterai itu; dan penandatangan itu tanpa diakusaksikan selanjutnya adalah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicap dengan sewajar dan sempurna dan
bahawa meterai itu adalah meterai Perbadanan yang sah.

9 [3]

Sesuatu surat ikatan, dokumen atau lain-lain surat cara yang jika dilaksanakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki menggunakan meterai boleh dengan cara
yang sama disempurnakan oleh Perbadanan; dan surat ikatan, dokumen dan surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pengkhidmat Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Perbadanan bagi maksud itu.

9 [4]

Meterai Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi
dan kehakiman.

Bahagian

BAHAGIAN III - PERBADANAN

Seksyen

10

Tajuk

Fungsi-fungsi Perbadanan
10

Fungsi-fungsi Perbadanan adalah—
(a) untuk mewujudkan taman-taman semulajadi yang
berpotensi sebagai Taman Negeri dan memaksimakan
faedah-faedah daripadanya sesuai dengan konsep pelbagai
guna;

(b) untuk menasihati Pihak Berkuasa Negeri mengenai perkara-perkara berhubung dengan pemeliharaan, penggunaan,pengawalan, pengurusan dan kemajuan Taman-taman Negeri dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dirujuk kepadanya dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa
Negeri;

(c) untuk memulakan, menyelaraskan dan mengawal aktiviti-
aktiviti Taman Negeri yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini;
(d) untuk memperkenalkan Negeri Selangor Darul Ehsansebagai Negeri yang kaya dengan sumber asli dan sebagai pusat tarikan pelancong;
(e) untuk menjaga dan mengekalkan alam semulajadi mengikut satu sistem pengurusan secara bertaraf antarabangsa; dan
(f) untuk mengurus dan menyelenggarakan Kumpulan Wang Taman Negeri Selangor yang ditubuh di bawah Enakmen ini.

Bahagian

BAHAGIAN III - PERBADANAN

Seksyen

11

Tajuk

Kuasa-kuasa Perbadanan
11

Perbadanan adalah mempunyai kuasa—
(a) untuk membuat kajian, penyelidikan dan pemeriksaan ke atas Taman-taman Negeri dan memberi perkhidmatan dan kemudahan yang cukup dan cekap bagi tujuan pemeliharaan yang baik;
(b) untuk mengambil langkah-langkah yang memastikan keselamatan dan kesejahteraan hidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan dalam sesebuah Taman Negeri berada dalam pemeliharaan ciri asalnya dan semulajadi;
(c) untuk menerima derma, pemberian, penerimaan harta alih atau harta tak alih daripada mana-mana punca dan mendapatkan kewangan dengan cara yang sah;
(d) untuk menyumbang dengan cara pemberian atau pinjaman terhadap perbelanjaan yang dikena atau yang akan dikenakan bagi pembaikan dan pemeliharaan Taman-taman Negeri yang ditubuh di bawah Enakmen ini;
(e) untuk mengkhaskan mana-mana bahagian sesebuah Taman Negeri sebagai tempat membiak bagi haiwan dan sebagai tempat semaian bagi tumbuh-tumbuhan;
(f) untuk menyediakan tempat penginapan, kemudahan dan perkhidmatan di dalam Taman-taman Negeri bagi tujuan tarikan kepada pelancong dengan tidak menyentuh penjagaan, kawalan dan pengurusan dengan sepatutnya; dan
(g) untuk mengatur dan mengawal kemasukan orang awam ke Taman-taman Negeri dan mengenakan fi bagi kemasukan dan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan.

Bahagian

BAHAGIAN III - PERBADANAN

Seksyen

12

Tajuk

Tugas dan kuasa tambahan bagi Perbadanan
12

Walau apa pun peruntukan seksyen 11, Perbadanan boleh
mengaku janji apa-apa fungsi dan tugas lain dan mentadbirkan dan membelanjakan wang untuk apa-apa maksud sebagaimana Pihak Berkuasa Negeri menyerahhak kepadanya dan dalam berbuat demikian Perbadanan hendaklah disifatkan sebagai telah memenuhi maksud-maksud Enakmen ini dan peruntukan-peruntukan Enakmen ini adalah terpakai bagi Perbadanan berkenaan dengan fungsi dan
kuasa dan berkenaan dengan pentadbiran dan perbelanjaan wang itu; Dengan syarat sentiasanya bahawa wang itu dan akaun-akaunnya hendaklah disimpan berasingan dan berlainan dari akaun-akaun
Kumpulan Wang Taman Negeri Selangor.

Bahagian

BAHAGIAN III - PERBADANAN

Seksyen

13

Tajuk

Perwakilan Kuasa Perbadanan
13 [1]

Tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang
difikirkan patut, Perbadanan boleh mewakilkan kepada Pengerusi, Pengarah Taman Negeri Selangor atau mana-mana orang lain kuasa untuk menjalankan atau melaksanakan bagi pihaknya apa-apa kuasa,kewajipan atau fungsi yang diletakhakkan atau ditanggungkan oleh Enakmen ini pada atau ke atas Perbadanan yang ditentukan oleh Perbadanan kecuali kuasa untuk meminjam wang, mendapatkan pinjaman atau membuat peraturan-peraturan dan apa-apa kuasa,
tugas atau fungsi yang diwakilkan sedemikian bolehlah dijalankan atau dilaksanakan oleh Pengerusi atau Pengarah Taman Negeri Selangor atau orang lain, mengikut mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Perbadanan.

13 [2]

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1) dan peruntukan-peruntukan lain Enakmen ini, Perbadanan boleh mewakilkan kepada Pengerusi atau mana-mana ahlinya yang lain atau mana-mana orang lain kuasa untuk membenarkan perbelanjaan dari Kumpulan Wang Taman Negeri Selangor atau mana-mana wang lain yang terletakhak pada dan di bawah kawalan Perbadanan hingga had yang dinyatakan oleh Perbadanan.

Bahagian

BAHAGIAN III - PERBADANAN

Seksyen

14

Tajuk

Kuasa untuk mengambil bekerja agen-agen
14

Perbadanan boleh mengambil bekerja dan membayar agen-agen dan penasihat-penasihat teknik, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, juruukur atau penilai dan orang-orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan kewajipan-kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud-maksud Enakmen ini dengan cara yang lebih baik.

Bahagian

BAHAGIAN III - PERBADANAN

Seksyen

15

Tajuk

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
15

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
adalah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Perbadanan atau terhadap mana-mana ahli,pegawai, pengkhidmat atau agen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifatnya yang demikian itu.

Bahagian

BAHAGIAN III - PERBADANAN

Seksyen

16

Tajuk

Pengkhidmat awam
16

Semua ahli, pegawai dan pengkhidmat Perbadanan semasa menjalankan kewajipan-kewajipan mereka sebagai ahli, pegawai dan pengkhidmat Perbadanan, hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan [Akta 574].

Bahagian

BAHAGIAN IV - PENTADBIRAN

Seksyen

17

Tajuk

Pelantikan Pengarah Taman Negeri Selangor dan lain-lain pegawai dan penjawat Perbadanan
17 [1]

Perbadanan boleh melantik seorang Pengarah Taman Negeri Selangor untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan meletakhak padanya apa-apa kuasa dan mempertanggungkan atasnya apa-apa kewajipan dan fungsi yang ditentukan oleh Perbadanan dan beberapa
orang pegawai dan pengkhidmat lain yang perlu mengikut apa-apa terma dan syarat bagi menjalankan maksud-maksud Enakmen ini.

17 [2]

Jika Pengarah Taman Negeri Selangor tidak ada buat sementara di dalam Malaysia atau tidak berupaya buat sementara untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan, oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup, Perbadanan boleh mengarahkan mana-mana orang lain yang layak dan wajar untuk melaksanakan
kewajipan-kewajipannya dalam masa Pengarah Taman Negeri Selangor tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

Bahagian

BAHAGIAN IV - PENTADBIRAN

Seksyen

18

Tajuk

Kewajipan-Kewajipan Pengarah Taman Negeri Selangor
18 [1]

Pengarah Taman Negeri Selangor hendaklah—
(a) bertanggungjawab melaksanakan keputusan-keputusan Perbadanan dan arahan-arahan Pengerusi;

(b) menjalankan pengawalan secara am ke atas pegawai-
pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Perbadanan; dan

(c) melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau apa-apa
kewajipan tambahan yang ditentukan oleh Perbadanan
atau Pengerusi dari semasa ke semasa.

18 [2]

Pengarah Taman Negeri Selangor hendaklah berhak mengambil bahagian di dalam mesyuarat-mesyuarat Perbadanan tetapi tidak mempunyai hak mengundi pada mana-mana mesyuarat Perbadanan.

Bahagian

BAHAGIAN IV - PENTADBIRAN

Seksyen

19

Tajuk

Peraturan-peraturan Berkenaan Dengan Syarat-Syarat Perkhidmatan Pegawai dan Pengkhidmat
19

Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmatnya.

Bahagian

BAHAGIAN V - KEWANGAN

Seksyen

20

Tajuk

Penubuhan Kumpulan Wang Taman Negeri Selangor
20 [1]

Bagi maksud Enakmen ini maka adalah dengan ini
ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dinamakan “Kumpulan Wang Taman Negeri Selangor” yang akan ditadbir dan dikawal oleh Perbadanan.

20 [2]

Kumpulan Wang Taman Negeri Selangor itu hendaklah
mengandungi—
(i) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Dewan Negeri;

(ii) wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai dari Kumpulan Wang
Taman Negeri Selangor;
(iii) semua wang yang didapati oleh Perbadanan;
(iv) semua wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadai atau debentur yang diperolehi oleh atau yang terletakhak pada Perbadanan;
(v) wang yang dipinjam oleh Perbadanan bagi maksud
menjelaskan mana-mana daripada tanggungannya atau
menjalankan apa-apa tugas dan kuasanya;
(vi) apa-apa fi atau lain-lain bayaran yang ditetapkan dan dipungut oleh Perbadanan; dan

(vii) segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletakhak pada,Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.

Bahagian

BAHAGIAN V - KEWANGAN

Seksyen

21

Tajuk

Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Taman Negeri Selangor
21

Kumpulan Wang Taman Negeri Selangor hendaklah
dibelanjakan bagi maksud—
(a) membayar apa-apa belanja yang dilakukan oleh Perbadanan,termasuk fi dan kos ukur, guaman dan lain-lain fi dan kos, dan saraan bagi pegawai-pegawai dan pengkhidmat-
pengkhidmat yang dilantik dan diambil kerja oleh Perbadanan, termasuk elaun persaraan, pencen atau
ganjaran;
(b) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau dipersetujui dengan sepatutnya oleh Perbadanan pada melaksanakan kewajipannya atau
menjalankan fungsinya di bawah seksyen 10;
(c) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Enakmen ini dan faedah yang kena dibayar atasnya; dan
(d) amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan bagi Enakmen ini.

Bahagian

BAHAGIAN V - KEWANGAN

Seksyen

22

Tajuk

Kuasa Meminjam
22

Perbadanan boleh dari semasa ke semasa meminjam, atas apa-apa kadar faedah dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Perbadanan bagi memenuhi mana-mana obligasinya
atau bagi menjalankan mana-mana kewajipannya.

Bahagian

BAHAGIAN V - KEWANGAN

Seksyen

23

Tajuk

Pelaburan Kumpulan Wang Taman Negeri Selangor
23

Kumpulan Wang Taman Negeri Selangor setakat mana yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Perbadanan di bawah Enakmen ini, hendaklah dilaburkan mengikut cara yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Bahagian

BAHAGIAN V - KEWANGAN

Seksyen

24

Tajuk

Akaun bank
24 [1]

Segala wang yang dibayar kepada Perbadanan hendaklah dibayar dengan serta-merta ke dalam suatu akaun dalam mana-mana bank atau bank-bank yang diluluskan oleh Perbadanan.

24 [2]

Segala perintah atau cek yang ditanggungkan ke atas akaun tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi dan seorang ahli atau seorang pegawai Perbadanan yang dibenarkan oleh Perbadanan.

Bahagian

BAHAGIAN V - KEWANGAN

Seksyen

25

Tajuk

Akaun, rekod dan audit
25 [1]

Perbadanan hendaklah menyimpan atau menyebabkan supaya disimpan akaun-akaun yang sepatutnya dan rekod-rekod lain berkenaan dengan perjalanannya dan hendaklah menyebabkan supaya disediakan suatu penyata akaun-akaun berkenaan dengan tiap-tiap satu tahun kewangan.

25 [2]

Akaun Perbadanan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau seorang juruaudit atau juruaudit yang dilantik oleh Perbadanan dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

25 [3]

Pada akhir tiap-tiap satu tahun kewangan dan selepas sahaja akaun-akaun Perbadanan diaudit Perbadanan hendaklah menyebabkan satu salinan apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit
Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) mengenai penyata akaun itu atau mengenai akaun-akaun Perbadanan dihantar kepada Pihak Berkuasa Negeri yang hendaklah menyebabkan
satu salinan tiap-tiap penyata akaun dan pandangan itu dibentangkan dalam Dewan Negeri.

Bahagian

BAHAGIAN V - KEWANGAN

Seksyen

26

Tajuk

Anggaran
26 [1]

Tahun kewangan bagi Perbadanan hendaklah bermula pada 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb. Disember  tiap-tiap tahun.

26 [2]

Perbelanjaan Perbadanan hingga sebanyak amaun yang
dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar dari Kumpulan Wang Taman Negeri Selangor.

26 [3]

Sebelum permulaan bulan September tiap-tiap satu tahun, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan dengan mengandungi apa-apa butir yang
dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri; dan Pihak Berkuasa Negeri hendaklah, sebelum permulaan bulan November tahun tersebut, memberitahu Perbadanan amaun yang dibenarkan untuk perbelanjaan
amnya atau amaun yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnya atau amaun yang dibenarkan bagi tiap-tiap satu jenis perbelanjaan.

26

Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Pihak Berkuasa Negeri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan di dalamnya.

Bahagian

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen

27

Tajuk

Pengecualian daripada duti setem
27

Perbadanan hendaklah dikecualikan daripada membayar duit setem di bawah Akta Setem 1949 [Akta 378].

Bahagian

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen

28

Tajuk

Kuasa untuk membuat Peraturan
28 [1]

Perbadanan boleh, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, membuat apa-apa peraturan yang bermanfaat dan perlu bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini dengan cara yang lebih baik.

28 [2 ]

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu bolehlah dibuat

bagi—
(a) menetapkan cara bagaimana dokumen, cek dan surat cara
dari apa-apa jenis akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Perbadanan;
(b) menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Perbadanan;
(c) mengenakan fi dalam mana-mana hal yang ditentukan oleh Perbadanan;
(d) mengadakan peruntukan secara am mengenai perjalanan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipan Perbadanan di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

Bahagian

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen

29

Tajuk

Penalti
29 [1]

Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam Enakmen
ini dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya, tiada seseorang
pun melainkan Pengarah Taman Negeri Selangor atau pegawai
Perbadanan yang diberi kuasa melaksanakan tugas-tugasnya
dibenarkan melakukan apa-apa tindakan berikut semasa berada di
dalam kawasan Taman Negeri—
(a) memasuki atau membawa apa-apa jentera, senjata, bahan letupan, jerat, racun atau bahan berbahaya;
(b) memburu, membunuh, mencederakan, menangkap atau mengganggu apa-apa haiwan atau mengambil atau
memusnahkan apa-apa telur atau sarang burung;
Dengan syarat apa-apa hidupan liar boleh dibunuh bagi
mempertahankan nyawa manusia atau untuk melindungi daripada ditimpa kecederaan;

(c) memotong, merosakkan, mencederakan atau memusnahkan atau membakar apa-apa tumbuhan atau apa-apa benda yang mempunyai kepentingan kaji bumi, kaji purba, sejarah atau kepentingan sains;
(d) memasukkan apa-apa haiwan atau membenarkan sesuatu haiwan ternakan memasuki atau merayau-rayau di dalamnya atau memasukkan apa-apa tumbuh-tumbuhan ke dalamnya;
(e) mengalih apa-apa haiwan atau tumbuh-tumbuhan sama ada hidup atau mati;
(f) mengalih apa-apa galian atau benda yang mempunyai kepentingan kaji bumi, kaji purba, sejarah atau kepentingan sains;
(g) memusnahkan atau mencacatkan apa-apa benda sama ada yang bernyawa atau tidak; atau
(h) membina apa-apa bangunan di dalamnya.

29 [2]

Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabit kesalahannya boleh dikenakan denda tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada dua belas bulan atau kedua-duanya.

Bahagian

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen

30

Tajuk

Kuasa untuk menyita serta menangkap dsb.
30 [1]

(1) Pengarah Taman Negeri Selangor, pegawai Perbadanan yang diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh tanpa waran semasa berada dalam kawasan
Taman Negeri—
(a) menangkap mana-mana orang yang melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini;
(b) mensita apa-apa kenderaan, traktor, jentera, alat-alat atau benda-benda lain, jika dia ada sebab bagi mempercayai telah digunakan atau sedang digunakan bagi melakukan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini;
(c) meroboh atau memindahkan apa-apa bangunan atau mengambil milik apa-apa benda yang didirikan di dalam Taman Negeri tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.

30 [2 ]

Dalam melaksanakan kuasa-kuasa yang diberi di bawah
subseksyen (1), Pengarah Taman Negeri Selangor atau pegawai Perbadanan yang diberi kuasa boleh meminta bantuan mana-mana pegawai polis dan adalah menjadi tanggungjawab seorang pegawai polis mematuhi permintaan tersebut.

Bahagian

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen

31

Tajuk

Jualan barang berjenis mudah rosak
31

Jika apa-apa barang yang disita di bawah Enakmen ini adalah jenis mudah rosak atau adalah tertakluk kepada reput yang cepat dan semula jadi, Pengarah Taman Negeri Selangor atau mana-mana pegawai Perbadanan yang diberi kuasa boleh mengarahkan supaya barang itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang bagi mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

Bahagian

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen

32

Tajuk

Memulangkan sementara barang yang disita
32 [1]

Jika apa-apa barang telah disita di bawah seksyen 30,
Pengarah Taman Negeri Selangor, pegawai Perbadanan yang diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh, mengikut budibicaranya, melepaskan barang itu untuk sementara waktu kepada empunya tertakluk kepada apa-apa
terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh pegawai itu dan tertakluk, kepada jaminan yang secukupnya diberi dengan memuaskan hati pegawai itu, bahawa barang itu hendaklah diserahkan
kepadanya apabila diminta atau dibawa di hadapan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten.

32 [2]

Mana-mana orang yang—
(a) apabila diminta, tidak menyerahkan kepada Pengarah Taman Negeri Selangor, pegawai Perbadanan yang diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor barang yang dipulangkan untuk sementara waktu kepadanya di bawah subseksyen (1); dan
(b) tidak mematuhi atau melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), adalah bersalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-
duanya.

Bahagian

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen

33

Tajuk

Perlucuthakkan barang yang disita
33 [1]

Suatu perintah bagi melucutkan atau bagi melepaskan apa-apa barang yang disita dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah subseksyen (1) seksyen 30, hendaklah dibuat oleh Mahkamah Rendah di hadapan mana-mana pendakwaan mengenainya
telah diadakan dan suatu perintah bagi melucuthakan barang itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Enakmen ini telah dilakukan dan bahawa barang itu adalah hal perkara atau digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun boleh disabitkan
atas kesalahan itu.

33 [2]

Mana-mana barang yang diperintah supaya dilucuthakan di bawah subseksyen (1) atau disifatkan terlucuthak atau diperintah supaya dilucuthakkan di bawah seksyen 34 hendaklah diserahkan kepada Pengarah Taman Negeri Selangor dan dilupuskan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya patut.

Bahagian

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen

34

Tajuk

Penyitaan dan pelucuthakkan kenderaan dsb.
34 [1]

Jika mana-mana kenderaan, traktor, jentera, alat-alat atau barang disita di bawah Enakmen ini dan tidak ada pendakwaan dibuat berkenaan dengannya, kenderaan, traktor, jentera, alat-alat atau barang itu hendaklah ditahan selama tempoh satu bulan kalendar
dari tarikh penyitaan yang mana apabila habisnya tempoh itu hendaklah sifatkan terlucuthak, melainkan jika suatu tuntutan bertulis mengenainya diterima dalam tempoh yang tersebut di atas.

34

Jika apa-apa tuntutan bertulis diterima di bawah subseksyen (1), tuntutan itu hendaklah dirujukkan oleh Pengarah Taman Negeri Selangor atau mana-mana pegawai Perbadanan yang diberi kuasa kepada Mahkamah Rendah untuk mendapatkan keputusannya mengenai pelupusan barang-barang yang disita.

34 [3]

Mahkamah yang berkenaan hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki pihak menuntut dan orang, jika ada,yang daripadanya kenderaan, traktor, jentera, alat-alat atau barang itu telah disita supaya hadir dalam Mahkamah dan apabila pihak
menuntut atau orang itu hadir, atau apabila dia gagal berbuat demikian setelah diberi notis yang munasabah, Mahkamah hendaklah terus bertindak meneliti perkara itu dan membuat suatu perintah setelah fakta-fakta itu dibuktikan.

Bahagian

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen

35

Tajuk

Tiada kos, ganti rugi, dsb., atas penyitaan
35

Tiada seorang pun boleh dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah mengenai penyitaan apa-apa barang yang disita dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Enakmen ini berhak mendapat kos prosiding itu atau bagi apa-apa kerosakan
atau relif lain selain perintah bagi memulangkan barang itu atau membayar nilainya melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau mungkin.

Bahagian

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen

36

Tajuk

Kuasa untuk mendakwa
36

Tiada pendakwaan boleh dimulakan terhadap kesalahan di bawah Akta ini kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya.

Bahagian

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen

37

Tajuk

Bidang kuasa Mahkamah Rendah
37 [1]

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, suatu Mahkamah Rendah hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana kesalahan di bawah Enakmen ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dan apabila disabitkan mengenakan penalti penuh baginya.

37 [2]

Bagi maksud subseksyen (1), “Mahkamah Rendah” ertinya
Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret.

Bahagian

BAHAGIAN VI - PELBAGAI

Seksyen

38

Tajuk

Enakmen tidak akan mengurangkan kuasa Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972
38

Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh mengurangkan kuasa peruntukan-peruntukan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 [Akta 76].

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.