Semua Seksyen

Enakmen Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) (Selangor) 2001.

Bahagian

BAHAGIAN I - Permulaan

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa
1 [1]

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Badan-Badan
Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) (Selangor) 2001.

1 [2]

Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Bahagian

BAHAGIAN I - Permulaan

Seksyen

2

Tajuk

Pemakaian
2

Enakmen ini hendaklah terpakai bagi semua badan berkanun kecuali badan berkanun yang disenaraikan dalam Jadual Pertama.

2 [2]

Walau apa pun subseksyen (1), badan berkanun yang
disenaraikan dalam Jadual Pertama hendaklah memastikan bahawa peruntukan-peruntukan tatatertib yang terpakai bagi pegawai-pegawainya menepati peruntukan-peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini seberapa boleh yang dibenarkan oleh undang-undang pemerbadanannya dan sistem pengurusan dan saraannya.

Bahagian

BAHAGIAN I - Permulaan

Seksyen

3

Tajuk

Hubungan Enakmen ini dengan undang-undang pemerbadanan
3

Enakmen ini hendaklah dibaca bersama dan ditafsirkan sebagai satu dengan undang-undang pemerbadanan sesuatu badan berkanun.

Bahagian

BAHAGIAN I - Permulaan

Seksyen

4

Tajuk

Tafsiran
4

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“badan berkanun” ertinya suatu badan, walau dengan nama apa pun disebut, yang diperbadankan oleh undang-undang Negeri bagi maksud Kerajaan Negeri, tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan;

“emolumen” ertinya apa-apa saraan, termasuklah gaji, pemberian tetap, pembayaran insentif dan elaun bulanan, yang kena dibayar kepada seseorang pegawai setiap bulan;

“gaji” ertinya gaji pokok seseorang pegawai;

“Jawatankuasa Rayuan Tatatertib” ertinya jawatankuasa yang disebut seksyen 7;

“Jawatankuasa Tatatertib” ertinya jawatankuasa yang disebut dalam seksyen 6;

“kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, mengikut mana yang berkenaan;

“kesalahan tatatertib” ertinya pelanggaran mana-mana peruntukan
tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan dan
termasuklah apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berkenaan dengannya tindakan tatatertib boleh diambil di bawah Peraturan- Peraturan;

“Ketua Bahagian” ertinya seseorang pegawai yang
bertanggungjawab bagi sesuatu bahagian, jabatan, unit atau cawangan sesuatu badan berkanun, dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga untuk menjalankan fungsi-fungsi seorang Ketua Bahagian bagi apa-apa tempoh masa;

“Ketua Eksekutif” ertinya pengurus besar, pengarah atau mana-
mana orang, walau dengan nama apa pun disebut, yang dipertanggungkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian hal ehwal sesuatu badan berkanun;

“Lembaga” ertinya badan berkanun itu sendiri atau, jika undang-
undang permerbadananya mengadakan peruntukan bagi suatu lembaga, majlis atau jawatankuasa yang berasingan, walau dengan nama apa pun disebut, untuk menjalankan fungsi-fungsi badan berkanun itu dan untuk menjaga pengurusan dan pentadbiran
am badan berkanun itu, lembaga, majlis atau jawatankuasa itu;

“pegawai” ertinya seseorang yang diambil bekerja secara tetap,sementara atau kontrak oleh sesuatu badan berkanun, dan dibayar emolumen oleh badan berkanun itu, dan termasuklah seseorang yang dipinjamkan ke mana-mana perbadanan subsidiari atau syarikat
badan berkanun itu atau mana-mana badan berkanun yang lain atau mana-mana agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana syarikat yang dalamnya Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan;

“Peraturan-Peraturan” ertinya Peraturan-Peraturan dalam Jadual Kedua;

“undang-undang pemerbadanan” ertinya undang-undang Negeri yang melaluinya sesuatu badan berkanun diperbadankan;

“undang-undang negeri” ertinya sesuatu Enakmen atau sesuatu Ordinan yang berhubung dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengannya Badan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah sesuatu Enakmen atau Ordinan itu.

Bahagian

BAHAGIAN II - Tatatertib

Seksyen

5

Tajuk

Pemakaian Peraturan-Peraturan
5

Peraturan-Peraturan hendaklah terpakai berkenaan dengan tatatertib pegawai-pegawai badan berkanun.

Bahagian

BAHAGIAN II - Tatatertib

Seksyen

6

Tajuk

Pihak berkuasa tatatertib
6 [1]

Pihak-pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan pelbagai kategori pegawai ialah Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan mengikut Bahagian I Jadual Ketiga dan peruntukan-peruntukan Bahagian itu hendaklah terpakai bagi, dan dipatuhi oleh, tiap-tiap Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan sedemikian.

6 [2]

Dalam menjalankan bidang kuasa tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mematuhi tatacara yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan dan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan.

Bahagian

BAHAGIAN II - Tatatertib

Seksyen

7

Tajuk

Rayuan
7

Seseorang pegawai yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib oleh suatu Jawatankuasa Tatatertib boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib yang
berkenaan yang ditubuhkan mengikut Bahagian II Jadual Ketiga dan Lampiran kepada Jadual itu dan peruntukan-peruntukan Bahagian itu hendaklah terpakai bagi, dan dipatuhi oleh, tiap-tiap Jawatankuasa Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan itu.

Bahagian

BAHAGIAN II - Tatatertib

Seksyen

8

Tajuk

Prosiding tatatertib dalam kes-kes khas
8 [1]

Jika Ketua Eksekutif atau timbalannya dilantik oleh Duli
Yang Maha Mulia Sultan, Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan dengan Ketua Eksekutif atau timbalan itu hendaklah terdiri daripada Menteri Besar sebagai pengerusi dan dua orang anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri Besar.

8 [2]

Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah
subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan prosiding tatatertib terhadap Ketua Eksekutif atau timbalannya yang ke atasnya Jawatankuasa Tatatertib itu mempunyai bidang kuasa dan boleh membuat apa-apa perakuan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan yang olehnya Ketua Eksekutif atau timbalannya itu dilantik mengenai hukuman yang akan dikenakan ke atas atau apa-apa tindakan lain yang boleh diambil terhadap Ketua Eksekutif atau timbalannya itu.

8 [3]

Keputusan Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan Ketua Eksekutif atau timbalannya adalah muktamad.

Bahagian

BAHAGIAN III - Penamatan Demi Kepentingan Awam

Seksyen

9

Tajuk

Penamatan perkhidmatan
9 [1]

Jika Lembaga mendapati atau jika representasi dibuat kepada Lembaga bahawa adalah wajar perkhidmatan seseorang pegawai ditamatkan demi kepentingan awam, Lembaga boleh mengarahkan pegawai atasan kepada pegawai yang terhadapnya representasi itu dibuat supaya mengemukakan kepada Lembaga suatu laporan lengkap yang hendaklah mengandungi butir-butir yang berhubungan dengan kerja dan kelakuan pegawai itu, dan ulasan Ketua Eksekutif pegawai itu.

9 [2]

Jika, selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa, dengan mengambil kira syarat-syarat perkhidmatan, kerja, kelakuan dan kebergunaan pegawai itu dan semua keadaan lain kes, adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai itu mulai dari tarikh yang
hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

Bahagian

BAHAGIAN III - Penamatan Demi Kepentingan Awam

Seksyen

10

Tajuk

Perakuan oleh Jawatankuasa Tatatertib
10 [1]

Adalah sah di sisi undang-undang bagi sesuatu
Jawatankuasa Tatatertib untuk memperakukan kepada Lembaga supaya perkhidmatan seseorang pegawai yang ke atasnya Jawatankuasa itu menjalankan bidang kuasa tatatertib ditamatkan demi kepentingan awam walaupun tiada prosiding tatatertib telah dijalankan di bawah Enakmen ini.

10 [2]

Suatu perakuan kepada Lembaga di bawah subsekyen (1)
hendaklah disertakan dengan suatu laporan penuh alasan-alasan yang padanya perakuan itu diasaskan.

10 [3]

Lembaga boleh mengarahkan pegawai atasan kepada pegawai yang disebut dalam subseksyen (1) supaya mengemukakan apa-apa maklumat tambahan kepada Lembaga berkenaan dengan pegawai itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.

10 [4]

Jika, selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subsekyen (2) dan apa-apa maklumat tambahan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) Lembaga berpuas hati bahawa, dengan mengambilkira syarat-syarat perkhidmatan kerja,kelakuan dan kebergunaan pegawai itu dan semua keadaan lain kes, adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian,Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pegawai itu mulai dari
tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.

Bahagian

BAHAGIAN III - Penamatan Demi Kepentingan Awam

Seksyen

11

Tajuk

Peluang untuk didengar
11

Walau apa pun apa-apa jua dalam Enakmen ini dan apa-apa undang-undang lain yang berlawanan, sebelum Lembaga membuat keputusan di bawah seksyen 9 atau 10 untuk menamatkan perkhidmatan seseorang pegawai, Lembaga hendaklah memberi pegawai itu peluang untuk didengar.

Bahagian

BAHAGIAN III - Penamatan Demi Kepentingan Awam

Seksyen

12

Tajuk

Penamatan perkhidmatan bukan pembuangan kerja
12

Penamatan seseorang pegawai di bawah seksyen 9 atau 10
bukanlah dan tidak boleh dianggap sebagai pembuangan kerja walaupun penamatan itu melibatkan suatu unsur hukuman atau berkaitan dengan kelakuan yang berhubung dengan jawatannya yang dianggap oleh Lembaga sebagai tidak memuaskan atau patut dipersalahkan.

Bahagian

BAHAGIAN III - Penamatan Demi Kepentingan Awam

Seksyen

13

Tajuk

Persaraan demi kepentingan awam
13

Walau apa pun seksyen 9 dan 10, Lembaga boleh, dengan
persetujuan pihak berkuasa pencen, menghendaki mana-mana pegawai bersara daripada perkhidmatan sesuatu badan berkanun di bawah perenggan 10(5)(d) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239].

Bahagian

BAHAGIAN IV - Surcaj

Seksyen

14

Tajuk

Alasan bagi surcaj
14

Seseorang yang adalah atau pernah berada dalam penggajian sesuatu badan berkanun boleh disurcaj jika ternyata kepada Lembaga bahawa orang itu—
(a) tidak atau telah gagal untuk memungut apa-apa wang yang terhutang kepada badan berkanun itu yang bagi pemungutannya dia adalah atau telah dipertanggung- jawabkan;

(b) adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa
pembayaran wang yang tidak sepatutnya daripada badan berkanun itu atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
(c) adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang-barang simpanan atau harta lain badan berkanun itu;
(d) sebagai atau sebagai seorang yang pernah menjadi seorang pegawai akaun, tidak atau telah gagal untuk menyimpan atau memantau akaun atau rekod yang sepatutnya bagi badan berkanun itu; atau
(e) tidak atau telah gagal untuk membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada badan berkanun itu kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana undang- undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan badan berkanun itu.

Bahagian

BAHAGIAN IV - Surcaj

Seksyen

15

Tajuk

Notis supaya menunjukkan sebab
15

Lembaga hendaklah, sebelum seseorang disurcaj,
menyampaikan kepadanya suatu notis bertulis yang memintanya supaya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj.

Bahagian

BAHAGIAN IV - Surcaj

Seksyen

16

Tajuk

Pengenaan surcaj
16

Jika suatu penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam masa 14 hari dari tarikh penyampaian suatu notis kepada seseorang di bawah seksyen 15, Lembaga boleh—
(a) dalam hal suatu perbuatan atau peninggalan yang
diperihalkan dalam perenggan 14(a), (b) atau (c),
mensurcaj terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut atau pembayaran yang tidak sepatutnya dibuat atau nilai kekurangan harta atau nilai harta yang dimusnahkan; atau
(b) dalam hal suatu perbuatan atau peninggalan yang
diperihalkan dalam perenggan 14(d) atau (e), mensurcaj terhadap orang itu suatu jumlah wang yang difikirkan patut oleh Lembaga dengan mengambilkira hal keadaan kes.

Bahagian

BAHAGIAN IV - Surcaj

Seksyen

17

Tajuk

Pemberitahuan surcaj
17

Jika seseorang telah disurcaj di bawah seksyen 16, Lembaga hendaklah memberitahunya secara bertulis mengenai pengenaan surcaj itu.

Bahagian

BAHAGIAN IV - Surcaj

Seksyen

18

Tajuk

Penarikan balik surcaj
18

Walau apa pun seksyen 16 dan 17, Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya suatu penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika didapati
selainnya bahawa tiada surcaj sepatutnya dikenakan, dan Lembaga hendaklah serta-merta memberitahu orang yang disurcaj itu mengenai penarikan balik itu.

Bahagian

BAHAGIAN IV - Surcaj

Seksyen

19

Tajuk

Catatan surcaj
19

Tiap-tiap surcaj yang dikenakan ke atas seseorang pegawai di bawah Bahagian ini hendaklah dicatatkan dalam Rekod Perkhidmatan pegawai itu.

Bahagian

BAHAGIAN IV - Surcaj

Seksyen

20

Tajuk

Mendapatkan surcaj
20

Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah seksyen 16 dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 18 adalah suatu hutang yang kena dibayar kepada badan berkanun itu daripada orang yang disurcaj dan boleh dibawa guaman baginya dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah oleh badan berkanun itu dan boleh juga, jika Lembaga mengarahkan sedemikian, didapatkan melalui
potongan—
(a) daripada gaji orang yang disurcaj itu; atau
(b) daripada pencen orang yang disurcaj itu,
melalui ansuran bulanan yang sama banyak, setiap ansuran tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

Bahagian

BAHAGIAN IV - Surcaj

Seksyen

21

Tajuk

Keanggotaan Lembaga dalam kes-kes khas
21

Dalam apa-apa tindakan bagi surcaj terhadap Ketua Eksekutif, keanggotaan Lembaga bagi maksud seksyen 14, 15, 16, 17, 18 dan 20 tidak boleh termasuk Ketua Eksekutif.

Bahagian

BAHAGIAN IV - Surcaj

Seksyen

22

Tajuk

Surcaj tidak boleh menghalang tindakan tatatertib
22

Apa-apa tindakan yang diambil terhadap seseorang pegawai di bawah Bahagian ini tidak boleh menghalang apa-apa tindakan dimulakan terhadapnya mengikut Peraturan-Peraturan.

Bahagian

BAHAGIAN V - Kuasa Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri

Seksyen

23

Tajuk

Kuasa untuk meminda Jadual
23 [1]

Menteri Besar boleh, dari semasa ke semasa, melalui
perintah yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual Kedua atau Ketiga.

23 [2]

Tiada pindaan boleh dibuat di bawah subseksyen (1) yang
mempunyai kesan menafikan mana-mana orang peluang untuk didengar sebelum sesuatu keputusan dibuat dalam apa-apa prosiding tatatertib terhadapnya.

23 [3]

Menteri Besar boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual Pertama dengan menambahkan mana-mana badan berkanun yang skim saraannya telah diasingkan kepada senarai dalam Jadual itu.

Bahagian

BAHAGIAN V - Kuasa Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri

Seksyen

24

Tajuk

Kuasa untuk mengeluarkan arahan
24

Bagi maksud memastikan bahawa peruntukan-peruntukan Enakmen ini dipatuhi oleh tiap-tiap badan berkanun Setiausaha Kerajaan Negeri boleh mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat.

Bahagian

BAHAGIAN V - Kuasa Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri

Seksyen

25

Tajuk

Kuasa untuk mengecualikan atau mengubah
25 [1 ]

Setiausaha Kerajaan Negeri boleh, dengan persetujuan
Menteri Besar, mengecualikan mana-mana badan berkanun daripada mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan atau Jadual Ketiga atau mengubah mana-mana peruntukan dalam Peraturan-Peraturan atau Jadual Ketiga dalam pemakaiannya bagi badan berkanun itu.

25 [2]

Kuasa yang diberikan dalam subseksyen (1) hanya boleh
dijalankan bagi maksud menyesuaikan Peraturan-Peraturan atau Jadual Ketiga dengan struktur organisasi atau pengurusan badan berkanun itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang pemerbadanannya.

Bahagian

BAHAGIAN V - Kuasa Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri

Seksyen

27

Tajuk

Arahan pentadbiran oleh Lembaga
27 [1]

Lembaga boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan
apa-apa arahan pentadbiran berhubung dengan kelakuan dan tatatertib pegawai-pegawai badan berkanun, atau tatacara bagi pengenaan surcaj ke atas pegawai-pegawai itu.

27 [2]

Tiada arahan yang tidak selaras dengan Enakmen ini boleh dikeluarkan di bawah subseksyen (1).

Bahagian

BAHAGIAN VI - Am

Seksyen

26

Tajuk

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
26

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa tindakan, litigasi pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau mana-mana anggota, pegawai atau ejen Lembaga berhubung dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan menurut atau bagi pelaksanaan atau pelaksanaan yang dicadangkan mana-mana peruntukan Enakmen
ini atau berkenaan dengan apa-apa kecuaian atau kemungkiran yang dikatakan dalam pelaksanaan mana-mana peruntukan sedemikian.

Bahagian

BAHAGIAN VII - Keterhentian Pemakaian, Kecualian dan Peralihan

Seksyen

28

Tajuk

Keterhentian pemakaian peruntukan-peruntukan tertentu dalam undang-undang pemerbadanan
28

Apabila Enakmen ini mula berkuatkuasa peruntukan-peruntukan yang berhubungan dengan tatatertib, penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam dan surcaj dalam undang-undang pemerbadanan sesuatu badan berkanun dan semua perundangan subsidiari yang
dibuat di bawah atau menurut peruntukan-peruntukan itu hendaklah terhenti terpakai bagi badan berkanun itu kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 29.

Bahagian

BAHAGIAN VII - Keterhentian Pemakaian, Kecualian dan Peralihan

Seksyen

29

Tajuk

Kecualian dan peralihan
29 [1]

Apa-apa prosiding yang masih belum selesai pada
permulaan kuatkuasa Enakmen ini di hadapan pihak berkuasa tatatertib atau pihak berkuasa rayuan yang berkenaan yang ditubuhkan di bawah atau yang diperuntukkan dalam undang-undang pemerbadanan sesuatu badan berkanun atau dalam perundangan
subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu hendaklah diteruskan mengikut peruntukan-peruntukan yang terpakai bagi prosiding itu dalam undang-undang pemerbadanan atau perundangan
subsidiari yang dibuat di bawah rayuan itu boleh membuat apa-apa perintah atau keputusan sebagaimana yang pihak berkuasa tatatertib atau pihak berkuasa rayuan itu diberi kuasa untuk membuatnya di bawah peruntukan-peruntukan itu.

29 [2]

Apa-apa kesalahan tatatertib yang dilakukan atau yang
dikatakan telah dilakukan oleh seseorang pegawai sesuatu badan berkanun sebelum permulaan kuatkuasa Enakmen ini hendaklah diuruskan di bawah peruntukan undang-undang pemerbadanan badan berkanun itu.

29 [3]

Walau apa pun subsekysen (2), pegawai yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah diberitahu bahawa dia boleh memilih untuk kesalahan tatatertib itu diuruskan di bawah Enakmen ini, dan jika dia memilih sedemikian kesalahan tatatertib itu hendaklah diuruskan mengikut Enakmen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.