Semua Seksyen

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk Ringkas.
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan 65Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), 1988.

Seksyen

2

Tajuk

Tafsiran.
2 [1]

Dalam .Enakmen ini—

“Negeri” Negeri Selangor;

“Orang belum dewasa” ertinya seseorang  yang di bawah umur lapan belas tahun;

“PegaiY.ai bertauliah” ertinya pegawai awam yang bertauliah di .bawah Seksyen O supaya menjalankan kuasa-kuasa pegawai bertauliah di bawah Enakmen ini;

“terbitan” ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah, bahan rakaman bunyi, filem wayang gambar dan apa-apa bahan lain untuk dibaca, dilihat atau didengar walau bagai ana cara pun dihasilkan;

“ugama bukan Islam” ertinya ugama Kristjan, Hindu, Budha, Sikh, Yahudi atau apa-apa variasi, versi, bentuk atau.cabang mana-mana ugama tersebut dan termasuklah apa-apa pegangan, ideoloji, Jalsafah, atau apa-apa· kumpulan atau sistem amalan atau penuna1an- ·

(a) yang manasafah satu daripada sifat-sifatnya ( ialah penyembahan sesuatu wujudan atau kuasa spiritual atau sakti sama ada benar- benar ada atau disangka ada; atau

(b) yang mengakui bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian kebijaksanaan spiritual atau kewujudan spiritual,

iaitu suatu pegangan, ideoloji, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui oleh ugama Islam sebagai berunsur Islam.·

2 [2]

Bagi maksud  Enakmen ini, sesuatu terbitan hendaklah dianggap sebagai terbitan mengenai ugama bukan Islam jika ia dianggap oleh penganut atau–

anggota ugama itu sebagai suatu buku suci atau buku asas atau salah sa u daripada teks-teks penting ugama itu (selepas ini dirujuk sebagai Hbuku – asas ugama”) atau jika pada intipatinya ia adalah suatu terbitan yang-

(a) mengandungi apa-apa kutipan, sedutan, petikart atau salinan sama ada sebahagian atau sepenuhnya daripada buku asas ugama;

(b) memperkatakan sejarah, prinsip, ajaran, sifat, asas, penunaian, upacara, amalresam, kebaikan, dogma, perintah atau organisasi ugama itu;

(c) memperkatakan sesuatu wujudan, kuasa, orang atau benda yang disembah atau disanjung oleh penganut atau anggota ugama itu;

(d) mengandungi cerita, kisah, legenda, dongeng ibarat atau anekdot yang berasaskan, berasal dari atau menjadi asas ugama itu;

(e) bertujuan untuk  memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang supaya menjadi penganut atau anggota ugama itu atau mempelajari atau mencari _ pengetahuan berkenaan dengan ugama itu; atau

(f) bertujuan untuk membawa orang kepada apa­ apa pengetahuan atau sumber pengetahuan mengenai apa-apa perkara yang tersebut di atas.

2 [3]

Walaupun sesuatu terbitan itu adalah terbitan mengenai ugama bukan Islam dengan sebab , ia termasuk di bawah seksyen kecil (2), ia tidaklah menjadi perkara sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini jika terbitan itu pada keseluruhannya adalah untuk kepentingan umat Islam atau ugama Islam.

Seksyen

3

Tajuk

Kriteria Bagi Memutuskan Sama Ada Seseorang Itu Orang Islam.
3

Jika dalam sesuatu pendakwaan bagi suatu kesalahan dibawah Enakmen ini timbul apa-apa soal berkenaan sama ada seseorang itu berugama Islam, soal itu hendaklah diputuskan mengikut kriteria reputasi am, tanpa membuatapa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimanan, kepercayaan, kelakuan, perangai, watak,  perbuatan atau kemungkiran orang itu.

Seksyen

4

Tajuk

Kesalahan Memujuk Mempenga­ruhi Atau Menghasut Orang Berugama Islam Supaya Mengubah Keimanan.
4 [1]

Seseorang·adalah melakukan kesalahan jika dia memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang berugama Islam-

(a) supaya cenderong kepada mana-mana ugama bukan Isla ; atau

(b) supaya menjadi penganut atau anggota mana­ mana ugama bukan Islam; atau

(c) supaya m·eninggalkan atau tidak suka kepada ugama Islam.

4 [2]

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecjl (1) boleh,, apfl.pila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebilti sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

4 [3]

Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang berugama Islam itu telah tidak terpengaruh oleh apa­-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya .

Seksyen

5

Tajuk

Kesalahan Mendedah­kan Orang Belum dewasa Berugama Islam Kepada Pe­ngaruh Ugama Bukan Islam.
5 [1]

Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia menyutuh, menyebabkan, memnjuk, me·mpengaruhi, menghasut, menggalakkan atau· ,membiarkan seorang belum dewasa yang berugama Islam supaya—

(a) menerima ajaran dalam-mana mana ugama bukan Islam; atau

(b) supaya menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah atau aktiviti keugamaan mana-mana ugama bukan Islam; atau .

(c) mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang dijalankan untuk faedah mana-mana ugama bukan Islam atau yang dianjurkan atau dikelolakan oleh apa-apa badan atau institusi yang bertalian dengan .. mana-mana -ugamabukan Islam.

5 [2]

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua­-duanya sekali.

5 [3]

Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang yang dituduh itu tidak mengetahui atau tidak diberitahu oleh sesiapa mengenai ugama orang belum dewasa itu.

Seksyen

6

Tajuk

Kesalahan Mendekati Orang Islam Untuk Men­dedahkannya Kepada Apa­-Apa Ucapan Atau Pertun­jukan Sesuatu Mengenai Ugama Bukan Islam.
6 [1]

Seseorang adalah   melakukan   kesalahan   jika dia—

(a) mengunjungi; atau

(b) mengatur atau berusaha mengadakan suatu perjumpaan dengan; atau

(c) dengan apa-cara lain pun menghubungi, seorang berugama Islam bagi maksud mendedahkan orang berugama Islam itu kepada apa-apa ucapan atau pertunjukan sesuatu mengenai ugama bukan Islam.

6 [2]

Seseorang yang melakukan kesala’han di bawah seksyen kecil(1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua­-duanya sekali.

Seksyen

7

Tajuk

Kesalahari Menghantar Atau Menyerahkan Terbitan­-Terbitan Mengenai Apa-Apa Ugama Bukan Islam Kepada Orang Berugama Islam.
7

Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia—

(a) dari  dalam Negeri menghantar atau menyerahkan atau menyebabkan   dihantar atau diserahkan kepada seorang berugama Islam di dalam atau di luar Negeri atau ;

(b) dari luar Negeri menghantar atau menyebabkan      dihantar atau diserahkan kepada seorang berugama   Islam di dalam Negeri,

apa-apa terbitan atau bahan iklan mengenai apa-apa ugama bukan Islam yang tidak diminta oleh penerima itu.

 

7 [2]

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh, apabila dis.abitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua­-duanya sekali.

7 [3]

Bagi maksud seksyen kecil (1), sesuatu terbitan yang dihantar kepada atau diserahkan di alamat seseorang hendaklah dianggap sebagai dihantar atau diserahkan kepada orang itu.

7 [4]

Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang yang kepadanya terbitan yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan telah membuat permintaan bagi mendapatkannya jika permintaan itu telah didorong oleh orang yang dituduh itu atau oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang dituduh itu.

7

Seksyen kecil (1) tidak terpakai bagi mana-mana pegawai atau pekerja Jabatan Pos yang menghantar atau menyerahkan apa-apa terbitan di dalam menjalankan tugas-tugas rasminya.

Seksyen

8

Tajuk

Kesalahan Membahagi­kan Di Tempat Awam Terbitan Mengenai Ugama Bukan Islam Kepada Orang Ber­ugama Islam.
8 [1]

Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia, dalam masa membahagikan di suatu tempat awam apa-apa terbitan mengenai ugama bukan Islam, dengan sertgaja menyerahkan salinan atau salinan-salinan terbitan itu kepada seorang berugama Islam.

8 [2]

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Seksyen

9

Tajuk

Kesalahan Berhubung Dengan Penggunaan Perkataan­-Perkataan Dan Per­bahasan Tertentu Yang Ber­sumber Islam.
9

Seseorang· adalab melakukan kesalahan jika dia—

(a) dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan; atau

(b) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan awam; atau

(c) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang                  ditujukan kepada mana-mana perhimpunan                  orang; atau

(d) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang diterbit atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat dia tahu, atau munasabahnya patut tahu ianya akan diterbitkan atau disiarkan,

menggunakan mana-mana   perkataan   yang disenaraikan dalam Bahagian I kepada Jadual, atau apa-apa perkataan terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu . fakta, kepercayaan, idea,  konsep,   perbuatan,   aktiviti, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu ugama bukan Islam.

9 [2]

Seseorang yang tidak berugama Islam adalah melakukan kesalahan jika dia, dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen kecil {l), menggunakan mana-mana perbahasaan yang disenaraikan dalam Bahagian II kepada Jadual, kecuali sebagai petikan atau rujukan.

9 [3]

Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyenkecil (1) atau (2) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit.

9 [4]

Raja dalam Mesyuarat boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.

Seksyen

10

Tajuk

Tauliah uUntuk Men­jalankan Kuasa­-Kuasa Pegawai Bertauliah.
10

Raja dalam Mesyuarat boleh secara bertulis mentauliahkan mana-mana pegawai awam supaya menjalankan kuasa-kuasa pegawai bertauliah di bawah Enakmen ini.

Seksyen

11

Tajuk

Kesalahan Boleh Tangkap Dan Kes Boleh Tangkap. N.M.B. Bab6.
11

Semua kesalahan dan kes di bawah Enakmen ini hendaklah disifatkan sebagai kesalahan-kesalahan boleh tangkap dan kes-kes boleh tangkap bagi maksud Kanun Prosedur Jenayah.

 

Seksyen

12

Tajuk

Kuasa Untuk Menyiasat Dan Menangkap.
12

Pegawai bertauliah boleh menyiasat apa-apa kesalahan di bawah, Enakmen ini dan boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyaki telah melakukan mana-mana kesalahan itu.

Seksyen

13

Tajuk

Kuasa Untuk Me­merintah Saksi-Saksi Hadir.
13 [1]

Pegawai bertauliah yangmembuat penyiasatan di bawah Seksyen 12 boleh dengan perintah secara bertulis memerintabkan mana-mana orang yang pada pendapatnya tahuakan hal-hal yang berkaitan dengan kes itu supaya hadir di hadapannya dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana dikehendaki.

13 [2]

Jika mana-mana orang yang dikenakan  perintah di bawah sekseyn kecil (1) mungkir hadir sebagaimana dikehendaki oleh perintah itu, pegawai  bertauliah itu boleh melaporkan kemungkiran itu kepada Majisteret yang boleh mengeluarkan suatu waran untuk mendapatkan kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah itu.

13 [3]

Seseorang  yang hadir sebagaimana diperintah di bawah seksyen kecil (1) adalah berhak dibayar belanja perjalanan dan sara hidup yang berpatutan  yang  di tanggung olehnya.

Seksyen

14

Tajuk

Pemerik­saan Saksi.
14 [1]

Pegawai bertauliah yang membuat penyiasatan di bawah Seksyen 12 boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangka tahu akan fakta-fakta dan hal keadaan yang berkaitan dengan kes itu dan hendaklah menyebabkap apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang disiasat itu ditulis.

14 [2]

Orang itu adalah diwajibkan menjawab semua soalan berhubung dengan kes yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai bertauliah itu

Dengan syarat orang sedemikian itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkemungkinan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau lucut hak.

14 [3]

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah diwajibkan di sisi undang-undang menyatakan apa yang sebenarnya, sama ada atau lidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhan atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan.

14 [4]

Pegawai bertauliah yang memeriksa seseorang di bawah seksyen kecil (1) hendaklah, terlebih dahulu memberitahu orang itu akan peruntukan-peruntukan seksyen kecil (2) dan (3).

14 [5]

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila boleh, ditulis dan hendaklah ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibujarinya mengikut mana yang berkenaan, setelah ianya dibaca kepadanya dalam bahasa dalam mana dia membuatnya dan setelah dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.