Semua Seksyen

Enakmen Pembekalan Air 1997

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk Ringkas Dan Mula Berkuatkuasa.
1 [1]

Enakmen ini t,olehlah dinamakan Enakmen Pembek lan Air 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tankh yang d1tetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.

1 [2]

Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan berlainan Enakmen ini.

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran.
2 [1]

Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

“caj” termasuk tarif dan deposit yang tersebut di bawah subseksyen 36(1);

“dengan curang” mempunyai maksud sepertimana di dalam Kanun Keseksaan;

“ditentukan” ertinya ditentukan oleh Enakmen ini atau mana-mana ·peraturan yang dibuat di bawahnya;                

“kawasan bekalan air” ertinya suatu kawasan di mana pemegang lesen diberikuasa untuk membekalkan air;

“Kerajaan Negeri” ertinya Kerajaan Negeri Selangor; “kerosakan” berhubung dengan orang perseorangan, termasuk bencana diri dan kematian;

“Pengarah” ertinya PengaralBekalan Air Negeri yang dilantik di bawah seksyen 3 an termasuk mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen yang sama;

“lengkapan air” termasuk paip-paip (selain dari sesalur utama) penutup, pili penutup, injap, simpai logam, meter, tangki, tempat mandi, tandas pam, pemanas air, sistem telemeter dan lain-lain radas atau perkakas yang digunakan berhubung dengan bekalan atau penggunaan air;

“lesen” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 10;

“meter” ertinya apa-apa perkakas, pelengkapan atau alat-alat yang digunakan untuk tujuan mengukur, menentukan, mengatur atau menganggar jumlah air yang telah dipakai, dibekalkan atau digunakan;

“paip penghubung” ertinya suatu bahagian pada paip perkhidmatan di antara sesalur utama dan meter tersebut atau di mana jika tidak ada meter, sesuatu  tempat  di mana meter disifatkan diletak sebagaimana ditentukan oleh Pengarah;

“paip pengagihan” ertinya mana-mana paip pengguna yang menghantar air dari tempat simpanan atau tangki bekalan atau radas air panas yang dibekalkan dari tangki bekalan dan hanya di bawah tekanan dari tangki tersebut;

“paip perkhidmatan” ertinya apa-apa jenis paip yang digunakan untuk membekalkan air dari suatu sesalur utama kepada mana-mana premis, di mana paip itu adalah tertakluk kepada tekanan air dari sesalur utama, atau mana-mana paip yang tertakluk kepada tekanan yang sama melainkan penutup atau injapnya ditutup;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar seperti ditafsirkan di bawah Kanun Tanah Negara;

“pengguna” ertinya seorang yang dibekalkan dengan air dari sesalur utama atau seorang bertanggungan membayar caj untuk bekalan air dan termasuk seorang penghuni;

“penghuni” ertinya seorang yang menghuni atau mempunyai kawalan ke atas premis dan, berhubungan dengan premis di mana bahagian-bahagiannya yang lain dihuni oleh orang lain, bermaksud setiap orang yang menghuni atau mengawal setiap bahagian itu;

“perjanjian” ertinya suatu perjanjian di antara Kerajaan Negeri dengan mana-mana pemegang lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 5;

“perkhidmatan bekalan air” termasuk pengeluaran air dari sumber air, rawatannya dan pengagihan dan pembekalan air yang telah dirawat kepada pengguna dan apa-apa perkhidmatan yang berhubung dengannya;

“pemegang lesen” ertinya seseorang yang diberi lesen di bawah seksyen 10 dan mana-mana orang atau mana­ mana kumpulan orang di mana Kerajaan Negeri telah membuat apa-apa perjanjian untuk menswastakan kesemua, atau sebahagian daripada pengurusan, operasi, pengagihan bekalan air atau obligasi untuk membekalkan air di dalam mana-mana kawasan bekalan air mengikut seksyen 5, termasuk pihak berkuasa membekal;

“pihak berkuasa awam” mempunyai erti yang sama di bawah Artikel 160(1) Perlembagaan Persekutuan;

“pihak berkuasa membekal” ertinya Jabatan Bekalan Air Selangor dan mana-man     badan berkanun yang ditubuhkan di bawah sesuatu     nakmen atau di bawah mana-mana undang-undang lain untuk membekal air di Negeri Selangor;

“Pihak Berkuasa Negeri” mempunyai erti yang sama seperti di bawah Akta Tafsiran 1948 dan 1967;

“premis” termasuk mana-mana bangunan, tanah, kenderaan, kapal, pesawat udara dan apa-apa khemah atau binaan;

“somber air” termasuk semua sungai, anak sungai, einpangan, wadah, longkang, parit-parit dan saluran di mana air mengalir selain dari paip-paip untuk bekalan air kepada mana-mana premis;

“sesalur utama” ertinya apa-apa paip wirrl;yang disenggarakan dan dikawal oleh pemegang lesen atau pihak berkuasa membekal yang mana paip perkhidmatan boleh disambungkan;

“sistem bekalan air” ertinya seluruh sistem yang menggabungkan loji, pelengkapan, sesalur utama, paip­ paip, loji rawatan, stesyen pengepam, wadah perkhidmatan atau wadah imbangan at,a, u mana-mana satu gabungan diatas dan semua binaan lain, pemasangan, bangunan,

pelengkapan dan appurtenan Y!’-ng digunakan dan tanah­ tanah di mana perkara yang sama ditempatkan untuk penyarian pengumpulan, penyaluran, rawatan dan pengagihan dan pembekalan air

“sistem paip” ertinya semua paip, tangki, injap dan pemasangan dari sesalur utama kepada dan di dalam premis pemunya atau penghuni;

“sub-meter” ertinya mana-mana meter yang mengukur air yang telah dikira selepas keluar dari sesalur utama;

“sungai” termasuk cawangan sungai dan juga lain-lain anak sungai, terusan .atau sumber air semulajadi;

“tujuan domestik” tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3) bererti bekalan air untuk rumah kediaman, air pancut persendirian, atau untuk tujuan perhiasan.

2 [2]

Tertakluk kepada subseksyen (3), dalam Enakmen ini rujukan kepada tujuan domestik, berhubung dengan bekalan air kepada mana-mana premis, adalah rujukan kepada meminum, membasuh, memasak, dan kegunaan kebersihan di mana air yang dibekalkan kepada premis tersebut boleh digunakan dan di mana keseluruhan atau sebahagian daripada premis tersebut akan atau akan dihuni sebagai rumah kediaman, tujuan-tujuan tersebut hendaklah diambil untuk meliputi apa-apa tujuan di luar rumah (termasuk mencuci kenderaan dan menyiram taman) sebagaimana berkaitan dengan penghunian rumah tersebut;

2 [3]

Tiada apa-apa  rujukan  untuk  sesuatu  tujuan domestik boleh diambil untuk meliputi-

(a) apa-apa tujuan perniagaan penyediaan makanan atau minuman untuk dimakan atau diminum melainkan di dalam premis itu;

(b) untuk apa-apa perniagaan mencuci kereta atau mendobi; atau

(c) untuk apa-apa tujuan perdagangan, perkilangan atau untuk perkapalan, atau untuk tujuan pengairan.

Bahagian

II - Pengarah Bekalan Air

Seksyen

3

Tajuk

Pengarah Bekalan Air
3

Pihak Berkuasa Negeri boleh melantik, dari kalangan anggota perkhidmatan awam, Pengarah Bekalan Air Negeri dan mana-mana pegawai lain sebagaimana difikirkan perlu untuk menjalankan peruntukan-peruntukan Enakmen ini dengan sempurna dan mereka  hendaklah mempunyai kuasa dan fungsi Pengarah, melainkan kuasa perwakilan dalam subseksyen (2), tertakluk kepada arahan dan penyeliaan Pengarah.

 

3 [2]

Pengarah boleh, berhubung dengan apa-apa perkara, secara bertulis di bawah tandatangannya, mewakilkan semua atau mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Enakmen ini kecuali kuasa perwakilannya di bawah subseksyen ini.

 

3 [3]

Sesuatu perwakilan di bawah subseksyen (2) boleh dibatalkan mengikut budibicara Pengarah dan tidak menghalang Pengarah dari menjalankan kuasa atau melaksanakan fungsi yang diwakilkan di bawah subsekyen itu.

Bahagian

II - Pengarah Bekalan Air

Seksyen

4

Tajuk

Peng­isytiharan Dan Pemberian Kuasa.
4

Tanpa menjejaskan seksyen 3, Pihak Berkuasa Negeri boleh, dari masa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta—

(a) mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan bekalan air;

(b) memberikuasa kepada mana-mana pemegang lesen atau membuat suatu perjanjian dengan mana-mana orang atau mana-mana kumpulan orang, untuk menjalankan apa-apa hak, kuasa, obligasi, fungsi, atau tugas di bawah mana-mana seksyen di dalam Enakmen ini sebagaimana dinyatakan di dalam perintah; dan

(c) menyatakan apa-apa perkara lain sebagaimana difikirkan perlu.

Bahagian

II - Pengarah Bekalan Air

Seksyen

5

Tajuk

Perjanjian Penswastaan.
5

Mengikut apa-apa pemberian kuasa di bawah seksyen 4 (b) Kerajaan Negeri boleh membuat apa-apa perjanjian dengan mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang atau mana-mana kumpulan orang untuk menswastakan kesemua atau sebahagian daripada pengurusan, operasi, pengagihan bekalan air atau obligasi untuk membekalkan air di dalam mana-mana kawasan bekalan air atas apa-apa terma dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana Pihak Berkuasa Negeri boleh tentukan.

Bahagian

II - Pengarah Bekalan Air

Seksyen

6

Tajuk

Tugas-Tugas Pengarah.
6 [1]

Pengarah dan mana-mana pegawai lain hendaklah melaksanakan  fungsi dan tugas seperti berikut:

 

(a) untuk menasihati Pihak Berkuasa Negeri di atas apa-apa cadangan untuk mengeluarkan apa-apa lesen di bawah seksyen 10;

(b) untuk melaksanakan fungsi kawalselia berhubung dengan perkhidmatan pembekalan air termasuk menetapkan piawai pelaksanaan dan piawai kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan­ perkhidmatan dan penguatkuasaannya;

(c) tertakluk kepada seksyen 62(1), untuk mendakwa apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini;

(d) untuk mempertingkatkan kecekapan di dalam pembekalan air,  di  antaranya,  memastikan pembekalan air yang optima pada harga yang munasabah;

(e)untuk menjaga kepentingan pengguna berkaitan dengan-

(i) harga yang akan dikenakan dan lain-lain syarat mengenai bekalan air;

(ii) keberterusan bekalan air; dan

(iii) mutu air dan perkhidmatan bekalan air yang diberikan;

(f) untuk memastikan bahawa semua permintaan air yang munasabah dipenuhi;

(g) untuk memastikan bahawa pemegang lesen berupaya untuk membiayai perjalanan aktiviti­ aktiviti yang mana mereka diberikuasa di bawah lesen mereka untuk dilaksanakan;

(h) untuk mempertingkatkan, mendorong dan memastikan pembekalan air yang mencukupi dengan mengambilkira perkembangan ekonomi di Negeri Selangor khususnya, dan di Malaysia amnya;

(i) untuk menyiasat tentang apa-apa kecelakaan yang melibatkan mana-mana bahagian sistem bekalan air atau apa-apa yang terbit dari operasi dan penyenggaraan mana-mana sistem bekalan air;

(j) untuk menghendaki pemegang lesen untuk melaksanakan apa-apa tugas yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Enakmen ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya;

(k) untuk menasihati Pihak Berkuasa Negeri di atas apa-apa perkara yang berkailan dengan bekalan air;

(l) unluk menjalankan apa-apa kegiatan lain sebagaimana difikirkan perlu bermanfaat alau sesuai oleh Pengarah untuk maksud menjalankan alau yang berkailan dengan pelaksanaan lugas­ lugas dan fungsi-fungsinya di bawah Enakmen ini.

6 [2]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, dari masa ke semasa,memberi arahan yang bersifal am yang tidak bercanggah dengan peruntukan Enakmen ini berhubung dengan perjalanan kuasa-kuasa dan pelaksanaan dan fungsi-fungsi Pengarah di bawah Enakmen ini dan hendaklah menjadi langgungjawab Pengarah unluk melaksanakan arahan tersebut.

Bahagian

II - Pengarah Bekalan Air

Seksyen

7

Tajuk

Kuasa Untuk Masuk Dengan Waran Atau Sebaliknya, Pemeriksaan, Penelitian, Penyitaan, dsb.
7

Pengarah boleh, unluk lujuan melaksanakan tugas­ tugasnya alau menjalankan apa-apa fungsinya di bawah Enakmen ini alau mana-mana peraluran yang dibuat di bawahnya, atau untuk apa-apa tujuan Enakmen ini atau mana-mana peraturan di bawahnya, memasuki mana-mana preinis pada bila-bila masa yang munasabah untuk memeriksa dan menelili mana-mana bahagian sislem bekalan air, loji alau pelengkapan, atau untuk ·lain-lain alasan yang  wajar.

7 [2]

Dalam apa-apa perkara di mana maklumal diberi secara bersumpah kepada mana-mana Majislrel bahawa ada sebab yang munasabah unluk mengesyaki bahawa lerdapat dalam mana-mana premis apa-apa artikel, barang, b ku, dokumen, pepasangan alau sebahagian daripadanya, d1gunakan alau akan digunakan untuk melakukan apa­ apa kesalahan di bawah Enakmen ini Majislrel hendaklah erigeluarkan waran yang dibuat di bawah landalangannya d1 mana Pengarah alau pegawai  polis yang  berpangkat li ak rendah dari Inspeklor yang dinamakan alau dirujuk d1 dalam waran boleh memasuki premis tersebul pada bila-bila masa siang alau malam, dan menggeledah dan merampas alau menyila apa-apa arlikel, barang, buku, dokumen, pepasangan alau bahagian daripadanya:

Dengan syarat jika Pengarah alau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor berpuashali alas maklumal yang dilerima bahawa beliau mempunyai alasan­ alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa alas sebab kelewalan untuk memperolehi waran geledah, apa­ apa arlikel, barang, buku, dokumen, pepasangan alau sebahagian darinya digunakan unluk melakukan alau akan digunakan untuk melakukan sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini, akan dialihkan alau dimusnahkan, beliau boleh memasuki premis lersebut lanpa waran dan merampas alau menyila ·apa-apa arlikel, barang, buku, dokumen, pepasangan alau apa-apa bahagian daripadanya.

7 [3]

Pengarah atau seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspeklor yang membual geledah boleh merampas apa-apa artikel, barang, buku, dokumen, pepasangan alau sebahagian daripadanya yang digunakan alau akan digunakan alau boleh dipergunakan untuk lujuan melakukan sualu kesalahan di bawah Enakmen ini dan jika artikel, barang, buku, dokumen,pepasangan atau sebahagian daripadanya dirampas, beliau hendaklah mengemukakannya di hadapan Majistret, dan di atas pengemukaannya, Majistret hendaklah mengarahkan perkara yang sama disimpan di bawah jagaan Pengarah atau pihak polis dengan tujuan siasatan atau pendakwaan di bawah Enakmen ini.

7 [4]

Pengarah hendaklah pada setiap masa membawa bersamanya kad pengenalan rasmi atau lencana dalam bentuk sebagaimana ditetapkan, dan tiada sesiapa boleh dikehendaki untuk membenarkan mana-mana orang ke dalam premisnya sesiapa yang mendakwa dirinya sebagai Pengarah kecuali dengan pengemukaan kad pengenalan atau lencananya.

Bahagian

II - Pengarah Bekalan Air

Seksyen

8

Tajuk

Kuasa Menyiasat.
8 [1]

Pengarah dan mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat kesalahan-kesalahan yang dilakukan di bawah Enakmen  ini  atau apa -apa  peraturan yang dibuat di bawahnya.

8 [2]

Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan berkait dengan mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Enakmen ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya, menggunakan kuasa-kuasa khas berhubung dengan siasatan polis kecuali kuasa untukmenangkap tanpa waran yang diberikan oleh Kanun Prosedur Jenayah untuk mana-mana kesalahan boleh tangkap.

Bahagian

II - Pengarah Bekalan Air

Seksyen

9

Tajuk

Halangan Dsb. Suatu Kesalahan.
9 [1]

Sesiapa sahaja yang-

(a) enggan membenarkan Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya, akses ke mana-mana tempat;

(b) menyerang, menggalang, menghalang atau melengahkan Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya”-untuk menyem­ pumakan apa-apa kemasukan yang sah di bawah Enakmen ini, atau di dalam melaksanakan apa-apa tugas yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Enakmen ini;

(c) enggan memberikan kepada Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya apa-apa dengan sengaja memberikan maklumat palsu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;apa maklumat berkaitan dengan suatu kesalahan atau apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Enakmen ini, atau apa-apa maklumat lain yang  mana secara munasabah dikehendaki daripadanya dan yang beliau mempunyai pengetahuan atau ada mempunyai kuasa untuk memberikan; atau

(d) dengan sengaja memberikan maklumat palsu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;

Bahagian

III - Pelesenan

Seksyen

10

Tajuk

Keperluan Lesen Dan Pengecualiannya.
10 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh mengecualikan pemakaian Bahagian III atau peng atkuasaan mana-mana seksyen di bawah Bahagian III ke ada mana-mana oran:g nya. atau mana-mana kumpulan oran  yang mana Kerajaan Negeri telah     membuat suat perjanjian untuk menswastakan  kesemua, atau sebahagian daripada pengurusan, operasi, pengagihan bekalan air atau obligasi untuk membekalkan air di dalalam mana-mana kawasan bekalan air mengikut seksyen 5.

10 [2]

Tertakhluk kepada apa-apa pengecualian sebagaimana boleh ditetapkan di bawah seksyen kecil (1) tiada sesiapa, selain dari pembekal yang diberikuasa, boleh-

(a) menyenggara atau menjalankan atau dibenarkan untuk menggunakari atau menjalankan sesuatu sistem bekalan air;

(b) mengusahakan, menyediakan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan bekalan air;

(c) mengeluarkan air dari mana-mana sungai dan merawatnya; atau

(d) menjalankan atau mengurus apa-apa kemudahan,

bagi membekal air kepada pengguna-pengguna dan memungut dan menyimpan caj sepertimana yang ditetapkan dari mereka kecuali di bawah dan mengikut terma-terma lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini.

10 [3]

Tiap-tiap permohonan untuk mendapatkan lesen di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana boleh dinyatakan oleh Pengarah.

10 [4]

Lesen boleh dikeluarkan oleh Pengarah dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri untuk suatu tempoh, dalam apa-apa bentuk dan atas pembayaran apa-apa fee sebagaimana boleh ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

10 [5]

Pengarah boleh, sama ada pada masa lesen itu dikeluarkan atau pada bila-bila masa selepas itu, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana didapati perlu atau suaimanfaat mengambilkira akan tugas-tugasnya yang dikenakan di bawah seksyen 6 dan syarat-syarat itu boleh diubah, dipinda atau dibatalkan.

10 [6]

Lesen tidak boleh dipindahmilik tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Pihak Berkuasa Negeri.

10 [7]

Tidak lebih dari satu lesen untuk menjalankan kegiatan yang sama di bawah subseksyen (1) boleh dikeluarkan bagi kawasan bekalan air yang telah sedia dibekalkan dengan air oleh pemegang lesen yang lain . melainkan dengan kebenaran bertulis Pihak Berkuasa Negeri.

 

10 [8]

Lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen m1 hendaklah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, terus berkuatkuasa selama tempoh sebagaimana ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri:

Dengan syarat tiada lesen boleh, tanpa kebenaran bertulis Pihak Berkuasa Negeri, melebihi tempoh tiga puluh satu tahun.

10 [9]

Tempoh sesuatu lesen hendaklah dinyatakan di dalam lesen.

 

10 [10]

Apa-apa lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan:

(a) kawasan bekalan air;

(b) tarif yang kena dibayar oleh pengguna;

(c) fee tahunan lesen yang kena dibayar oleh pemegang lesen;

(d) hak-hak dan kewajipan-kewajipan tertentu pemegang lesen berkaitan dengan perkhidmatan­ perkhidmatan yang hendak diberikan oleh pemegang lesen;

(e) keperluan bahawa pemegang lesen hendaklah mematuhi apa-apa kod amalan yang ditetapkan;

(f) kualiti minima air yang perlu dibekalkan oleh pemegang lesen;

(g) apa-apa arahan atas perkara-perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pengarah.

Bahagian

III - Pelesenan

Seksyen

11

Tajuk

Kecualian Perjanjian Izinlalu.
11 [1]

Tiada apa-apa  yang  terkandung  di  dalam Enakmen ini boleh—

(a) menjejaskan hak pemegang lesen untuk memasuki sesuatu perjanjian, yang biasanya dikenali sebagai perjanjian izinlalu, dengan pemunya atau penghuni mana-mana tanah bagi tujuan menjalankan bekalan atau salur paip di atas tanah; atau

(b) menjejaskan mana-mana perjanjian izinlalu yang sedia wujud pada masa berkuatkuasanya Enakmen ini.

11 [2]

Waiau apapun peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan tanah, Pendaftar, apabila dikemukakan kepadanya salinan asal dan didepositkan dengannya satu salinan  yang  diakui sah apa-apa perjanjian izinlalu, sepertimana dirujuk di subseksyen (1), hendak!ah menyebabkan dibuat di dalam daftar dokumen hakmilik tanah yang berkaitan yang terlibat dengan perjanjian izinlalu itu, suatu catatan kewujudannya perjanjian izinlalu tersebut.

Bahagian

III - Pelesenan

Seksyen

12

Tajuk

Cagaran Penggantungan Dan Pembatalan Lesen.
12 [1]

Sebelum apa-apa lesen dikeluarkan, Pengarah boleh menghendaki apa-apa cagaran sebagaimana beliau boleh tetapkan untuk dikemukakan sebagai syarat untuk pematuhan wajar terma-terma dan syarat-syarat lesen dan Enakmen ini.

12 [2]

Jika pada pendapat Pengarah pemegang lesen telah melanggar mana-mana syarat-syarat lesen gaga! untuk membayar balik apa-apa bayaran kepada Kerajaan Negeri atau telah terhenti dari kerja atau menjalankan  sistem bekalan air mengikut  syarat-syarat lesen  atau  perjanjian yang telah dibuat di antara Kerajaan Negeri dan pemegang lesen mengikut seksyen  5, Pengarah  boleh melalui  notis yang dikeluarkan kepada pemegang lesen menghendakinya membetulkan atau meremedikan perlanggaran  atau kegagalan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan.

12 [3]

Jika sekiranya pemegang lesen gaga! untuk meremedikan atau membetulkan perlanggaran atau kegagalan tersebut seperti yang dikehendaki oleh notis, maka lesen boleh bila-bila masa selepas itu digantung atau dibatalkan oleh Pengarah:

Dengan syarat di mana suatu lesen telah  digantung atau dibatalkan di atas alasan pemegang lesen telah terhenti dari bekerja atau menjalankan sistem bekalan airnya atau sebahagian daripadanya, pemegan g lesen boleh, merayu  kepada Pihak Berkuasa Negeri terhadap penggantungan atau pembatalan itu dan keputusan Pihak Berkuasa Negeri atas rayuan itu hendaklah muktamad.

12 [4]

Pemegang lesen hendaklah tidak berhak ke atas apa-apa pampasan untuk  sebarang  kerugian olehnya disebabkan penggantungan atau pembatalan lesen di bawah seksyen ini.

 

12 [2]

Apa-apa pembatalan atau penggantungan sesuatu lesen di bawah seksyen ini hendaklah diberitahu dalam Warta.

12 [6]

Atas pembatalan atau penamatan sesuatu lesen dan di mana adalah munasabah untuk melakukan, Pengarah hendaklah    mengarahkari    pemegang   lesen     supaya mengalihkan pepasangan dan kelengkapannya dalam tempoh yang dinyatakan di bawah arahan tersebut, sekiranya gaga! pemegang lesen hendaklah liable ke atas semua kos yang tertanggung untuk mengalihkannya dan, kos itu bolehlah didapatkan balik dari cagaran yang didepositkan (jika ada) di bawah subseksyen (1):

Dengan syarat Pengarah adalah berhak untuk mengambil milikan ke atas semua atau sebahagian dari sistem bekalan air yang dimiliki oleh pemegang lesen yang mana lesennya telah dibatalkan  atau  ditamatkan dan untuk menjalankannya atau membenarkan mana-mana pihak berkuasa membekal air untuk menjalankannya dengan cara yang difikirkan sesuai oleh Pengarah hingga ke satu masa pemegang lesen yang baru dilantik dan bekas pemegang lesen bersetuju dengan pemegang lesen yang baru ke atas kos dan nilai sistem bekalan air atau sebahagiannya yang akan diambilalih oleh pemegang lesen baru atau untuk dialihkan atas arahan Pengarah yang dibuat di bawah subseksyen ini.

Bahagian

III - Pelesenan

Seksyen

13

Tajuk

Sekatan Penggunaan Untuk Tujuan Tertentu.
13

Pemegang  lesen  yang,  di  bawah  syarat-syarat lesennya, disekat untuk menggunakan atau membekal air untuk tujuan-tujuan tertentu sahaja, hendaklah tidak menggunakan atau membekalkan air untuk tujuan lain selain daripada yang telah ditentukan.

Bahagian

III - Pelesenan

Seksyen

14

Tajuk

Pengecualian Kelengkapan Daripada Distres Dan Penahanan.
14

Walau apapun yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis yang lain jika mana-mana kelengkapan yang dimiliki oleh pemegang lesen atau pihak berkuasa membekal telah diletakkan di dalam atau pada premis yang tidak dimiliki atau diduduki oleh pemegang lesen atau pihak berkuasa membekal bagi tujuan mengeluar, merawat, mengagih, membekal atau mengukur air, kelengkapan itu hendaklah tidak tertakluk kepada distres mahupun liable dalam perlaksanaan di bawah apa­ apa proses Mahkamah atau di dalam mana-mana prosiding bankrapsi atau ketaksolvenan terhadap mana-mana orang.

Bahagian

III - Pelesenan

Seksyen

15

Tajuk

Kelulusan Diperlukan Untuk Sambungan dsb. Sistem Bekalan Air.
15

Tertakluk kepada kerja-kerja, pembinaan, sambungan pengubahan yang akan dijalankan di bawah seksyen 34 atau apa-apa pengecualian terdahulu yang telah diberikan oleh Pengarah, mana-mana pemegang lesen selain daripada pihak berkuasa membekal yang ingin membina, menyambung atau mengubah mana-mana bahagian sistem bekalan airnya hendaklah memberi notis cadangan pembinaan, sambungan atau pengubahan kepada Pengarah. Pemegang lesen atau seseorang yang diberikuasa olehnya hendaklah mengemukakan pelan dan terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Pengarah yang akan dari masa semasa. memeriksa pemasangan yang· telah siap bagi sistem bekalan air itu.

Bahagian

III - Pelesenan

Seksyen

16

Tajuk

Penyelesaian Perteling­ Kahan Diantara Pengarah Dan Pemegang Lesen.
16

Jika terdapat apa-apa perbezaan pendapat di antara pemegang lesen dan Pengarah berkenaan dengan apa­ apa perkara yang bersangkutan dengan pembinaan, penyenggaraan, atau perjalanan mana-mana bahagian sistem bekalan air, perkara itu hendaklah dirujuk kepada dan diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri yang mana keputusannya hendaklah muktamad.

Bahagian

III - Pelesenan

Seksyen

17

Tajuk

Kesalahan.
17 [1]

Mana-mana pemegang lesen, tanpa kebenaran bertulis dari Pengarah, membekalkan air atau memasang apa-apa sesalur utama atau paip atau membina apa-apa sistem bekalan air di luar kawasan bekalan airnya adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan apa-apa sesalur. utama, paip atau kerja yang tidak dibenarkan itu boleh, selepas disabitkan, dialihkan di atas arahan Pengarah, dan jika arahan itu tidak dipatuhi, kos untuk pengalihan itu hendaklah didapatkan balik dari pemegang lesen.

17 [2]

Mana-mana pemegang lesen, tanpa alasan yang sah, gagal untuk memati.Ihi apa-apa_ terma atau syarat yang dinyatakan di dalam lesen adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan;

 

Bahagian

IV - Bekalan Oleh Pemegang Lesen

Seksyen

18

Tajuk

Kelayakan.
18

Tiada bahagian mana-mana sistem bekalan. airselain yang dimiliki oleh pihak berkuasa membekal boleh dikerjakanatau diuruskan  atau dijalankan atau menyebabkan dikerjakan, atau diuruskan atau dijalankan kecuali oleh atau di bawah kawalan orang-orang yang memiliki kelayakan-kelayakan tertentu dan memegang sijil-sijil sebagaimana yang ditetapkan, dan tiada sesiapa yang tidak memiliki kelayakan kelayakan atau memegang sijil-sijil seperti yang dinyatakan boleh mengurus, menjalankan atau mempunyai kawalan ke atas atau menugaskan mana-mana bahagian mana-mana sistem bekalan air itu.

18 [2]

Mana-mana orang  yang  melanggar  seksyen  ini adalah melakukan suatu kesalahan, dan hendaklah apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan, jika pelanggaran itu berterusani boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari selama mana perlanggaran itu berterusan.

Bahagian

IV - Bekalan Oleh Pemegang Lesen

Seksyen

19

Tajuk

Kuasa Untuk Menetapkan Tarif.
19 [1]

Pemegang  lesen  boleh,  berkaitan  dengan perkhidmatan  pembekalan  air, melevi  apa-apa  tarif sebagaimana diluluskan secara bertulis oleh Pihak Berkuasa Negeri dari masa ke semasa mengambil kira apa-apa syarat di dalam lesen yang berkaitan dengan pembekalan air di kawasan-kawasan yang berlainan dan di bawah keadaan yang berlainan dan tarif yang telah diluluskan itu hendaklah diwartakan.

 

19 [2]

Setiap tarif yang dilevi oleh pemegang lesen menurut subseksyen (1)-

(a) hendaklah dirangka supaya menunjukkan cara­ cara dan prinsip-prinsip atas mana tarif itu dibuat dan juga harga-harga yang hendak dikenakan; dan

(b) hendaklah disiarkan dengan apa-apa cara supaya publisiti secukupnya diperolehi.

19 [3]

Apa-apa semakan tarif hendaklah tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Bahagian

IV - Bekalan Oleh Pemegang Lesen

Seksyen

20

Tajuk

Kuasa Pemegang Lesen Untuk Memasang Sesalur Utama Dan Paip.
20

Pemegang lesen boleh dari masa ke semasa memasang, meletak, menjalan, atau menyenggara atau menyebabkan dipasang, diletakkan, dijalankan atau disenggarakan mana-mana sesalur-sesalur utama, paip­ paip, pelengkapan, akueduk-akueduk dan konduit-konduit pada, di bawah, di atas atau merentasi mana-mana premis.

20 [2]

Pemegang lesen tidak bqleh melaksanakan kerja­ kerja yang dibenarkan di bawah seksyen ini kecuali semata­ mata untuk tujuan membekalkan air atau menyenggara apa-apa pelengkapan kepada dan di dalam kawasan bekalan airnya dan melainkan ia telah terlebih dahulu memberi notis yang munasabah secara bertulis kepada pemunya atau penghuni premis tersebut.

20 [3]

Pemegang lesen tidak boleh memperolehi apa-apa hak selain daripada hak untuk menggunakan sahaja di dalam, di bawah, di atas atau merentasi premis di mana pemegang lesen meletakkan apa-apa sesalur-sesalur utama; paip-paip, pelengkapan, akueduk-akueduk dan konduitc konduit.

20 [4]

Kecuali sebagaimima diperuntukkan; pemegang lese’n tidak boleh melaksan:akan kerja-kerja tersebut berhubung dengan mana-mana premis yang terletakhak atau di bawah kawalan atau pengurusan Kerajaan Negeri atau mana-mana pemegang lesen yang lain atau mana-mana pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pihak berkuasa membekal tanpa kebenaran Kerajaan Negeri atau pemegang lesen itu atau pihak berkuasa, sebagaimana diperlukan.

20 [5]

Dalam melaksanakan kerja-kerja yang dibenarkan di bawah seksyen ini, pemegang lesen hendaklah meminimakan apa-apa kerosakan padanya di mana mungkin berhubung dengan premis-premis tersebut dan dia hendaklah membayar pampasan sepenuhnya kepada semua orang yang berkepentingan untuk apa-apa kerosakan yang dialami oleh mereka oleh sebab pelaksanaan kerja­-kerja tersebut.

Bahagian

IV - Bekalan Oleh Pemegang Lesen

Seksyen

21

Tajuk

Kemasukan Ke Dalam Premis Untuk Pemeriksaan Dan Pembaikan.
21 [1]

Pemegang lesen atau mana-mana pekerja pemegang lesen yang diberikuasa olehnya boleh, pada bila-bila masa yang munasabah tanpa notis, memasuki mana-mana premis di mana apa-apa paip telah diletakkan atau kerja-kerja sedang dijalankan untuk memeriksa dan jika perlu, membaikinya.

21 [2]

Pemegang lesen atau mana-mana pekerja pemegang lesen yang diberikuasa olehnya hendaklah pada setiap masa membawa bersamanya kad pengenalan dirinya dalam bentuk sebagaimana ditetapkan dan tiada sesiapa boleh dikehendaki untuk membenarkan mana-mana orang ke dalam premisnya sesiapa yang mendakwa dirinya sebagai pemegang lesen atau pekerja pemegang lesen yang diberikuasa olehnya jika orang itu enggan mengemukakan kad pengenalan dirinya.

Bahagian

IV - Bekalan Oleh Pemegang Lesen

Seksyen

22

Tajuk

Keselamatan Bagi Pemasangan Bekalan Air.
22 [1]

Pemegang lesen hendaklah mendirikan dan menyenggara pagar yang mencukupi di sekeliling loji-loji rawatan dan bahagian-bahagian lain atau bahagian-bahagian sistem bekalan airnya dan menyediakan dan mengadakan keselamatan yang maksima di seluruh kawasan tersebut dan hendaklah mematuhi kehendak-kehendak keselamatan oleh Majlis Keselamatan Negeri dan Majlis Keselamatan Negara dan peruntukan-peruntukan Akta Kawasan dan Tempat Terlindung 1959.

22 [2]

Jika pemegang lesen gagal mematuhi seksyen ini, Pengarah adalah mempunyai kuasa untuk meremedi kegagalan tersebut dan segala perbelanjaan yang ditanggungnya hendaklah didapatkan balik dari pemegang lesen dan jika perbelanjaan tersebut tidak dibayar oleh pemegang lesen apabila dituntut, perkara yang sama boleh didapatkan baik oleh Kerajaan Negeri.

Bahagian

IX - Sekatan Bekalan Air

Seksyen

47

Tajuk

Pemberhentian, dan Pengurangan Sementara Bekalan Air
47 [1]

Jika pada pandangan Pengarah terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain, atau atas lain- lain alasan yang di anggap sesuai, Pengarah boleh mengarahkan pihak berkuasa membekal atau pemegang lesen, untuk menghentikan air yang dibekalkan ke premis itu.

 

47 [2]

Pemegang lesen boleh, setelah berunding dengan Pengarah menghentikan sementara bekalan air ke mana-mana premis dengan memberi sekurang-kurangnya tujuh hari notis terlebih dahulu bagi tujuan untuk menjalankan penyenggaraan yang perlu dan pembaikan-pembaikan atau pemindaan-pemindaan kepada mana-mana sistem bekalan air atau sebahagian daripadanya.

47 [3]

 

Pemegang lesen boleh mengurangkan atau mengalihkan kesemua atau sebahagian, air dalam mana- mana paip atau mana-mana bahagian mana-mana sistem bekalan air, jika disebabkan oleh pecah rosak sistem bekalan air atau sebahagian daripadanya, berlakunya kebakaran, kemarau yang teruk atau apa-apa sebab yang lain pada pendapatnya bekalan air adalah tidak mencukupi atau tidak selamat bagi tujuan biasa pembekalan kepada orang ramai.

 

Bahagian

IX - Sekatan Bekalan Air

Seksyen

48

Tajuk

Sekatan-Sekatan Semasa Kecemasan Bekalan Air
48 [1]

Di mana bekalan air adalah tidak mencukupi disebabkan kemarau yang teruk atau pergolakan industri, mogok, sekat-masuk atau apa-apa peristiwa lain yang boleh menimbulkan suatu kecemasan atau apa-apa keadaan lain yang tidak dijangkakan, Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui pemberitahuan di dalam Warta—

(a) mengisytiharkan kecemasan bekalan air;

(b) melarang atau menyekat penggunaan air—

(i) secara am atau untuk tujuan tertentu;

(ii) dalam waktu-waktu harian tertentu yang dinyatakan atau sebaliknya; atau

(iii) melalui cara tertentu; dan

(c) menetapkan dan mengenakan—

(i) had-had kuantiti air yang digunakan bagi apa-apa tempoh yang ditentu; dan

(ii) apa-apa surcaj berhubung dengan penggunaan air yang melebihi apa-apa had yang dikenakan

48 [2]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, atas alasan-alasan sebagaimana difikirkan patut—

(a) menghadkan pemakaian subseksyen (1) kepada kawasan tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu dan kelas-kelas orang atau premis-premis dan kegiatan-kegiatan tertentu; dan

(b) untuk menggantung atau mengetepikan mana peruntukan seksyen ini.

48 [3]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, selepas mengisytiharkan suatu kecemasan bekalan          air, menggantung  lesen  mana-mana   pemegang  lesen, mengambil possessi sementara mana-mana sistem bekalan air pemegang lesen itu dan menjalankannya atau mengarahkan mana-mana pihak berkuasa membekal untuk menjalankannya melalui apa-apa cara sebagaimana Pihak Berkuasa Negeri fikirkan patut dan mengambil atau menyebabkan diambil apa-apa tindakan termasuk pemasangan alat-alat penyekatan, pengawalan dan pengukuran dan pengawalseliaan dan pengawalan pelupusan  peralatan-peralatan, sebagaimana  diperlukan, untuk memastikan pematuhan seksyen ini.

Bahagian

IX - Sekatan Bekalan Air

Seksyen

49

Tajuk

Penalti Bagi Ketidakpatuhan
49 [1]

Mana-mana orang yang melanggar atau gagal untuk mematuhi peruntukan-peruntukan subseksyen (1) seksyen 48 atau terma-terma dan syarat-syarat mana-mana penggantungan atau pengetepian di bawah subseksyen {2)(b) seksyen yang sama, adalah melakukan satu kesalahan  dan hendaklah, apabila disabitkan,  boleh dikenakan  denda tidak melebihi  lima puluh  ribu ringgit atau dipenjara bagi tempoh selama tidak melebihi tahun atau kedua-duanya.

49 [2]

Di mana apa-apa premis yang dihuni oleh mana- mana orang selain daripada pemunya, penghuni tersebut hendaklah dianggap telah melakukan perlanggaran itu atau telah gagal untuk mematuhi peruntukan-peruntukan subseksyen 49(1) atau terma-terma dan syarat-syarat mana-mana penggantungan atau pengetepian di bawah

subseksyen {2)(b) seksyen yang sama melainkan dibuktikan bahawa dia telah mengambil semua langkah-langkah  yang munasabah  untuk mencegah perlanggaran atau kegagalan tersebut.

Bahagian

IX - Sekatan Bekalan Air

Seksyen

50

Tajuk

Tiada Liabiliti Untuk Perlanggaran
50

Kerajaan Negeri, Pengarah dan setiap pemegang lesen dan pekerja-pekerjanya dan agen-agennya adalah tidak liable ke atas mana-mana tindakan kemungkiran kontrak disebabkan oleh mana-mana pemotongan, pemberhentian, pengurangan atau penyekatan air yang dibekalkan di bawah seksyen-seksyen 47 atau 48.

Bahagian

V - Kawasan-Kawasan Tadahan

Seksyen

23

Tajuk

Pengisyiharan Kawasan-Kawasan Tadahan
23 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan di dalam Warta , mengisytiharkan mana- mana tasik atau sungai atau jalan air atau mana-mana bahagian daripadanya atau kawasan-kawasan sekelilingnya sebagai kawasan tadahan untuk wadah penampungan atau tempat kemasukan bekalan air jika difikirkan oleh Pihak Berkuasa Negeri pengisytiharan itu adalah perlu untuk tujuan pemuliharaan atau perlindungannya.

23 [2]

Perintah yang dibuat i bawah subseksyen (1) hendaklah

{a) menentukan sempadan-sempadan kawasan tadahan;

{b) menyatakan jenis-jenis aktiviti, jika ada, di dalam kawasan tadahan tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya yang mana hendaklah  menjadi kawasan larangan untuk melindungi dan menjamin sumber air; dan

{c) memaklumkan  butir-butir lain sebagaimana diperlukan untuk maklumat awam.

Bahagian

V - Kawasan-Kawasan Tadahan

Seksyen

24

Tajuk

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan bagi Kawasan Tadahan
24

Jika difikirkan perlu oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi tujuan mencegah pencemaran, kontaminasi atau pengelodakan mana-mana sungai atau wadah di dalam suatu kawasan tadahan, Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat peraturan-peraturan Untuk menghalang atau mengawalselia aktiviti-aktiviti alam kawasan itu, dan peraturan-peraturan tersebut boleh mengandungi peruntukan-peruntukan yang berlainan untuk kawasan-kawasan tadahan yang berlainan atau sebahagian daripadanya.

Bahagian

V - Kawasan-Kawasan Tadahan

Seksyen

25

Tajuk

Notis Kepada Pemunya atau Penghuni Untuk Mencegah Pencemaran
25 [1]

Pengarah boleh, melalui notis—

(a)  menghendaki pemunya atau penghuni mana- mana premis di dalam kawasan tadahan yang mana penggunaan atau kependudukannya atau aktiviti-aktiviti di dalam premis menyebabkan atau akan menyebabkan pencemaran, kontaminasi, pengelodakan mana-mana tasik, sungai, jalan air atau wadah untuk melaksanakan dan menyenggarakan dalam keadaan baik ap apa kerja sebagaimana dia fikirkan perlu untuk mencegah pencemaran, kontaminasi atau pengelodakan mana-mana tasik, sungai, jalan air atau wadah;

(b) menghendaki mana-mana orang yang menjalankan apa-apa aktiviti yang dilarang di bawah perintah yang dibuat di bawah subseksyen 23(2) untuk menghentikan aktiviti itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis tersebut.

25 [2]

Mana-mana orang yang gagal mematuhi sesuatu notis di bawah subseksyen (1) dalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan boleh  dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan bagi kesalahan kedua atau selanjutnya boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

 

25 [3]

Tiada denda atau hukuman yang dikenakan di bawah subseksyen (2) akan menjejaskan kuasa Pengarah untuk melaksanakan dan menyenggarakan dalam keadaan baik apa-apa kerja sebagaimana dia fikirkan perlu untuk mencegah pencemaran, kontaminasi atau pengelodakan mana-mana tasik, sungai, jalan air atau wadah dan kos bagi pelaksanaan atau pembaikan tersebut hendaklah didapatkan balik sebagai hutang yang perlu dibayar kepada Kerajaan Negeri.

Bahagian

VI - Bekalan Air

Seksyen

26

Tajuk

Bekalan Air Persendirian
26

Pemegang lesen boleh, atas sesuatu permohonan bertulis daripada pemunya atau penghuni mana-mana premis atau daripada mana-mana orang, membekalkan air, tertakluk kepada seksyen 31, kepada premis-premis atau orang itu.

Bahagian

VI - Bekalan Air

Seksyen

27

Tajuk

Bekalan Air Kepada Kerajaan dsb.
27

Pemegang lesen hendaklah, atas arahan daripada Kerajaan Negeri atau Pengarah, membekalkan air kepada mana-mana badan Kerajaan, agensi atau pihak berkuasa awam itu atas apa-apa terma dan syarat syarat sebagaimana Pihak Berkuasa Negeri atau Pengarah tetapkan dari masa ke semasa

 

Bahagian

VI - Bekalan Air

Seksyen

28

Tajuk

Bekalan Paip Awam
28 [1]

Pemegang lesen boleh, atas permintaan mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan, membekalkan air kepada pihak Berkuasa Tempatan itu untuk kegunaan orang ramai melalui paip awam yang dipasang dalam mana-mana kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu.

28 [2]

Bekalan tersebut hendaklah tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat-syarat seperti yang dipersetujui bersama oleh pemegang lesen dan Pihak Berkuasa Tempatan, dengan syarat caj-caj untuk air yang dibekalkan itu hendaklah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan hendaklah diberitahu dalam Warta.

Bahagian

VI - Bekalan Air

Seksyen

29

Tajuk

Pembekalan Sambungan di Antara Sesalur Utama dan Premis-Premis
29

Apabila suatu permohonan untuk bekalan air diluluskan, pemegang lesen hendaklah membuat sambungan yang diperlukan di antara sesalur utama dan premis yang akan dibekalkan.

Bahagian

VI - Bekalan Air

Seksyen

30

Tajuk

Caj-Caj Bagi Sambungan Air
30

Tiada penyambungan boleh dibuat ke sesalur utama sehinggalah anggaran kosnya telah didepositkan oleh pemegang lesen dan sehinggalah kesemua peralatan- peralatan air yang diperlukan untuk membekalkan  air itu telah terlebih dahulu dipasangkan dan disempumakan menurut apa-apa kehendak mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini, berkaitan dengan perkara yang sama.

Bahagian

VI - Bekalan Air

Seksyen

31

Tajuk

Perjanjian-Perjanjian Bekalan dengan Pengguna-Pengguna
31

Seorang pemohon yang mana permohonan untuk bekalan air telah diluluskan hendaklah, setelah mula berkuatkuasanya Enakmen ini dan jika dikehendaki oleh pemegang lesen, membuat perjanjian dengan pemegang lesen untuk pembekalan air atas apa-apa terma dan syarat- =syarat sebagaimana dinyatakan sebelum air dibekalkan kepada pengguna:

Dengan syarat—

(a) perjanjian itu hendaklah di dalam bentuk dan  isi kandungan yang diluluskan oleh Pengarah; dan

(b) tiada apa-apa yang terkandung di dalam seksyen ini boleh menjejas apa-apa hak, kepentingan, hakmilik, kewajipan atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau ditanggung di bawah mana-mana kontrak yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang di antara pihak berkuasa membekal dan pengguna yang sedia wujud pada masa berkuatkuasanya Enakmen ini.

Bahagian

VI - Bekalan Air

Seksyen

32

Tajuk

Pengurangan atau Pemberhentian Bekalan Liabiliti
32 [1]

Mana-mana pemegang lesen boleh dengan kelulusan Pengarah mengurangkan kuantiti air yang masa hadapan  kerja-kerja sebagaimana yang ditetapkan itu hendaklah dibuat di bawah kaedah-kaedah dibekalkan kepada mana-mana pengguna jika oleh sebab apa-apa keadaan yang di luar kawalannya terdapat kekurangan air untuk membolehkan kuantiti sepenuhnya dibekalkan.

32 [2]

Di mana kuantiti air telah dikurangkan seperti dinyatakan di atas —

{a) tiada liabiliti akan ditanggung oleh pemegang lesen berkaitan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pengurangan itu, dan

(b) dalam keadaan-keadaan yang sesuai suatu pengurangan caj-caj mengikut kadar yang sama dengan bekalan air yang dikurangkan hendaklah dilakukan

32 [3]

Pemegang lesen hendaklah tidak liable untuk apa-apa kerosakan kepada mana-mana orang atau harta benda atau untuk apa-apa pemberhentian bekalan air yang disebabkan  oleh  kecelakaan  yang tidak dapat dielakkan, yang tidak disebabkan oleh perbuatan atau kelakuannya atau disebabkan oleh penyambungan perlengkapan atau lengkapan air yang tidak dibenarkan atau kekangan-kekangan sementara kepada sistem bekalan air.

Bahagian

VI - Bekalan Air

Seksyen

33

Tajuk

Pengecualian-Pengecualian Kepada Tanggungan Untuk Membekalkan Air
33

Tiada apa-apa dalam Bahagian ini boleh diambil sebagai menghendaki pemegang lesen untuk membekal air kepada mana-mana premis jika—

(a) bekalan air telah sedia diberikan kepada premis itu oleh pemegang lesen yang lain atau pihak berkuasa membekal;

(b) keengganan untuk membekal atau pemberhentian bekalan air diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Bahagian

VI - Bekalan Air

Seksyen

34

Tajuk

Pematuhan Peraturan-Peraturan
34

Apa-apa pembinaan, penambahan atau pemindaan kepada mana-mana sistem bekalan air yang sedia ada dan apa-apa kerja paip yang dijalankan untuk bekalan air dan semua pembaikan, penambahan dan pemindaan masa hadapan kerja-kerja itu hendaklah dibuat  sebagaimana yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini.

Bahagian

VII - Caj-Caj Air dan Deposit

Seksyen

35

Tajuk

Caj-Caj yang Ditetapkan Boleh Dipungut dan Disimpan oleh Pemegang Lesen
35 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh dari masa ke semasa melalui pemberitahuan di dalam Warta menetapkan caj-caj yang perlu dibayar oleh mana-mana orang di mana air dibekalkan kepadanya atau perkhidmatan diberikan di bawah Enakmen ini.

35 [2]

Mana-mana pemegang lesen yang telah membuat suatu perjanjian dengan Pihak Berkuasa Negeri mengikut seksyen 5 boleh, menuntut, memungut dan menyimpan caj-caj yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) berhubung dengan air yang dibekalkan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan di bawah perjanjian itu.

 

Bahagian

VII - Caj-Caj Air dan Deposit

Seksyen

36

Tajuk

Deposit Untuk Bekalan Air
36 [1]

Pemegang lesen boleh, tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini, meminta mana-mana orang yang menghendaki air dibekalkan untuk mendepositkan kepadanya apa-apa amaun wang sebagaimana pemegang lesen, dengan kelulusan Pengarah, boleh tetapkan, sebelum air boleh dibekalkan ke mana-mana premis.

36 [2]

Deposit, apabila dibuat, hendaklah tidak membawa faedah apabila dibayar balik dan hendaklah tidak melepaskan pendeposit atau pengguna daripada liabiliti untuk menyelesaikan apa-apa bil untuk bekalan air yang dikemukakan kepadanya oleh pemegang lesen.

36 [3]

Apabila bekalan air dihenti oleh pemegang lesen disebabkan kegagalan pendeposit atau pengguna untuk menyelesaikan apa-apa bil di bawah seksyen 40, amaun yang dinyatakan di dalam bil dari tarikh bil itu dibilkan ke tarikh bila bekalan air dihentikan boleh ditolak dari deposit.

Bahagian

VII - Caj-Caj Air dan Deposit

Seksyen

37

Tajuk

Mendapatkan Balik Wang yang Perlu Dijelaskan
37 [1 ]

Apa-apa jumlah wang berkaitan dengan air yang dibekalkan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan berhubung dengan pembekalan tersebut hendaklah dibayar dalam tempoh empat belas hari dari tarikh pengemukaan bil itu dan jika jumlah tersebut tidak dibayar kepada pemegang lesen, wang itu hendaklah didapatkan balik oleh pemegang lesen melalui tindakan guaman di Mahkamah.

37 [2]

Suatu pernyataan bertulis oleh pekerja yang diberikuasa oleh pemegang lesen atau mana-mana orang lain yang diberikuasa olehnya yang menyatakan amaun yang perlu dijelaskan dan kena dibayar hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang pembayaran yang perlu dibuat oleh pengguna di bawah subseksyen (l).

 

37 [3]

Perlaksanaan kuasa yang diberikan di bawah seksyen ini hendaklah tanpa menjejaskan kuasa pemegang lesen yang boleh dilaksanakan di bawah seksyen 40.

Bahagian

VIII - Kesalahan dan Penalti

Seksyen

38

Tajuk

Merosakkan Sistem Bekalan Air, Mengalih Anak Sungai, dsb.
38 [1]

Mana-mana orang yang—

(a) dengan sengaja atau dengan cuai merosakkan atau menyebabkan dirosakkan mana-mana konduit, wadah, tangki, pam, perigi, paip, injap, meter atau mana-mana bahagian dari mana-mana sistem bekalan air;

(b) secara menyalahi undang-undang mencurah, mengangkut mengalih atau mengambil air dari mana-mana sistem bekalan air atau sebahagian darinya atau dari mana-mana sumber air dari mana air dibekalkan ke mana-mana sistem bekalan air;

(c) mandi, mengotorkan atau membuang sampah- sarap atau makhluk, yang mati atau hidup, ke dalam mana-mana sumber air daripada mana air dibekalkan ke mana-mana sistem bekalan air;

(d) menghindar atau menghalang Pengarah di dalam menjalankan tugas-tugas, fungsi-fungsi atau kuasa-kuasanya menurut Enakmen ini; atau

(e) mengalihkan atau memusnahkan apa-apa tanda yang dibuat untuk tujuan menunjukkan paras air di. dalam mana-mana sumber air di mana air dibekalkan ke mana-mana sistem bekalan air,

adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya  dan dalam kes di mana kesalahan berterusan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit untuk setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan.

38 [2]

Mana-mana orang yang dengan sengaja atau dengan cuai mencemarkan atau menjadikan tidak suci untuk tujuan diminum air di mana-mana sumber air, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ratus lima  puluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan dalam kes di mana kesalahan itu berterusan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari selama  mana kesalahan itu berterusan.

38 [3]

Di mana paip perkhidmatan  ke mana-mana premis telah disambung secara menyalahi undang-undang ke suatu sesalur utama atau ke paip perkhidmatan yang lain yang memberi khidmat ke premis yang lain, ia hendaklah dianggap sehingga sebaliknya dibuktikan bahawa sambungan  secara  menyalahi undang-undang itu telah dibuat oleh penghuni premis yang pertama disebut dan dia adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan dalam kes di mana kesalahan berterusan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit untuk setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan

Bahagian

VIII - Kesalahan dan Penalti

Seksyen

39

Tajuk

Dengan Sengaja Mengganggu Meter
39

Mana-mana orang yang dengan curangnya mengganggu sesuatu meter atau menyebabkan secara curang gangguan sesuatu meter yang digunakan untuk mengira air yang dibekalkan ke mana-mana premis dengan apa-apa cara yang sehingga menyebabkan meter itu menunjukkan bacaan yang salah adalah melakukan satu kesalahan, dan hendaklah apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

VIII - Kesalahan dan Penalti

Seksyen

40

Tajuk

Kegagalan Untuk Membayar Air dan Perkhidmatan yang Dibekalkan
40 [1]

Jika mana-mana pengguna yang liable untuk—

(a) membayar bagi air yang telah dibekalkan;

(b) membayar kos bagi perkhidmatan yang telah diberikan berhubung dengan air yang dibekalkan; dan

(c) membayar apa-apa deposit di bawah seksyen 36,

gagal untuk menyelesaikan amaun yang perlu dijelaskan dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh pengemukaan bilnya, adalah menjadi sah di sisi undang- undang bagi pemegang lesen, jika dia memutuskan, untuk menghentikan air yang dibekalkan kepada pengguna itu dengan memotong paip perkhidmatan atau dengan mengambil langkah-langkah lain yang difikirkan patut dan sesuai.

40 [2]

Pemegang lesen boleh menghentikan air yang dibekalkan kepada mana-mana pemunya, penghuni mana-mana premis atau mana-mana pengguna yang –

(a) mempunyai kontrak dengan pemegang lesen untuk dibekalkan air membenarkan atau menyebabkan mana-mana dari air dibawa atau disalur atau digunakan di luar premis-premisnya untuk tujuan-tujuan lain selain daripada tijuan- tujuan dalam kontrak (pemadaman api dikecualikan);

(b) dengan sengaja atau secara cuai menyalahguna atau membazir atau menyebabkan atau membenarkan untuk disalahgunakan atau dibazirkan mana air yang dibekalkan ke premisnya; atau

(c) setelah mempersetujui untuk menggunakan air yang dibekalkan untuk satu tujuan tertentu sahaja, menggunakan atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan air untuk tujuan yang berlainan (pemadaman api dikecualikan):

Dengan syarat dia hendaklah memberitahu pemunya atau penghuni premis-premis itu, secara bertulis sebelum pemberhentian tersebut dan alasan-alasan berbuat demikian:

Dengan syarat selanjutnya, tiada pemberhentian air yang dibekal boleh dijalankan melainkan pengguna telah gagal untuk meremedi atau membetulkan keingkaran atau pelanggaran itu dalam tempoh tujuh hari selepas penerimaan notis untuk berbuat demikian

40 [3]

Pemegang lesen boleh mendapatkan balik kos menghentikan air yang dibekalkan dan penyambungan semula air yang dibekalkan selepas diberhentikan, daripada pemunya atau penghuni premis-premis melalui cara seperti diperuntukkan di bawah seksyen 37 dan sehingga dan melainkan kos bagi pemberhentian dan penyambungan semula itu dan semua jumlah yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) telah dibayar, pemegang lesen adalah tidak berkewajipan untuk menyambung semula bekalan air tersebut ke premis-premis yang terlibat dan pemegang lesen adalah tidak liable untuk apa-apa kerugian kepada mana-mana pengguna atau orang atau harta benda disebabkan oleh pemberhentian itu:

Dengan syarat jika semua kos dan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang lesen di bawah seksyen ini telah dibayar, pemegang lesen hendaklah dalam tempoh tiga hai‘i daripada tarikh pembayaran penuh tersebut menyambung semula bekalan air ke premis-premis yang terlibat.

 

40 [4]

Di mana bekalan air ke mana-mana premis telah diberhentikan oleh pemegang lesen dan didapati bahawa bekalan itu telah disambung semula tanpa kebenaran pemegang lesen, penghuni premis itu hendaklah dianggap, sehingga sebaliknya dibuktikan, telah menyambung semula atau telah membenarkan penyambungan semula bekalan air dan dia adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda selanjutnya tidak melebihi sepuluh kali ganda dan kos purata air yang bagi dibekalkan dalam satu hari, dikira daripada bil-bil untuk tiga bulan kalendar sebelum tarikh pemberhentian, setiap hari selama mana kesalahan berterusan.

Bahagian

VIII - Kesalahan dan Penalti

Seksyen

41

Tajuk

Air dan Pili Bomba, dsb.
41 [1]

Tiada sesiapa dibenarkan mengambil air dari mana-mana pili bomba atau mana-mana bahagian dari sistem bekalan air melainkan diluluskan oleh Pengarah atau pemegang lesen, kecuali untuk pemadaman api.

 

41 [2]

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau dipenjarakan tidak  melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya.

Bahagian

VIII - Kesalahan dan Penalti

Seksyen

42

Tajuk

Penghuni Kena Memberitahu Kerosakan Paip
42 [1]

Jika mana-mana paip penghubung atau sebahagian daripadanya di dalam mana-mana premis menjadi rosak sehingga menyebabkan atau akan menyebabkan kontaminasi atau pembaziran air, penghuni premis-premis itu hendaklah, apabila mengetahui perkara yang sama, memberitahu pemegang lesen.

42 [2]

Jika mana-mana bahagian daripada suatu paip perkhidmatan (selain daripada suatu paip penghubung), suatu paip pengagihan atau lengkapan air di dalam atau atas mana-mana premis menjadi terhalang atau rosak hingga menyebabkan atau boleh menyebabkan kontaminasi, pembaziran, atau penyekatan air, penghuni hendaklah menyebabkan halangan itu dibersihkan atau kerosakan itu diperbaiki.

42 [3]

Sekiranya penghuni mengabaikan atau gagal untuk membuat pembersihan atau pembaikan tersebut, adalah sah di sisi undang-undang bagi pemegang lesen untuk memberhentikan air yang dibekalkan ke premis-premis itu.

Bahagian

VIII - Kesalahan dan Penalti

Seksyen

43

Tajuk

Mengganggu Sistem Bekalan Air atau Mana-Mana Bahagian Darinya
43

Mana-mana orang yang mengganggu mana-mana injap, pili bomba atau mana-mana sistem bekalan air atau   sebahagian   daripadanya   adalah   melakukan satu kesalahan  dan  hendaklah,  apabila  disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun  atau  kedua-duanya.

Bahagian

VIII - Kesalahan dan Penalti

Seksyen

44

Tajuk

Liabiliti Mana-Mana Orang yang Merosakkan Atau Menyebabkan Kerosakan
44

Mana-mana orang yang dengan sengaja atau dengan cuai merosakkan atau menyebabkan kerosakan mana-mana meter, injap, pili bomba, bekalan  paip awam, paip atau mana-mana bahagian dari sistem bekalan air kepunyaan atau di bawah pengurusan atau kawalan pemegang lesen, pampasan untuk kerosakan itu hendaklah didapatkan balik daripada orang itu oleh pemegang lesen melalui cara yang diperuntuWan di bawah seksyen 37.

Bahagian

VIII - Kesalahan dan Penalti

Seksyen

45

Tajuk

Pemegang Lesen Mempunyai Kuasa Menghentikan Bekalan Air
45 [1]

Pemegang lesen hendaklah mempunyai kuasa untuk memberhentikan bekalan air ke mana-mana premis pada bila-bila masa atas perlanggaran mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dengan syarat dia hendaklah memberitahu pemunya atau penghuni premis-premis itu, secara bertulis sebelum pemberhentian tersebut dan alasan- alasan berbuat demikian:

Dengan syarat selanjutnya, tiada pemberhentian air yang dibekal boleh dijalankan melainkan pengguna telah gagal untuk meremedi atau membetulkan keingkaran atau pelanggaran itu dalam tempoh dua puluh satu hari selepas penerimaan notis untuk berbuat demikian.

Bahagian

VIII - Kesalahan dan Penalti

Seksyen

46

Tajuk

Penalti Am
46

Mana-mana orang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang mana tiada penalti diperuntukkan hendaklah apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

51

Tajuk

Pembekalan dan Pengawalan Meter
51 [1]

Pemegang lesen hendaklah membekalkan dan menjaga dalam keadaan baik semua meter.

51 [2]

Semua meter adalah menjadi hakmilik pemegang lesen dan tiada meter boleh diubah atau diperbaiki melainkan di bawah arahan atau dengan kebenaran pemegang lesen:

Dengan syarat seksyen ini tidak terpakai kepada sub meter persendirian yang tidak menjadi hakmilik pemegang lesen.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

52

Tajuk

Perigi
52 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui pemberitahuan di dalam Warta mengisytiharkan lokasi perigi-perigi yang tertentu yang dibina oleh Pengarah atau oleh pemegang lesen untuk membekal air dalam sesuatu kawasan yang dinyatakan.

52 [2]

Walau apapun peruntukan mana-mana undang- undang bertulis yang lain, mana-mana orang yang ingin menggorek, menggerudi, menggali atau sebaliknya membina suatu perigi untuk tujuan mengeluarkan air darinya dalam radius setengah kilometer dari perigi yang diwartakan, hendaklah terlebih dahulu memohon suatu lesen bagi tujuan tersebut dari Pengarah.

 

52 [3]

Pengarah boleh mengeluarkan lesen tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya sesuai kepada mana-mana orang untuk menggorek, menggerudi, menggali atau sebaliknya membina sebuah perigi setelah dibayar fee yang ditetapkan.

52 [4]

Untuk tujuan seksyen ini sebuah perigi tidak termasuk perigi yang mengeluarkan kurang daripada dua ribu lima ratus liter air sehari dan digunakan untuk tujuan-tujuan domestik.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

53

Tajuk

Penalti bagi Membina Perigi Tanpa Lesen
53

Mana-mana orang yang gagal untuk mendapatkan lesen dari Pengarah di bawah subseksyen 52 (2) sebelum dia menggorek, menggerudi, menggali atau sebaliknya membina suatu perigi atau melanggar mana-mana syarat yang dikenakan atas lesen itu di bawah subseksyen 52 (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan sebagai tambahan, didenda satu ribu ringgit untuk setiap hari selama mana kegagalan atau perlanggaran itu berterusan.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

54

Tajuk

Kuasa Am Untuk Membuat Peraturan
54

Pihak Berkuasa Negeri boleh dari masa ke semasa melalui pemberitahuan di dalam Warta membuat apa-apa kaedah atau peraturan yang pada pendapatnya adalah wajar atau perlu bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini bagi mana-mana tujuan yang berikut –

(a) menetapkan fungsi-fungsi dan tugas-tugas Pengarah atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 3;

(b) mengawalselia pembekalan air di mana-mana jalan utama;

(c) mengawalselia pembekalan dan pengawalan air dari mana-mana sistem sebahagian daripadanya;

(d) mengawalselia pembekalan air untuk tujuan domestik, tred dan lain-lain;

(e) menetapkan caj-caj yang dikenakan untuk pembekalan air kepada pengguna;

(f) menetapkan apa-apa fee lain yang perlu dibayar di bawah Enakmen ini;

(g) menetapkan keperluan-keperluan tertentumengenai bahan-bahan yang perlu ada atau tiada pada air dan lain-lain ciri air supaya air yang dibekalkan ke mana-mana premis adalah selamat dan sesuai untuk kegunaan manusia atau sesuai untuk tujuan ia dibekalkan;

(h) memastikan pelengkapan air yang dipasang dan digunakan oleh orang-orang yang mana air yang dibekalkan atau akan dibekalkan oleh pemegang lesen adalah selamat dan tidak menyebabkan atau menyumbangkan kepada pengukuran yang salah mana-mana air atau talunan mana-mana paip dan membuat peruntukan berhubung dengan pelengkapan air itu sepertimana dinyatakan—

(i) untuk melarang pemasangan, penyam-penyambungan atau penggunaan pelengkapan air jika ianya tidak diluluskan di bawah peraturan-peraturan atau jika ia melanggar peruntukan-peruntukan;

(ii) untuk menghendaki saiz, sifat, kekuatan atau kemahiran kerja pelengkapan air dibuat daripada apa-apa bahan atau melalui apa-apa cara atau untuk mengikut apa-apa piawaian sebagaimana ditetapkan; dan

(iii) untuk mengenakan apa-apa keperluan lain sebagaimana boleh ditetapkan berhubung dengan pemasangan, penyusunan, penyambungan, pengujian, pemberhentian, pemindaan dan pembaikan pelengkapan air dan berkaitan dengan bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatannya;

(i) menetapkan masa dan tempat untuk pembayaran wang yang kena dibayar bagi air yang dibekalkan atau denda bagi mana-mana kesalahan yang dikompaunkan di bawah Enakmen ini dan kaedah pengutipan dan penyelesaiannya;

(j) menetapkan terma-terma dan syarat-syarat untuk membekalkan air kepada pembangunan-pembangunan hartanah atau taman-taman perumahan yang baru dan untuk menetapkan amaun kos sumbangan daripada pemaju-pemaju;

(k) memperuntukkan ruang, waktu-waktu dan cara di mana-mana sistem bekalan air diperiksa, notis (jika ada) yang perlu diberi berhubung dengan pemeriksaan-pemeriksaan dan persediaan-persediaan yang perlu dibuat oleh pemegang lesen        atau mana-mana pengurus, untuk pemeriksaan;

(l) menetapkan piawaian-piawaian dan spesifikasi-spesifikasi minima yang mana hendaklah digunakan di dalam reka bentuk, pembinaan, perlindungan, operasi dan penyenggaraan mana-mana sistem bekalan air;

(m) menetapkan cara di mana pelan-pelan dan spesifikasi-spesifikasi berhubung dengan mana-mana sistem bekalan air yang dicadangkan boleh dikemukakan di bawah Enakmen ini;

(n) menetapkan bentuk dan kandungan lesen-lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian III, pengecualian-pengecualian, syarat-syarat yang ditetapkan, syarat-syarat untuk pembatalan dan pembaharuan lesen-lesen dan fee-fee yang kena dibayar untuk lesen-lesen itu;

(o) menetapkan kelayakan-kelayakan minima yang perlu dimiliki oleh orang-orang sebelum mereka boleh dibenarkan untuk diberi kepercayaan dengan menjalankan, menyenggarakan atau menguruskan mana-mana sistem bekalan air atau sebahagian daripadanya;

(p) mengawalselia pengeluaran, penggantungan atau pembatalan perakuan-perakuan kelayakan kepada orang-orang yang memiliki kelayakan-kelayakan yang ditetapkan di bawah perenggan (o) dan seksyen 18 dan menetapkan fee-fee yang kena dibayar untuk perakuan-perakuan tersebut;

(q) menetapkan borang-borang yang perlu digunakan, cara dan prosedur untuk mengkompaun sesuatu kesalahan;

(r) menetapkan pengemukaan penyata-penyata kewangan dan laporan-laporan telah diauditkan oleh pemegang lesen;

(s) menetapkan cara yang perlu diambil, samada melalui larangan atau sebaliknya, bagi menghalang atau mengurangkan apa-apa kacauganggu yang mungkin berbangkit atau berbangkit  dari  perjalanan  mana-mana sistem bekalan air;

(t) menetapkan prosedur untuk menyelesaikan pertikaian-pertikaian dan rayuan-rayuan di bawah Enakmen ini;

(u) mengawalselia perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh pemegang lesen dan hubungan dengan pengguna seperti peruntukan-peruntukan untuk mendapatkan balik bayaran-bayaran untuk air yang dibekalkan penyambungan, pemberhentian atau pemulihan bekalan oleh pemegang lesen, kemasukan ke dalam mana-mana premis oleh pemegang lesen atau pegawai-pegawai yang telah diberikuasa olehnya bagi tujuan-tujuan yang berkaitan dengan bekalan, penyambungan, pemberhentian atau pemulihan bekalan, kemasukan bagi tujuan-tujuan menggantikan, memperbaiki atau meminda mana-mana paip atau loji atau peralatan dan bentuk  notis yang diperlukan;

(v) menetapkan segala amnya perkara-perkara yang bagi menguatkuasakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini; dan

(w) menetapkan kesalahan yang boleh dikompaunkan dan prosedur bagi mengkompaun kesalahan itu.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

55

Tajuk

Penyampaian Notis Atau Dokumen Lain
55 [1]

Penyampaian suatu dokumen kepada mana-mana orang hendaklah dilaksanakan—

(a) dengan menyerahkan dokumen itu kepada orang itu atau dengan menyeiahkan dokumen itu di tempat kediamannya yang terakhir diketahui atau kepada seseorang dewasa dalam premis itu;

(b) dengan meninggalkan dokumen itu di tempat kediaman atau perniagaan orang itu yang lazim atau yang akhir diketahui dalam sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau

(c) dengan menghantar dokumen itu melalui pos dalam surat bayar dahulu yang dialainatkan kepada orang itu di tempat kediaman atau perniagaan orang itu yang lazim atau yang akhir diketahui.

 

55 [2]

Sesuatu dokumen yang dikehendaki disampaikan kepada pemunya atau penghuni mana-mana premis hendaklah dianggapkan telah dialamatkan dengan sempurna jika dialamatkan dengan perihalan “pemunya atau “penghuni” premis itu tanpa nama atau perihalan selanjutnya dan boleh disampaikan dengan menyerahkan dokumen itu kepada seorang dewasa di premis itu atau, jika tidak ada orang sedemikian di premis itu yang kepadanya dokumen itu boleh dengan usaha yang munasabah diserahkan, dengan melekatkan dokumen itu di suatu bahagian ketara premis itu.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

56

Tajuk

Ketaktepatan Perihalan, dsb.
56 [1]

Tiada kesilapan nama atau ketaktepatan perihalan mana-mana orang, premis, pegangan, jalan atau tempat yang dinamakan atau diperihalkan dalam mana-mana dokumen yang disediakan, dikeluarkan atau disampaikan di bawah, menurut kuasa atau bagi maksud-maksud Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini boleh dengan apa-apa cara menyentuh kuatkuasa Enakmen ini atau peraturan itu berkenaan dengan orang atau tempat itu jika orang atau tempat itu dinyatakan dalam dokumen itu sedemikian rupa sehingga boleh dikenal pasti.

56 [2]

Tiada prosiding yang diambil di bawah atau menurut kuasa Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh menjadi tak sah kerana ketaktepatan bentuk.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

57

Tajuk

Perakuan Bagi Membuktikan Tuanpunya Tanah
57

Walau apa pun peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding di bawah Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah sesuatu perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh Pendaftar bagi maksud membuktikan tuan punya berdaftar mana-mana tanah hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan apa-apa fakta yang dinyatakan dalamnya.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

58

Tajuk

Liabiliti Pemindah Milik
58 [1]

Mana-mana orang yang menjual atau memindah apa-apa harta berhubung dengan kos dan perbelanjaan yang telah ditanggung oleh Pengarah atau pemegang lesen atau pekerja-pekerja atau agen-agennya, mengikut mana- mana yang berkenaan di dalam atau mengenai perlaksanaan mana-mana kerja yang, di bawah Enakmen ini, boleh didapatkan balik dari pemunya tersebut hendaklah terus menjadi liable bagi pembayaran semua kos-kos tersebut dan perbelanjaan yang kena dibayar berkaitan dengan harta dan bagi pelaksanaan lain-lain obligasi yang dikenakan oleh Enakmen ini ke atas pemunya harta tersebut yang menjadi kena dibay atau yang perlu dilaksanakan pada bila-bila masa sebelum pemindahan berkuatkuasa.

58 [2]

Tiada apa-apa di dalam Enakmen ini adalah menyentuh liabiliti pembeli atau penerima pindahmilik untuk membayar kos dan perbelanjaan berhubung dengan harta yang dirujuk di dalam subseksyen (1) atau menyentuh hak Pengarah atau pemegang lesen atau pekerja dan  agennya, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk mendapat balik kos-kos dan  perbelanjaan  itu  daripada atau untuk menguatkuasakan apa-apa obligasi di bawah Enakmen  ini terhadap pembeli  atau penerima pindahmilik.

 

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

59

Tajuk

Kesalahan Oleh Pertubuhan Perbadanan
59 [1]

Jika mana-mana orang dituduh dengan suatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana peraturan dibuat di bawahnya adalah satu pertubuhan yang diperbadankan, setiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan adalah seorang Pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu boleh dituduh bersama di dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan, dan di mana pertubuhan perbadanan itu disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan, setiap pengarah atau pegawai itu adalah dianggapkan sebagai bersalah di atas kesalahan tersebut melainkan dia membuktikan kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau ia telah mengambil langkah- langkah yang  munasabah untuk mencegah berlakunya kesalahan  itu.

59 [2]

Sesiapa yang boleh menjadi liable di bawah mana- mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya kepada suatu penalti untuk apa- apa yang dilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan atau ditinggalkan oleh dirinya sendiri, hendaklah liable kepada penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh rakan kongsinya, agen atau pekerja, melainkan dia membuktikan yang dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menghalang berlakunya atau ketinggalan perkara itu.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

60

Tajuk

Beban Pembuktian
60

Di dalam pendakwaan berhubung dengan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya di atas pertuduhan bagi melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang- undang, melainkan orang yang melakukan perbuatan itu adalah dibenarkan untuk melakukannya oleh sebab dia adalah pemegang suatu lesen, permit atau kebenaran bertulis, persetujuan, diberikuasa atau pengecualian yang membenar dia melakukan perbuatan itu, adalah mencukupi bagi pendakwaan untuk mendakwa dan membuktikan dia melakukan perbuatan itu dan beban hendaklah di atas tertuduh untuk menunjukkan yang dia adalah dibenarkan untuk melakukan perbuatan itu.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

61

Tajuk

Perlindungan Kepada Pemberi Maklumat
61 [1]

Melainkan sebagaimana diperuntukkan, tiada saksi di dalam mana-mana prosiding jenayah di bawah Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh dikehendaki atau dibenarkan untuk memberikan nama atau alamat pemberi maklumat atau maklumat yang diterima darinya atau menyatakan apa-apa perkara yang akan membawa kepada pendedahannya.

61 [2]

Jika mana-mana buku atau dokumen adalah di dalam keterangan atau adalah tertakluk kepada pemeriksaan di dalam mana-mana prosiding jenayah mengandungi apa-apa kemasukan yang mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau boleh membawa kepada pendedahannya, Mahkamah hendaklah menyebabkan semua   kemasukan itu dilindungi dari pandangan atau dipadamkan setakat mana diperlukan bagi melindungi pemberi maklumat dari didedahkan.

61 [3]

Jika di dalam perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya Mahkamah selepas siasatan penuh ke atas kes itu, berpendapat bahawa pemberi maklumat telah dengan sengaja membuat di dalam pengaduannya suatu pernyataan yang material yang diketahuinya atau dipercayainya adalah palsu atau tidak mempercayainya sebagai benar atau jika keadilan tidak dapat diberikan sepenuhnya di antara  pihak-pihak tersebut tanpa pendedahan pemberi  maklumat, Mahkamah boleh menghendaki pengemukaan pengaduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan satu siasatan, dan menghendaki pendedahan sepenuhnya mengenai pemberi maklumat.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

62

Tajuk

Keizinan Pendakwa Raya
62 [1]

Tiada pendakwaan boleh dimulakan oleh Pengarah di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pendakwa Raya.

62 [2]

Mana-mana orang yang menghalang atau melengahkan Pengarah, mana-mana pegawai yang diberi kuasa{atau pegawai polis di dalam menjalankan mana-mana kuasanya yang sah di bawah Enakmen ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah melakukan satu kesalahan di bawah Enakmen ini.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

63

Tajuk

Pengkompaunan Kesalahan
63 [1]

Pengarah atau mana-mana pegawai di bawah kawalan, arahan dan seliaannya yang diberi kuasa secara bertulis olehnya boleh mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah seksyen 40(4), 41, 43, dan 48.

63 [2]

(i) Orang-orang yang dinamakan dalam subseksyen (1) boleh mengkompaunkan mana-mana kesalahan boleh kompaun—

(a) dengan membuat tawaran untuk mengkompaunkan kesalahan itu kepada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu; dan

(b) sekiranya tawaran itu diterima, dengan memungut daripada orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi satu perempat daripada amaun denda yang ditetapkan bagi kesalahan itu.

(ii) Apabila sesuatu kesalahan sudah dikompaunkan di bawah seksyen ini, tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu terhadap orang yang kepadanya taw aran telah dibuat di bawah subseksyen 2(i)(ñ).

63 [3]

Dalam seksyen ini “kesalahan boleh kompaun” ertinya kesalahan yang ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat  di  bawah   seksyen  54 (w) dan kesalahan-kesalahan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan.

63 [4]

Apa-apa jumlah wang yang diterima di bawah subseksyen (1) hendaklah dikreditkan kepada hasil

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

64

Tajuk

Bidangkuasa dan Kuasa Mahkamah, Akta 92.
64

Walau apapun yang terkandung di dalam Akta Mahkamah Rendah 1948, seorang Majistret Kelas Pertama adalah mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan kesalahan di bawah Enakmen ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini dan mengenakan hukuman sepenuhnya untuk kesalahan itu.

 

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

65

Tajuk

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948. Akta 198
65

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 hendaklah terpakai kepada mana-mana tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Pengarah atau mana-mana pegawai, pekerja atau agen Pengarah berhubung dengan apa-apa tindakan, kecualian atau pengingkaran yang dibuat atau tertinggal atau yang dibuat olehnya di dalam keupayaannya itu.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

66

Tajuk

Pengarah dan Pegawai-Pegawai Sebagai Pengkhidmat Awam
66

Pengarah dan pegawai-pegawai, pekerja-pekerja dan agen-agennya semasa menjalankan tugas-tugas sebagai pegawai pelesen dan agen itu, adalah disifatkan sebagai pengkhidmat awam sebagaimana dimaksudkan di dalam Kanun Keseksaan.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

67

Tajuk

Pemansuhan Undang-Undang Yang Ada dan N.M.B Bab 203
67 [1]

Apabila berkuatkuasanya Enakmen ini, Enakmen Bekalan Air setakat mana terpakai kepada Negeri Selangor adalah dimansuhkan;

Dengan syarat bahawa semua kaedah dan peraturan yang telah dibuat atau yang berkuatkuasa seolah-olah kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu telah dibuat di bawahnya dan yang berkuatkuasa pada permulaan Enakmen ini hendaklah, setakat yang kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu tidak tak konsisten dengan Enakmen ini, dianggap telah dibuat di bawah Enakmen ini dan hendaklah terus berkuatkuasa sehinggalah dibatalkan dan digantikan dengan kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Enakmen ini.

67 [2]

Kecuali setakat yang diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh—

(a) menyentuh perjalanan kuatkuasa terdahulu, atau apa-apa jua yang dilakukan atau dibiarkan dengan sewajarnya di bawah Enakmen yang termansuh; dan

(b) menyentuh apa-apa hak, hakmilik, kepentingan, kebebasan, keistimewaan, obligasi atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau dilakukan di bawah Enakmen termansuh.

Bahagian

X - Pelbagai

Seksyen

68

Tajuk

Pengarah Dan Pegawai-Pegawai Dianggap Dilantik Di Bawah Enakmen Ini
68

Pengarah dan mana-mana pegawai yang pada masa ini bertugas dengan Jabatan Bekalan Air Selangor hendaklah apabila berkuatkuasanya Enakmen ini, dianggapkan sebagai telah dilantik sebagai Pengarah dan pegawai-pegawai, mengikut mana-mana yang berkenaan mengikut seksyen 3.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.