Semua Seksyen

Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999

Seksyen

7

Tajuk

Syarat Benefisiari.
7

Seseorang benefisiari wasiat itu hendaklah seseorang yang-

 

(a) diketahui;

(b) mempunyar kelayakan untuk memiliki   harta yang diwasiatkan; dan

(c) jika ditentukan, dia hendaklah wujud ketika wasiat dibuat dan jika tidak ditentukan, benefisiari tidak disyaratkan wujud sama ada ketika wasiat itu dibuat atau ketika pewasiat itu mati.

Bahagian

I

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk Ringkas Pemakaian Dan Mula Berkuat Kuasa.
1 [1]

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Wasiat Tajuk ringkas, Orang Islam (Selangor) 1999, dan hendaklah mula berkuat kuasa pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

 

1 [2]

Enakmen ini hendaklah terpakai bagi­—

(a) Negeri Selangor; dan

(b) orang yang menganut agama Islam sahaja.

Bahagian

I

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran.
2 [1]

Dalam Bnakmen ini, melainkan jika konteksi1ya menghendaki makna yang lain-

“benefisiari”ertinya orang atau kurnpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan yang menerima faedah daripada sesuatu wasiat dan, berhubungan dengin hasil daripada sesuatu wasiat, termasuklah suatu tujuan agama atau kebajikan yang tidak bertentangan dengan Hukum Syarak;

“‘dilahirkan hidup” ertinya seseorang yang dilahirkan hidup menurut Hukum Syarak;

“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbirap Perundangan Islam 1989;·
”Hakim” ertinya seorang Hakim Syarie yang dilantik mengikut Enakmen Pentadbiran; .
“Hukum Syarak” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;
“harta” termasuklah harta alih dan tak aUh, apa-apa manfaat dalam apa-apa harta alih atau tak alih, apa-apa hak, kepentingan, hak milik, tuntutan, hak dalarp_ tindakan, sama ada pada masa seka:pmg atau pada masa hadapan
ata”Q yang selainnya memp_unyai nilai menurut Hukum Syarak;
“harta pusaka” ertinya semua harta peninggalan si mati;
“iqrar” ertinya suatu pengakµan yang dibuat oleh seseorang sama ada secara bertulis, lis m atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia ;mempunyai obligasi ata tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak;
“Mahkamah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;
“marad al-maut” ertinya penyakit membawa maut yang berhubungan dengannya syarat-syarat berikut telah dipenuhi—

(a)penyakit itu mestilah menyebabkan kematian si mati;

(b)penyakit itu mestilah menyebabkan kebimbangan kematian dalam mjnda si mati; dan

(c)mestilah terdapat beberapa tanda luaran suatu, penyakit yang

”orang” termasuklah kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak; ·

“orang yang tak ·sempurna akal” ertinya-

(a) ) seseorang yang q.idapati di bawah seksyen_ 10 Ordinan Sakit Otak 1952, sebagai tak sempurna akal da1 tak daya menguruskan dirinya $endiri
dan hal ehwalnya;

(b) seseorang yang diperakui gila. oleh seorang pengamal perubatan dan oleh seorang Peg wai Perubatan di bawah seksyen 4 Ordinan Orang Gila Sabah; dan

( c) seseorang yang didapati di bawah s ksyen 5 Ordinan Kesihatan Mental 1961 Sarawak sebagai tak sempurna akal dan tak daya menguruskan dirinya atau hal ehwalnya,

dan meliputi mana-map.a orang lain yang tak sempurna akal dan yang tak daya menguruskan diri;nya atau hal­ ehwalnya;

”qarinah” ertinya fakta yang mem_punyai kaitan denga:µ fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut
dalarri Enakmen Keterangan Syariah 1996; En. 6196.
“urf ertinya adat atau amalan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama aq.a dalam bentuk perkataan • atau perbuatan;
“wali harta” ertinya seseorang yang bertanggungjawab d.Li”tas pelaksanaan sesuatu wasi.at: dan termasuklah
·s( . orang yang dilantik menjadi wali harta oleh Hakim;
“waris” ertinya seseorang yang mempunyai hak mewarisi harta pusaka menurut Hukum Syarak;
“wasi” ertinya seseorang yang kepadanya diamanahkan pelaksanaan sesuatu dan meliputi seseorang yang disifatkan sebagai dilantik menjadi wasi oleh Mahkamah;
“wasiat” ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

2 [2]

Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi dita rifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan l9.67 hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya niasing-masing oleh Akta itu setakat yang ertinya sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

2 [3]

Bagi mengelakkan keraguan tentang sifat atau tafsiran perkataan dan ungkap n yang digunakan dala;rn Enakmen ini yang disenaraikan dalarp_ Jadual Pertama, rujukan boJehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dalam Jadual itu.

Bahagian

II

Seksyen

8

Tajuk

Wasiat Kepada Tempat-Tempat Ibadat dan Badan Kebajikan.
8

Sesuatu wasiat  boleh  dibuat kepada tempat-tempat ibadat, yayasan kebajikan, institusi akademik atau kepada mana-mana pihak yang boleh mendatangkan  kebajikan umum dan jika wasiat itu tidak menentutkan tujuan penggunaannya, wasiat itu hendaklah digunakan untuk apa-apa jua tujuan kebajikan umum.

Bahagian

II

Seksyen

9

Tajuk

Syarat-Syarat Sesuatu Yang Diwasiatkan.
9 [1]

Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah—

 

(a) sesuatu yang boleh dijadikan pusaka atau boleh menjadi perkara akad semasa hidup pewasiat;

(b) sesuatu yang bernilai;

( c) sesuatu yang boleh dipindahkan selepas kematian pewasiat; dan.

(d) sesuatu yang wujud dan dalam milik pewasiat, jika ditentukan dan, hendaklah wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan.

9 [2]

Sesuatu yang diwasiatkan hendaklah benda yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat atau bidaah.

Bahagian

II

Seksyen

10

Tajuk

Wasiat Atas Manfaat.
10

Sesuatu wasiat boleh dibuat atas sesuatu manfaat korpus harta atau faedah bagi sesuatu benda dan boleh dihuat bagi satu tempoh tertentu atau untuk selama-lamanya.

Bahagian

II

Seksyen

11

Tajuk

Cara-Cara Perwasiatan.
11 [1]

Sesuatu wasiat boleh dihµat dengan cara—

(a) memberi harta atau bahagian yang akan diperolehi melalui pusaka, kepada benefisiari; atau

(b) memberi pinjamah kepada benefisiari sejumlah yang ditentukan daripada harta pusakanya dengan tidak melebihi satu pertiga, melainkan dengan kebenaran semua waris.

11 [2]

Tertakluk  kepada  subseksyen  26(2), seseorang bokh menentukan bahagian masing-masing warisnya dari pusaka dan, jika salah seorang daripada waris itu ditentukan bahagianya dengan melebihi kadar yang ia berhak, harta yang lebih itu hendaklah dianggap sebagai wasiat.

 

Bahagian

II

Seksyen

3

Tajuk

Wasiat Boleh Dibuat Dengan Lisan, Tulisan Atau Isyarat.
3 [1]

Sesuatu wasiat boleh dibuat dengan lisan atau tulisan degan jika orang yang hendak membuat wasiat itu  tidak dapat melakukan  sedemikian,  wasiatnya bolehlah dibuat dengan cara isyarat yang boleh difahami.

3 [2]

Sesuatu wasiat lisan atau wasiat dengan isyarat hendaklah dibuat di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh diterima sebagai saksi menurutHukurri  Syarak.

3 [3]

Sesuatu wasiat bertulis bolehlah dibuat dalam borang yang terdapat dalam Jadual Kedua kepada Enakmen ini.

 

Bahagian

II

Seksyen

4

Tajuk

Pembuktian Wasiat.
4 [1]

Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada  apa-apa wasiat.  tuntutan tentarig keesahan sesuatu wasiat selepas matinya seseorang pewasiat boleh diterima  oleh  Mahkamah melainkai1 ianya disokong oleh dokumen-dokumen yang ditulis atau ditandatangani oleh pewasiat.

4 [2]

Jika terdapat halangan yang besar yang menghalang pengemukaan keterangan dokumentar yang disebut dalam subseksyen (1), wasiat itu bolehlah dibuktikan melalui keterangan  oleh dua orang saksi.

Bahagian

II

Seksyen

5

Tajuk

Wasiat Bersyarat.
5 [1]

Sesuatu wasiat bolehlah dibuat secara mutlak atau tertakluk kepada sesuatu syarat.

5 [2]

Sesuatu wasiat yang tertakluk kepada sesuatu syarat, sama ada yang mengawal cara bagaimana harta atau manfaat sesuatu wasiat itu akan dinikmati atau kelakuan dan aktiviti benefisiari secara umum, adalah sah jika syarat  itu diri adalah sah menurut Hukum Syarak.

5 [3]

Sesuatu syarat kepada sesuatu wasiat adalah sah boleh dikuat kuasakan sekiranya syarat tersebut ialah sesaatu syarat yang memberi faedah yang sah kepada pewasiat atau benefisiari atau orang lain, dan ia tidak dilarang atau bertentangan dengan tujuan syariah.

Bahagian

II

Seksyen

6

Tajuk

Kelayakan Pewasiat.
6 [1]

Seseorang pewasiat hendaklah seseor ng yang-

(a) telah mencapai  umur 18 tahun;

(b) tidak merupakan orang yang tak sempurna akal;

( c) bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa; dan

(d) tidak dilarang daripada menguruskan hartanya.

6 [2]

Seseotang yang tidak layak menjadi pewasiat menurut Hukum Syarak, wasiatnya adalah tidak sah kecuali dengan izin dan kebenaran Mahkamah.

6 [3]

Jika seseorang pewasiat dalam keadaan sakit, dia hendaklah waras fikirannya, baik ingatan dail inemahami semasa wasiat dibuat.

6 [4]

Jika seseorang pewasiat dalam keadaan marad al-maut, wasiatnya hendaklah tidak melebihi dari satu pertiga· dari hartanya dan jika harta yang diwasiatkan itu melebihi satu pertiga, was:iatnya hanya boleh diterima dengan persetujuan semua waris.

Bahagian

III

Seksyen

12

Tajuk

Wasiat Terbatal.
12

Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal jika—

 

(a) pewasiat menjadi seorang yang    ak sempurna akal dan mati dalam keadaan tersebut;

(b) benefisiari mati sebelum pewasiat;

(c) sesuatu yang ditentukan atau manfaat wasiat tersebut telah musnah sebelum kematian pewasiat; dan

(d) pewasiat menarik balik wasiatnya.

Bahagian

III

Seksyen

13

Tajuk

Wasiat Yang Ditahan Menguruskan Hartanya.
13

Sesuatu wasiat tidaklah terbatal semata-mata kerana orang ditahan dari menguruskan hartanya.

Bahagian

III

Seksyen

14

Tajuk

Orang Yang Membunuh Pewasiat Tidak Berhak Kepada Wasiat.
14

Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal sekiranya sesorang  benefisiari dengan sengaja menyebabkan kematian pewasiat, secara langsung atau tidak langsung  sama ada dia bertindak sebagai prinsipal, rakan jenayah atau pesubahat atau sebagai  seorang saksi palsu yang keterangannya menyebabkan hukuman mati ke atas pewasiat dilaksanakan:

Dengan syarat bahawa pembunuhan tersebut adalah dilakukan tanpa hak atau keuzuran syarie dan benefisiari adalah sempurna akal dan telah mencapai umur matang menurut Hukum Syarak.

Bahagian

IV

Seksyen

15

Tajuk

Menarik Balik Wasiat.
15

Sesuatu wasiat boleh ditarik balik keseluruhan atau sebahagiannya dengan-

(a) penarikan balik secara nyata;

(b) penarikan balik secara tersirat; atau

(c) membuat wasiat yang baru yang mengatasi wasiat terdahulu.

15 [2]

Sesuatu wasiat hendaklah dianggap sebagai ditarik balik—

(a) jika pewasiat melakukan sesuatu perbuatan atau mewujudkan suatu keadaan yang menunjukkan dengan qarinah atau urf bahawa dia telah menarik balik wasiatnya; atau

(b) jika pewasiat telah melupuskan hartanya sehingga habis sekali.

Bahagian

IV

Seksyen

16

Tajuk

Perbuatan­-Perbuatan Yang Tidak Boleh Dianggap Sebagaj Penarikan Balik Wasiat.
16

Seseorang hendaklah tidak dianggap sebagai menarik balik wasiatnya atas sebab—

 

(a) penafian wasiat tersebut oleh orang lain;

(b) pewasit telah mengubahsuai bentuk harta yang diwasiatkan; atau

(c) pewasiat melakukan apa-apa perbuatan atau penambahan ke atas harta yang diwasiatkan di mana penambahan tersebut tidak merupakan sesuatu yang bebas dengan sendirinya, kecuali terdapat bukti, sama ada dengan qarinah atau urf, bahawa pewasiat bertujuan dengan perbuatan­ perbuatan atau penambahan itu bertujuan untuk menarik balik wasiatnya.

Bahagian

IX

Seksyen

29

Tajuk

Kuasa Membuat Kaedah-Kaedah.
29

Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta membuat kaedah-kaedah bagi maksud melaksanakan peruntukan kaedah Enakmen ini dan khususnya, tanpa menjeja$kan keluasan peruntukan tersebut, kaedah-kaedah itu bolehlah memperuntukkan bagi—

(a) borang, daftar dan dokumen-dokumen lain yang digunakan berkaitan dengan tindakan atau perkara yang dibuat di bawah atau mengikut Enakmen ini;

(b) bentuk apa-apa sijil, notis atau lain-lain dokumen yang ikehendaki bagi maksud melaksanakan Enakmen ini;

(c) membuat pencarian-pencarian dan memberi salinan-salinan yang diperakui; dan

(d) lain-lain perkara yang perlu bagi maksud melaksanakan Enakmen ini

Bahagian

V

Seksyen

17

Tajuk

Penerimaan Dan Penolakan Wasiat.
17 [1]

Sesuatu wasiat hendaklah berkuat kuasa apabila diterima oleh benefisiari sama ada secara nyata atau tersirat, selepas kematian pewasiat.

17 [2]

Jika seseorang benefisiari ialah seorang kanak-kanak yang belum cukup umur menurut Hukum Syarak, atau orang yang ditegah dari menguruskan hartanya, penerimaannya atau penolakannya hendaklah disempurnakan oleh wali hartanya.

17 [3]

Jika seseorang benefisiari ialah janin, penerimaannya atau penolakannya ;hendaklah disempurnakan oleh wali hartanya:

Dengan syarat janin itu hendaklah dilahirkan hidup.

17 [4]

Jika benefisiari ialah suatu badan yang diperbadankan, penerimaannya dan penolakannya hendaklah dibuat oleh wakil sah badan yang diperbadankan tersebut.

17 [5]

Jika wasiat itu telah dibuat kepada kumpulan orang yang ticiak diperbadankan, penerimaannya dan penolakannya adalah tidak diperlukan dan wasiat itu hendaklah dibahagikan kepada sekurang-kurangnya tiga orang dari kumpulan orang

Jika seseorang benefisiari mati sebelum dia sempat menerima atau menolak wasiat, waris-warisnya hendaklah menentukan sama ada hendak menerima atau menolak wasiat tersebut.

Bahagian

V

Seksyen

18

Tajuk

Tempoh Penerimaan Dan Penolakan Wasiat.
18 [1]

Penerimaan dan penolakan sesuatu wasiat bolehlah  dibuat dalam tempoh tiga puluh hari selepas seseorang benefisiari mengetahui tentang kematian pewasiat dan wujudnya wasiat tersebut:

Dengan syarat benefisiari tersebut tidak mempunyai apa-apa keuzuran yang munasabah yang. menyebabkan kelewatan penerimaan dan penolakannya terhadap wasiat itu.

18 [2]

Seseorang waris ·pewasiat boleh membuat permohonan di Mahkmah untuk mendapat satu perintah mengarahkan seseorang benefisiari menyatakan penerimaan atau penolakannya terhadap sesuatu wasiat.

Bahagian

V

Seksyen

19

Tajuk

Menerima Sebahagian Dari Wasiat.
19

Apabila seseorang benefisiari menerima sebahagian dari wasiat dan  meneolak sebahagian yang lain, bahagian yang diterima itu hendaklah dianggap sah dan bahagian yang ditolak itu hendaklah terbatal.

19 [2]

Apabila terdapat sebahagian dari benefisiari menerimq wasiat dan sebahagian yang lain pula menolaknya, hendaklah dianggap sah bagi mereka yang menerima dan terbatal bagi mereka yang menolakanya.

Bahagian

V

Seksyen

20

Tajuk

Penolakan Sebelum Dan Selepas Pewasiat Mati.
20 [1]

Sesuatu wasiat tidaklah terbatal sekiranya penolakannya dibuat sebelum seseorang pewasiat mati.

20 [2]

Apabila seseorang benefisiari menolak wasiat keseluruhan atau sebahagiannya selepas mati seseorang pewasiat dan pada ketika itu benefisiari itu belum lagi menerimanya, bahagian yang ditolak itu hendaklah terbatal.

20 [3]

Apabila seseorang benefisiari telah menerima wasiat setelah kematian seseorang pewasiat, tetapi selepas itu dia menolaknya keseluruhan atau  sebahagian wasiat itu, penolakan itu hendaklah tidak sah.

Bahagian

V

Seksyen

21

Tajuk

Penerimaan Yang Di Wasiatkan.
21 [1]

Tertakluk kepada  seksyen 17  dan 18, jika seseorang benefisiari wujud semasa kematian seseorang pewasiat, dia hendaklah berhak terhadap harta yang diwasiatkan itu dari masa kematian itu:

Dengan syarat tidak ada masa tertentu, s.elepas kematian tersebut, ditetapkan.

21 [2]

Semua keuntungan atau penambahan kepada harta yang diwasiatkan semenjak dari ia dimiliki sehingga diterimanya hendaklah menjadi hak benefisiari dan tidak dikira sebagai wasiat dan segala perbelanjaan dalam tempoh tersebut adalah tertanggung ke atas benefisiari itu.

Bahagian

VI

Seksyen

22

Tajuk

Wasiat Yang Berhubungan Dengan Benefisiari Yang Belum Wujud.
22 [1]

Sesuatu wasiat boleh dibuat kepada benefisiari yang belum wujud dan kepada sekumpulan benefisiari  tertentu yang sebahagiannya telah wujud dan yang sebahagian lagi belum wujud.

22 [2]

Jika tidak-terdapat benefisiari yang disebut dalam subseksyen (l)  ketika seseorang pewasiat mati, harta atau manfaatt yang diwasiatkan itu hendaklah dibahagikan kepada semua warisnya yang berhak menerima harta pusaka.

22 [3]

Jika terdapat seorang sahaja dari beberapa orang benefisiari semasa pewasiat mati atau selepasnya, harta tersebut hendaklah diberi kepada, benefisiari yang wujud pada masa itu sehingga muncul benefisiari yang lainnya, dan pada masa itu, harta tersebut hendaklah dibahag1kan antara mereka dan jika salah seorang dari mereka mati, bahagiannya hendaklah menjadi harta pusaka.

22 [4]

Jika terdapat seorang benefisiari sahaja, dia hendaklah memperolehi semua harta itu kecuali jika terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pewasiat sebenarnya bertujuan untuk mewasiatkari kepada beberapa orang benefisiari, dan dalam keadaan demikian, yang wujud itu hendaklah diberi bahagiannya sahaja dan bakinya adaklah diberikan kepada waris-waris pewasiat yang lain.

22 [5]

jika sesuatu  wasiat itu dibuat secata berturutan, dan apabila seseorang pewasiat mati, wasiat itu hendaklah diberikan kepada penerima peringkat pertama dan seiepasnya sehingga selesai semua harta itu dan wasiat tersebut akan menjadi harta pusaka semula apabila penerima kedua-dua peringkat itu  telah tidak wujud lagi kecuali telah diwasiatkan untuk diberi kepada benefisiari yang lain selepas kedua-dua peringkat benefisiari tersebut.

Bahagian

VI

Seksyen

23

Tajuk

Wasiat Kepada Pihak Tertentu.
23 [1]

Tertakluk kepada seksyen 22, jika sesµatu wasiat pihak tertentu. telah dibuat kepada sejumlah orang yang tertentu tanpa menyebut nama mereka dan sebahagian daripada mereka telah hilang kelayakan untuk menerima wasiat semasa pewasiat mati, semua harta itu hendaklah dibahagikan kepada benefisiari yang layak sahaja.

23 [2]

Jika ses-uatu wasiat ialah suatu wasiat setara berkongsi antara orang tertentu dan kumpulan atau organisasi atau antara satu kumpulan dan satu organisasi, atau antara mereka semua, setiap orang tertentu dan setiap individu dari kumpulan yang terhad itu dan etiap organisasi yang tidak terhad itu hendaklah berhak memperolehi bahagian masing-masing.

23 [3]

Jika sesuatu wasiat bagi orang, kumpulan orang atau pihak tertentu terbatal, harta yang diwasiatkan yang menjadi bahagian orang, kumpulan orang atau pihak tertentu itu hendaklah menjadi harta pusaka pewasiat.

Bahagian

VI

Seksyen

24

Tajuk

Wasiat Kepada Anak Dalam Kandungan.
24 [1]

Sesuatu wasiat kepada anak  dalam kandungan anak dalam hendaklah sah dalam keadaan-keadaan yang berikut­—

(a) jika seseorang pewasiat membuat iqrar wujudnya anak dalam kandungan semasa dia membuat  wasiat itu, maka anak dalam kandungan itu mestilah dilahirkan dalam fempoh yang sab menurut Hukum Syarak; dan

(b) jika seseorang pewasiat tidak membuat apa-apa iqrar wujudnya anak dalam kandungan dan anak itu dilahfrkan hidup dalam tempoh yang  sah menurut Hukum Syarak dari masa dia membuat wasiat itu dan jika seseorang  perempuan yang mengandungkan anak tersebut sedang dalam iddah talak rajie atau dalam iddah mati atau iddah bain, maka anak dalam kandungan itu mestilah dilahirkan dalam tempoh yang sah menurut Hukum Syarak.

24 [2]

Tertakluk kepada subseksyen (1) wasiat boleh dibuat kepada anak kandungan orang lain sekiranya anak dalam kandungan itu adalah anak yang sah menurut Hukum Syarak  dari keturunan orang tertentu itu.

24 [3]

Harta anak yang belum dilahirkan itu hendaklah disimpan oleh wali harta atau wasinya, mengikut mana yang berkenaan, sehingga, dilahirkan dan selepas itu harta tersebut hendaklah diserahkan kepadanya apabila dia berkelayakan untuk menerimanya.

Bahagian

VI

Seksyen

25

Tajuk

Wasiat Untuk Anak dalam Kandungan Lebih Dari Seorang, Dsb.
25

Jika seseorang perempuan yang mengandung melahirkan, sama ada pada satu masa ata pada masa yang berlainan yang lapnya adalah kurang daripada enam bulan, dua atau lebih atau, wasiat hendaklah—

 

(a) dibahagi sama rata antara mereka, melainkan disyaratkan sebaliknya dalam wasiat itu;

 

(b) jika salah seorang daripada merekadilahirkan mati, anak yang hidup itu hendaklah berhak kepada semua wasiat itu, melainkan disyaratkan sebaliknya dalam wasiat itu; dan

 

(c) jika mana-mana seorang anak itu mati selepas dilahirkan dan sekiranya wasi t itu adalah berhubungan dengan korpus harta, bahagiannya hendaklah berpindah kepada waris-warisnya, dan dalam hal wasiat yang berhubungan dengan manf aat, bahagiannya hendaklah diserahkan kepada waris-waris pewasiat.

Bahagian

VII

Seksyen

26

Tajuk

Wasiat Kepada Waris Dan Bukan Waris.
26 [1]

Jika sesuatu wasiat dibuat kepada seseorang yang bukan waris atas kadar yang tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka pewasiat selepas diselesaikan segala hutangnya, wasiat tersebut hendaklah berkuat kuasa tanpa perlu mendapat apa-apa persetujuan waris-warisnya.

26 [2]

Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris atas kadar yang melebihi satu pertiga, hendaklah tidak berkuat kuasa sehingga diberi persetujuan oleh waris­ warisnya selepas kematian pewasiat.

26 [3]

Sesuatu wasiat yang dibuat oleh orang yang berhutang hanya akan terlaksana setakat harta pusaka yang berbaki selepas dijelaskan segala hutangya.

 

Bahagian

VIII

Seksyen

27

Tajuk

Wasiat Kepada Cucu.
27 [1]

Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa cucu.        wasiat kepada cucunya daripada anak lelakinya yang telah mati  terlebih   dahulu  ·daripadanya   atau  mati   serentak dengannya, maka cucunya itu hendaklah berhak terhadap satu pertiga wasiat dan, sekiranya cucu itu diberi den.gan kadar yang ku:rang dari satu pertiga, haknya hendaklah disempurnakan mengikut kadar  wasiat  wajibah  yang dipe untukkan di bawab seksyen ini.

27 [2]

Kadar wasiat wajibah untuk kanak-k;anak yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah setakat kadar di mana ayahriya berhak daripada harta pusaka datuknya sekiranya diandaikan ayahnya itu mati selepas kematian datuknya:

Dengan syarat wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka simati.

27 [3]

Kanak-kanak tersebut hendaklah tidak berhak kepada wasiat sekiranya dia telah mewarisi daripada datuk atau neneknya, mengikut mana berkenaan, atau datuk atau. neneknya semasa hayatnya, dan tanpa menerima apa-apa  balasan,  telah membuat  wasiat kepada mereka atau telah memberi kepada mereka harta yang bersamaan dengan apa yang mereka sepatutnya menerima menurut wasiat wajibah:

Dengan syarat sekiranya wasiat yang dibuat oleh datuk atau nenek itu kurang daripada bahagian yang sepatutnya dia berhak, haknya hendaklah ditambah sewajamya dan  jika bahagian tersebut adalah melebihi bahagian yang dia berhak, bahagian yang lebih itu hendaklah menjadi ,¥asiat sukarela dengan tertakluk kepada persetujuan waris.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.