Semua Seksyen

Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pengawalan Penternakan Babi 1991 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran
2 [1]

Dalam Enakmen ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang berlainan—

“alat pengangkutan” termasuklah kapal, keretapi, kenderaan, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan lain dengan mana orang atau barang- barang boleh dibawa;

“babi” termasuklah babi hutan;

“hutan simpan kekal” mempunyai makna yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Akta Perhutanan Negara 1984;

“jalan” mempunyai makna yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“kaedah-kaedah” ertinya kaedah-kaedah yang  dibuat di bawah seksyen 30;

“Kawasan Penternakan Babi” ertinya mana-mana tempat yang ditetapkan sebagai Kawasan Penternakan Babi di bawah subseksyen (1) seksyen 6;

“kenderaan” mempunyai makna yang sama yang diberi kepadanya dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987;

“ladang babi” ertinya suatu tempat yang digunakan untuk penternakan babi;

“lesen” ertinya suatu lesen penternakan babi, termasuklah suatu lesen penternakan babi sementara, yang dikeluarkan di bawah Enakmen ini;

“pegawai diberikuasa” ertinya pegawai yang dilantik di  bawah seksyen 4,

“pemegang lesen” ertinya seseorang yang mana lesen dikeluarkan kepadanya;

“pemunya” berhubung dengan babi ertinya seseorang yang memiliki babi atau bertanggungjawab bagi penjagaan, pengurusan, penternakan, pembiakan atau penyimpanan babi atau yang menjaga babi atau yang memeliliara, membiak atau menyimpan babi;

“pemunya” berhubung dengan tanah termasuklah seseorang yang kepadanya suatu lesen menduduki sementara    telah   dikeluarkan  di  bawah  Kanun          Tanah Negara membenarkan orang itu menduduki tanah itu;

“Pengarah” ertinya Pengarah Perkhidmatan Haiwan, Selangor;

“penternakan   babi”   ertinya melakukan mana-mana satu atau lebih perbuatan yang berikut:

(a) pembiakan babi;

(b) penternakan babi;

(c) penyimpanan babi;

(d) pengurusan babi;

(e) penjagaan babi;

“populasi babi dirian” ertinya jumlah babi yang hidup;

“populasi babi betina dewasa dirian” ertinya jumlah babi betina dewasa hidup yang sedang dikahwinkan termasuklah babi yang pernah bunting sekurang- kurangnya sekali dan babi yang telah beranak;

“sempadan” berhubung dengan ladang babi ertinya sempadan ladang babi selari dengan sepertimana dinyatakan dalam pelan susun atur ladang yang telah diluluskan;

“sisa babi” ertinya ekskreta, tahi atau air kencing babi, sisa bahan makanan babi atau air yang telah digunakan untuk mencuci babi atau kandang babi atau untuk mencurah longkang dan saluran yang mengandungi ekskreta, tahi atau air kencing babi;

“sisa babi yang tak diolah” ertinya apa-apa sisa babi yang telah tidak diolah mengikut piawai sebagaimana ditetapkan oleh kaedah-kaedah;

“sungai” mempunyai makna yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Enakmen Air;

“tanah berimilik” mempunyai makna yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Kanun Tanah Negara;

“tanah Kerajaan” mempunyai inakna yang sama  seperti yang diberi kepadanya dalam Kanun Tanah Negara;

“tanah melombong” mempunyai  makna  yang  sama Akta  seperti yang diberi kepadanya  dalam  Kanun  Tanah Negara;

“tanah rizab” mempunyai makna yang sama seperti yang diberi kepadanya dalam Kanun Tanah Negara;

“Zon Penampan Babi” ertinya suatu kawasan yang ditetapkan sebagai Zon Penampan Babi di bawah subseksyen (2) seksyen 6.

2 [2]

Dalam Enakmen ini, apa-apa sebutan mengenai Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis tertentu termasuklah sebutan mengenai perundangan- perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

Bahagian

II - Kuasa Eksekutif

Seksyen

3

Tajuk

Kewajipan-kewajipan Pengarah
3

Pengarah hendaklah—

(a) menasihatkan Pihak Berkuasa Negeri mengenai penetapan mana-mana kawasan dplam Negeri sebagai Kawasan Penternakan Babi dan sebagai Zon Penampan Babi; dan

(b) tertakluk kepada Enakmen ini, mematuhi apa- apa arahan yang diberi kepadanya oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Bahagian

II - Kuasa Eksekutif

Seksyen

4

Tajuk

Perlantikan pegawai diberikuasa.
4 [1]

Bagi maksud Enakmen ini, Pengarah boleh melantik secara bertulis mana-mana pegawai awam untuk menjadi seorang pegawai

4 [2]

Pengarah boleh secara bertulis mewakilkan kepada mana-mana pegawai diberikuasa mana-mana fungsi Pengarah.

4 [3]

Seseorang pegawai diberikuasa hendaklah mengeluarkan jika diminta kuasa bertulis yang dikeluarkan kepadanya oleh

4 [4]

Adalah tidak menjadi kesalahan bagi seseorang yang enggan untuk mematuhi sesuatu permintaan, kehendak atau perintah yang dibuat atau diberi oleh seseorang pegawai diberikuasa jika pegawai itu gagal atau enggan untuk mengeluarkan kuasa bertulis itu apabila dikehendaki berbuat demikian oleh orang itu.

Bahagian

II - Kuasa Eksekutif

Seksyen

5

Tajuk

Jawatankuasa Penasihat Teknikal.
5 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik beberapa Perlantikan orang sebagaimana perlu untuk menjadi anggota suatu jawatankuasa yang hendaklah dikenali sebagai “Jawatankuasa’ Penasihat Teknikal”.

5 [2]

Adalah menjadi fungsi Jawatankuasa Penasihat Teknikal untuk membantu dan menasihatkan Pengarah dalam penyediaan dan pelaksanaan program-program untuk penyelidikan dan latihan dalam pengawalan pencemaran berhubung dengan penternakan babi.

Bahagian

III - Kawasan Penternakan Babi

Seksyen

7

Tajuk

Lokasi ladang babi
7 [1]

Tertakluk kepada seksyen 9, tidak seorang pun boleh melakukan penternakan babi kecuali dalam Kawasan Penternakan Babi.

7 [2]

Tertakluk kepada seksyen 9, mana-mana orang yang melakukan penternakan babi dalam mana-mana tempat di luar Kawasan Penternakan Babi adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga  tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Bahagian

III - Kawasan Penternakan Babi

Seksyen

6

Tajuk

Penetapan kawasan Penternakan Babi dan Zon Penampan Babi
6 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana kawasan dalam Negeri sebagai “Kawasan Penternakan Babi”;

6 [2]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui  pemberitahuan dalam  Warta,  menetapkan mana-mana kawasan yang berdampingan dengan atau mengelilingi Kawasan           Penternakan Babi sebagai “Zon Penampan Babi”.

6 [3]

Tidak siapa pun boleh menjalankan apa-apa aktiviti dalam Zon Penampan Babi kecuali dengan kebenaran bertulis Pihak Berkuasa Negeri; dan kebenaran itu boleh diberi hanya bagi aktiviti-aktiviti sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah.

6 [4]

Mana-mana orang yang menjalankan apa-apa‘ aktiviti  dalam Zon  Penampan Babi tanpa kebenaran bertulis Pihak Berkuasa Negeri adalah melakukan suatu kesalahan.

Bahagian

IV - Pelesenan Penternak

Seksyen

8

Tajuk

Lesen penternakan babi
8 [1]

Mana-mana orang yang melakukan penternakan babi tanpa lesen  penternakan  babi atau lesen penternakan        babi sementara adalah melakukan suatu kesalahan.

8 [2]

Sesuatu lesen penternakan babi yang dikeluarkan boleh mengandungi apa-apa terma, syarat atau sekatan sebagaimana dikenakan oleh Pengarah mengikut budibicaranya yang mutlak.

8 [3]

Lesen penternakan babi tidak boleh dikeluarkan bagi mana-mana ladang babi yang terletak di luar Kawasan Penternakan Babi.

Bahagian

IV - Pelesenan Penternak

Seksyen

9

Tajuk

Lesen penternakan babi sementara
9 [1]

Sehingga suatu kawasan itu telah ditetapkan sebagai Kawasan Penternakan Babi, Pengarah  boleh,  atas permohonan, mengeluarkan suatu lesen penternakan babi sementara kepada mana-mana penternak babi yang sedia ada membenarkan orang itu terus melakukan penternakan babi di atas tapak yang sama bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa terma, syarat dan sekatan sebagaimana dikenakan oleh Pengarah ke atas lesen itu mengikut budibicaranya yang mutlak.

9 [2]

Apabila sesuatu kawasan itu telah ditetapkan -sebagai Kawasan Penternakan Babi, apa-apa lesen penternakan babi sementara yang telah dikeluarkan tidak boleh diperbaharui, dan tempoh lesen itu, sebagaimana dinyatakan dalam lesen itu, tidak boleh dilanjutkan.

9 [3]

Mana-mana orang yang melakukan penternakan babi di atas tapak yang sama selepas tamat tempoh lesen penternakan babi sementara yang dikeluarkan kepadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan  boleh dikenakan denda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

9 [4]

Dalam seksyen ini, “penternak babi yang sedia ada” ertinya mana-mana orang yang telah pun melakukan penternakan babi pada hari Enakmen ini mula berkuatkuasa.

Bahagian

IV - Pelesenan Penternak

Seksyen

10

Tajuk

Permohonan
10

Sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan kepada Pengarah.

Bahagian

IV - Pelesenan Penternak

Seksyen

11

Tajuk

Kelulusan pelan
11

Tiada lesen boleh dikeluarkan melainkan pelan susun atur dan rekabentuk bagi pembinaan ladang babi  itu termasuk sempadan ladang babi itu dan kemudahan bagi mengawal luahan atau pembuangan sisa babi telah diluluskan oleh Pengarah:

Dengan syarat bahawa bagi lesen penternakan babi sementara, Pengarah boleh meluluskan pelan susun atur dan rekabentuk ladang yang sedia ada dengan ubahsuaian yang difikirkan perlu olehnya.

Bahagian

IV - Pelesenan Penternak

Seksyen

12

Tajuk

Pameran dan pengeluaran lesen
12 [1]

Seseorang pemegang lesen hendaklah mempamerkan dalam pejabatnya di ladang babi atau dalam suatu tempat yang mudah dilihat di ladang babi lesen yang dikeluarkan kepadanya.

12 [2]

Seseorang  pemegang  lesen  hendaklah mengeluarkan jika diminta oleh Pengarah, mana-mana pegawai diberikuasa atau mana-mana pegawai polis lesen yang dikeluarkan kepadanya.

12 [3]

Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang munasabah, gagal mempamerkan atau mengeluarkan lesen itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Bahagian

IV - Pelesenan Penternak

Seksyen

13

Tajuk

Keengganan mengeluarkan atau pembatalan lesen
13 [1]

Pengarah boleh—

(a) enggan untuk mengeluarkan lesen ,tanpa memberi sebarang sebab;

(b) pada bila-bila masa meminda atau mengubah apa-apa syarat atau sekatan sesuatu lesen; atau

(c) membatalkan lesen mana-mana orang yang didapati telah melanggar Enakmen ini atau melanggar sesuatu syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas lesen itu.

13 [2]

Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pengarah boleh, dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh penerimaan pemberitahuan mengenai keputusan itu, merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang mana keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula oleh, atau dirayu kepada, mana-mana Mahkamah.

Bahagian

IV - Pelesenan Penternak

Seksyen

14

Tajuk

Laporan setengah tahun
14 [1]

Seseorang pemegang lesen hendaklah, bagi tiap- trap tahun, mengemukakan dua laporan kepada Pengarah, iaitu—

(a) laporan setengah tahun yang pertama; dan

(b) laporan setengah tahun yang kedua.

14 [2]

Laporan itu hendaklah dikemukakan dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah mengandungi maklumat berhubung dengan populasi babi dirian, populasi babi betina dewasa dirian dan butir-butir lain mengenai ladang babi sebagaimana dikehendaki oleh Pengarah atau sebagaimana ditetapkan oleh kaedah-kaedah.

14 [3]

Laporan setengah tahun pertama hendaklah mengenai tempoh daripada 1hb Januari hingga 30hb Jun tahun berkenaan; dan laporan setengah tahun kedua hendaklah  mengenai  tempoh  daripada  1hb Julai hingga 31hb Disember tahun itu.

14 [4]

Laporan setengah tahun pertama hendaklah, dikemukakan kepada Pengarah tidak lewat daripada 31hb Julai tahun berkenaan; dan laporan setengah tahun kedua hendaklah dikemukakan kepada Pengarah tidak lewat daripada 31hb Januari tahun yang berikutnya.

14 [5]

Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang munasabah, gagal mengemukakan laporan setengah tahun itu atau gagal untuk mengemukakan laporan itu dalam tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan.

 

 

 

Bahagian

V - Penguatkuasaan dan Pendakwaan

Seksyen

15

Tajuk

Kuasa memasuki premis
15

Bagi maksud menentukan sama ada apa-apa kesalahan terhadap Enakmen ini telah atau sedang dilakukan, Pengarah, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau mana-mana pegawai polis boleh pada bila-bila masa—

(a) memasuki dan memeriksa mana-mana ladang babi atau tanah, bangunan atau premis yang mengenainya dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki sedang di- gunakan untuk penternakan babi dan pemunya atau penghuni ladang atau tanah, bangunan atau premis itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah memberi kepada pegawai itu segala bantuan yang perlu dan memberi apa- apa maklumat yang dikehendaki oleh pegawai tersebut;

(b) menyuruh berhenti,, menahan, memasuki dan memeriksa mana-mana alat pengangkutan yang digunakan untuk membawa babi.

Bahagian

V - Penguatkuasaan dan Pendakwaan

Seksyen

16

Tajuk

Penyitaan dan pengalihan babi
16 [1]

Jika Pengarah, mana-mana pegawai diberikuasa atau mana-mana pegawai polis mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan terhadap Enakmen ini telah atau sedang dilakukan, pegawai itu boleh menyita mana-mana babi yang menjadi perkara kesalahan itu, dan boleh mengalih dan menjual babi itu atau mengalihkan babi itu ke suatu rumah sembelih haiwan yang sah, atau boleh melupuskan babi itu dengan apa-apa cara sebagaimana ditentukan oleh Pengarah, mana-mana pegawai diberikuasa atau mana- mana pegawai polis.

16 [2]

Daging atau kerangka mana-mana babi yang disembelih di bawah seksyen ini hendaklah dilupuskan dengan cara sebagaimana ditentukan oleh Pengarah atau pegawai diberikuasa.

16 [3]

Hasil apa-apa jualan di bawah subseksyen (1) atau (2) (sekiranya babi, daging atau kerangka itu, mengikut mana yang berkenaan, telah dijual) hendaklah dilupuskan dengan cara sebagaimana ditentukan oleh Pengarah atau pegawai diberikuasa atau, jika ada pendakwaan, dengan cara sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah.

Bahagian

V - Penguatkuasaan dan Pendakwaan

Seksyen

17

Tajuk

Kuasa menangkap
17

Pengarah, seseorang pegawai yang diberikuasa atau seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dengan munasabah disyaki melakukan atau telah melakukan apa-apa kesalahan terhadap Enakmen ini.

Bahagian

V - Penguatkuasaan dan Pendakwaan

Seksyen

18

Tajuk

Pendakwaan
18 [1]

Pengarah, mana-mana pegawai diberikuasa atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor hendaklah mempunyai kuasa  untuk hadir di mana-mana Mahkamah dan menjalankan apa-apa pendakwaan berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen.

18 [2]

Pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (2) seksyen 7, subseksyen (1) seksyen 8 atau subseksyen (3) seksyen 9 tidak boleh dimulakan kecuali dengan kebenaran Penasihat Undang-Undang Negeri.

18 [3]

Pendakwaan bagi mana-mana kesalahan yang lain tidak boleh dimulakan kecuali dengan kebenaran Pengarah.

Bahagian

V - Penguatkuasaan dan Pendakwaan

Seksyen

19

Tajuk

Perobohan ladang
19

Jika seseorang itu disabitkan atas suatu kesalahan berhubung dengan penternakan babi yang melanggar Enakmen ini, Mahkamah hendaklah, dalam kes kesalahan di bawah subseksyen (2) seksyen 7 atau subseksyen (3) seksyen 9 dan boleh, dalam kes kesalahan yang lain, memerintahkan orang yang disabitkan itu supaya memberhentikan operasinya dan merobohkan ladang itu atau memerintahkan orang itu supaya memberhentikan operasinya dan ladang itu dirobohkan oleh Pengarah, mana-mana pegawai diberikuasa atau mana-mana pegawai polis.

Bahagian

VI - AM

Seksyen

20

Tajuk

Pelanggaran syarat atau sekatan
20

Seseorang pemegang lesen yang melanggar mana- mana syarat atau sekatan lesen adalah melakukan suatu kesalahan.

Bahagian

VI - AM

Seksyen

21

Tajuk

Pembuangan sisa babi
21

Seseorang pemegang lesen itu adajah melakukan suatu kesalahan jika apa-apa sisa babi yang tidak diolah, diluah atau dibuang, dengan apa jua cara pun, ke dalam atau ke atas mana-mana—

(a) sungai, tasik atau laut;

(b) longkang awam;

(c) takungan air atau kolam atau tanah yang terletak di luar sempadan ladang babinya;

(d) jalan;

(e) tanah diberimilik;

(f) tanah Kerajaan;

(g) tanah rizab; atau

(h) hutan simpanan kekal

Bahagian

VI - AM

Seksyen

22

Tajuk

Pengangkutan babi
22

Tiada seorang pun boleh mengangkut babi di atas jalan melainkan pengangkutan itu dilakukan atas kenderaan yang diperakui oleh Pengarah sebagai telah dilengkap dengan memuaskan untuk mengelakkan perlimpahan.

Bahagian

VI - AM

Seksyen

23

Tajuk

Perakuan palsu
23

Mana-mana orang yang memberi kepada Pengarah, mana-mana pegawai diberikuasa atau mana-mana pegawai polis, bagi maksud apa-apa permohonan atau laporan di bawah Bahagian IV atau apabila dikehendaki di bawah seksyen 15, maklumat yang palsu mengenai butiran yang material adalah melakukan suatu kesalahan.

Bahagian

VI - AM

Seksyen

24

Tajuk

Kesalahan menyekat
24

Mana-mana orang yang tanpa alasan yang sah menyekat, menghalang atau membantu menyekat atau menghalang Pengarah, mana-mana pegawai diberikuasa atau mana-mana pegawai polis yang menjalankan mana- mana kuasa atau tugasnya di bawah Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan.

Bahagian

VI - AM

Seksyen

25

Tajuk

Kesalahan yang dilakukan oleh pemunya dan penghuni tanah
25

Jika atas mana-mana tanah penternakan babi dilakukan oleh mana-mana orang tanpa lesen, pemunya dan  penghuni tanah itu adalah melakukan  suatu kesalahan.

Bahagian

VI - AM

Seksyen

26

Tajuk

Babi merayau
26

Jika seekor babi pada bila-bila masa didapati merayau di luar sempadan ladang babi, atau merayau di atas jalan, dalam mana-mana tanah diberimili’k, tanah Kerajaan, tanah rizab, tanah melombong atau hutan simpanan kekal, pemunya babi itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit  bagi  trap-tiap ekor babi:

Dengan syarat bahawa jumlah denda yang dikenakan itu berhubung dengan jumlah ekor babi yang menjadi perkara kesalahan itu tidak boleh melebihi lima belas ribu ringgit.

Dengan syarat lagi bahawa seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh dikehendaki membayar perbelanjaan munasabah untuk mengalih mana-mana babi yang didapati merayau dan untuk mengganti apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh babi yang didapati merayau itu.

 

Bahagian

VI - AM

Seksyen

27

Tajuk

Penalti am
27

Mana-mana orang, selain daripada suatu pertubuhan perbadanan, tetapi termasuklah mana-mana  Pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan, yang melakukan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini  yang mengenainya tiada penalti diperuntukkan, apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya denda dan penjara itu dan, bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian, denda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya denda dan penjara itu.

Bahagian

VI - AM

Seksyen

28

Tajuk

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan.
28 [1]

Jika seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Enakmen ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, orang itu apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian, denda tidak melebihi tiga puluh ribu ririggit.

28 [2]

Jika kesalahan yang telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan itu dibuktikan telah dilakukan dengan kerelaan atau pembiaran atau boleh dikaitkan dengan apa-apa kecuaian atas pihak pengarah, ppngurus, setiausaha atau lain-lain pegawai pertubuhan perbadanan itu yang serupa atau mana-mana orang yang berupa bertindak atas sifat sedemikian, dia dan pertubuhan perbadanan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum di bawah seksyen 27 atau subseksyen (1), mengikut yang mana berkenaan

28 [3]

Jika seseorang ejen atau pengkhidmat sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan atau melakukan apa-apa atau meninggalkan dari melakukan sesuatu (yang mana jika dilakukan atau ditinggal dari melakukan oleh pertubuhan perbadanan itu merupakan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini), badan itu hendaklah, walau apapun yang ia tidak tahu-menahu mengenai kesalahan itu, disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh dihukum bagi kesalahan itu melainkan ia membuktikan bahawa—

(a) perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu bukanlah dalam . bidang biasa pekerjaan pengkhidmatan itu atau agensi, ejen itu; atau

{b) perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu telah dilakukan tanpa kerelaannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil pengawasan yang munasabah untuk mencegah perbuatan atau peninggalan  itu  sebagaimana dia sepatutnya ambil setelah mengambilkira segala ha1 keadaan kes itu.

Bahagian

VI - AM

Seksyen

29

Tajuk

Perlindungan pegawai.
29

Tiada liabiliti boleh dikenakan ke atas Pihak Berkuasa Negeri atau mana-mana pegawai berhubung dengan belanja, ganti-rugi atau kerosakan bersebab dari atau berpunca daripada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepadanya atau kewajipan-kewajipan yang dikenakan ke atasnya di bawah Enakmen ini dan Pihak Berkuasa Negeri atau pegawai-pegawai itu tidak boleh  dikenakan apa-apa tindakan, tuntutan atau liabiliti berikutan daripada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepadanya atau kewajipan-kewajipan yang dikenakan ke atasnya di bawah Enakmen ini.

Bahagian

VI - AM

Seksyen

30

Tajuk

Kaedah-kaedah
30

Pihak Berkuasa Negeri boleh, dengan pem- beritahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini dan, khususnya tetapi tanpa menjejaskan keluasan apa yang telah disebutkan, kaedah-kaedah itu boleh menetapkan:

(a) kehendak-kehendak perancangan Kawasan Penternakan Babi dan Zon Penampan Babi termasuklah susun atur dan rekabéntuk ladang babi berhubung dengan pengutipan, pembersihan, penstoran, pembuangan dan luahan sisa babi;

(b) mengenai lain-lain perkara berhubung dengan Kawasan Penternakan Babi, Zon Penampan Babi dan ladang babi termasuklah kepadatan pengstokan babi dari segi populasi babi dirian atau populasi babi betina dewasa dirian bagi tiap-tiap hektar tanah atau ladang, mutu eGuen dan darjah pengolahan atau teknologi yang mesti dlgunakan, susun atur perumahan, pembahagian ruangan, kemudahan-kemudahan minimum, kemudahan-kemudahan perlu, dan lain-lain yang diperlukan untuk inelindungi alam sekitar dan kesihatan awam;

(c) prosidur, borang dan fee bagi maksud apa-apa permohonan, lesen atau prosiding di bawah Enakmen ini; dan

(d) apa-apa yang diperlukan oleh Enakmen ini untuk  ditetapkan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.