Semua Seksyen

Enakmen Industri Berasas Kayu 1985

Bahagian

I - Permulaan

Seksyen

1

Tajuk

Tajuk ringkas dan mula berkuat-kuasa.
1

Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Industri Berasas Kayu 1985, dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Badan Perundangan Negeri melalui pemberitahuan dalam

Bahagian

II - PERLESENAN INDUSTRI-INDUSTRI BERASAS KAYU

Seksyen

3

Tajuk

Larangan terhadap industri berasas kayu kecuali dengan lesen.
3 [1]

Tiada seseorang    pun   boleh menempatkan membina, mendirikan, menubuhkan, mengendalikan suatu industri berasas kayu, kecuali dengan lesen yang dikeluarkan kepadanya oleh Pihak Berkuasa Negeri dan ditandatangani oleh Pengarah.

3 [2]

Seseorang yang menapak, membina, mendirikan, menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan suatu industri berasas kayu, yang melakukan sesuatu perbuatan bagi menempatkan, membina, mendirikan, menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan suatu industri  berasas  kayu tanpa terlebih dahulu mengambil lesen di bawah subseksyen (1) (kemudian daripada ini disebut “lesen” di dalam Enakmen ini) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini.

3 [3]

Seseorang yang membantu, atau terlibat dengan apa-apa cara, di dalam menempatkan, membina, mendirikan, menubuhkan,           mengendalikan, menyenggarakan atau mengurus sesuatu industri berasas kayu yang mengenainya tidak ada suatu lesen yang sah berkuatkuasa adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Enakmen

Bahagian

II - PERLESENAN INDUSTRI-INDUSTRI BERASAS KAYU

Seksyen

4

Tajuk

Permohonan bagi mendapatkan lesen
4 [1]

Permohonan bagi sesuatu lesen hendaklah di dalam borang yang ditetapkan, dan hendaklah mengandungi butir-butir dan keterangan yang ditetapkan.

4 [2]

Pihak Berkuasa Negeri atau Pengarah boleh menghendaki pemohon memberikan butir-butir atau keterangan lanjut berkaitan dengan sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen itu sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Pengarah.

Bahagian

II - PERLESENAN INDUSTRI-INDUSTRI BERASAS KAYU

Seksyen

5

Tajuk

Terma-terma dan syarat- syarat sesuatu lesen.
5 [1]

Sesuatu lesen hendaklah di dalam bentuk yang ditetapkan dan, tertakluk kepada Enakmen ini, hendaklah tertakluk kepada terma-terma, syarat-syarat dan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam lesen itu dan, setakat yang tidak  berlawanan dengannya, kepada mana-mana terma, syarat atau peruntukan lain yang ditetapkan.

5 [2]

Sesuatu lesen hendaklah tertakluk kepada pembayaran fee-fee, caj-caj atau jumlah yang berkala sebagaimana yang ditentukan di dalam lesen dan, jika tidak ditentukan, sebagaimana yang ditetapkan.

Bahagian

II - PERLESENAN INDUSTRI-INDUSTRI BERASAS KAYU

Seksyen

6

Tajuk

Jaminan lesen
6 [1]

Pihak Berkuasa Negeri boleh menghendaki, sebelum sesuatu lesen dikeluarkan, supaya suatu jaminan sebagaimana yang ditetapkan olehnya, diberikan atau sejumlah wang sebagaimana yang akan ditetapkan olehnya didepositkan dengan Kerajaan Negeri, bagi pematuhan wajar terma-terma, syarat- syarat dan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam lesen dan peruntukan-peruntukan Enakmen  ini.

6 [2]

Tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan lain Enakmen ini, di mana terdapat pelanggaran mana- mana terma, syarat atau peruntukan yang terkandung dalam sesuatu lesen atau pelanggaran mana-mana peruntukan Enakmen ini, keseluruhan jaminan atau deposit itu, atau sebahagian daripadanya sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri, akan terlucuthak kepada Kerajaan Negeri jika selepas seseorang pemegang lesen diberi peluang untuk didengar ia tidak dapat memuaskan hati  Pihak Berkuasa Negeri bahawa jaminan atau deposit atau sebahagian daripada jaminan atau deposit itu tidak boleh dilucuthakkan.

Bahagian

II - PERLESENAN INDUSTRI-INDUSTRI BERASAS KAYU

Seksyen

7

Tajuk

Penyata dan rekod
7

Seseorang pemegang lesen hendaklah menyenggarakan dan memberikan penyata-penyata dan maklumat berkenaan dengan aktiviti-aktiviti yang mengenainya lesen itu diberikan sebagaimana dinyatakan dalam lesen itu, atau sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa, atau sebagaimana yang dikehendaki secara  bertulis oleh Pihak Berkuasa Negeri atau Pengarah supaya disenggarakan atau

Bahagian

II - PERLESENAN INDUSTRI-INDUSTRI BERASAS KAYU

Seksyen

8

Tajuk

Tempoh sesuatu lesen.
8 [1]

Sesuatu lesen hendaklah dikeluarkan bagi sesuatu tempoh yang dinyatakan di dalam lesen itu, dan hendaklah, jika telah dinyatakan di dalam lesen itu, boleh diperbaharui bagi suatu tempoh atau tempoh-tempoh selanjutnya yang sebagaimana yang dinyatakan di dalam lesen itu.

8 [2]

Kecuali sebagai;nana yang ditetapkan selainnya, sesuatu lesen akan luput apabila pemegang lesen itu mati (jika ia seorang orang sebenar) atau apabila pemegang lesen dibubarkan (jika ia bukan orang sebenar).

Bahagian

II - PERLESENAN INDUSTRI-INDUSTRI BERASAS KAYU

Seksyen

9

Tajuk

Larangan terhadap penyerah- hakkan pemindahan milik, surat kuasa wakil, dll.
9 [1]

Sesuatu lesen tidak boleh diserahhakkan atau dipindahmilikkan dengan apa-apa cara atau dalam apa- apa bentuk. dan apa-apa hak di bawah atau mengenai lesen itu tidak boleh diberikan, atau dilupuskan, atau diserahkan kepada mana-mana orang pemegang lesen, kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara bertulis oleh Pihak Berkuasa Negeri, dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri semasa memberikan kebenaran itu.

9 [2]

Seseorang pemegang lesen tidak boleh memberi apa-apa surat kuasa wakil atau melantik wakil mengenai lesen itu, atau mengenai apa-apa hak di bawah lesen itu, kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri semasa memberikan kebenaran itu.

Bahagian

II - PERLESENAN INDUSTRI-INDUSTRI BERASAS KAYU

Seksyen

10

Tajuk

Pemegang lesen hendaklah mematuhi undang-undang Persekutuan; syarat- syarat atau sekatan-sekatan di bawah undang- undang Persekutuan/ mengatasi.
10 [1]

Pengeluaran sesuatu lesen tidak melepaskan pemegang lesen daripada mematuhi mana-mana undang-undang Persekutuan  yang  berhubungan dengan aktiviti-aktiviti yang baginya lesen itu dikeluarkan.

10 [2]

Sesuatu lesen tidak boleh mengandungi apa-apa syarat atau sekatan yang bertentangan atau yang tak selaras dengan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan ke atas mana-mana lesen lain yang telah dikeluarkan kepada pemegang lesen di bawah mana- mana undang-undang Persekutuan yang berkaitan dengan aktiviti itu dan apa-apa syarat atau  sekatan yang bertentangan atau yang tak selaras dengan syarat- syarat atau sekatan-sekatan’berkenaan adalah tidak sah setakat mana syarat atau sekatan itu bertentangan atau tak selaras

Bahagian

II - PERLESENAN INDUSTRI-INDUSTRI BERASAS KAYU

Seksyen

11

Tajuk

Kuasa menggantung atau membatalkan lesen
11 [1]

Jika Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai    bahawa     pemegang lesen itu telah melanggar mana-mana terma, syarat atau peruntukan lesen, atau  mana-mana  peruntukan Enakmen ini, dia boleh menghendaki pemegang lesen hadir di hadapannya dan memberikan sebab mengapa lesennya tidak patut digantung atau dibatalkan.

11 [2]

Seseorang yang dikehendaki menunjukkan

sebab di bawah subseksyen (1)—

(a) hendaklah diberi oleh Pengarah secara bertulis butir-butir alasan-alasan yang berasaskannya lesen itu dicadangkan akan digantung atau dibatalkan;

(b)       hendaklah diberi notis tidak kurang daripada empat belas hari sebelum perbicaraan di hadapan Pengarah mengenai cadangan untuk menggantung atau membatalkan lesen; dan

(c) boleh   hadir  sendiri  di  perbicaraan  itu  oleh orang yang diberi kuasa olehnya secara bertulis.

11 [3]

Jika selepas perbicaraan itu Pengarah berpuas hati bahawa seseorang yang dikehendaki untuk memberi sebab telah melanggar mana-mana terma, syarat, atau peruntukan lesen, atau mana-mana peruntukan Enakmen ini, dia boleh—

(a)      menggantung lesen itu bagi sesuatu )empoh sebagaimana yang ditentukan olehnya; atau

(b) membatalkan lesen itu mulai dari sesuatu tarikh sebagaimana yang dinyatakan

11 [4]

Jika seseorang itu terkilan dengan sesuatu keputusan di bawah subseksyen (3), dia boleh dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan itu merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri da

Bahagian

III - PENGUATKUASAAN

Seksyen

12

Tajuk

Kuasa menangkap tanpa waran.
12 [1]

Seseorang   pegawai      hutan yang  berpangkat tidak rendah   daripada    Penolong   Pegawai   Hutan Daerah atau seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai telah melakukan kesalahan di        bawah       Enakmen    ini          jik    oran  itu en menyatakan nama dan alamatnya atau jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah menyatakan nama palsu atau alamat palsu atau bahawa dia mungkin melarikan diri

12 [2]

Apabila seseorang telah ditangkap di bawah subseksyen (1) dia hendaklah diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Prosedur Jenayah.

Bahagian

III - PENGUATKUASAAN

Seksyen

13

Tajuk

Kuasa menyiasat.
13

Seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, atau seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, boleh, berhubung dengan apa-apa penyiasatan mengenai apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini, menjalankan, tanpa perintah Pendakwa Raya, kuasa-kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis yang diperuntukkan oleh Kanun Prosedur Jenayah dalam kes boleh

Bahagian

III - PENGUATKUASAAN

Seksyen

14

Tajuk

Kuasa menyita.
14

Seseorang pegawai hutan atau pegawai polis boleh menyita-

(a) apa-apa jua artikel atau benda yang dianggapnya perlu disita berkaitan dengan keterangan yang perlu untuk membuktikan suatu kesalahan yang dilakukan di bawah Enakmen ini;

(b) apa-apa kayu atau kayu ditukar bentuk yang mengenainya telah ada atau ada sebab munasabah   bagi   mengesyaki   bahawa   telah berlaku suatu kesalahan di bawah Enakmen ini;

(c) apa-apa jentera atau kumpulan jentera, atau bekas, pekej atau alat pengangkutan yang telah digunakan berkaitan dengan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen  ini  atau  yang di dalamnya apa-apa yang  digunakan berkaitan dengan sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini telah dijumpai;

(d)       apa-apa alat, buku, dokumen atau benda lain yang dengan munasabahnya dipercayai ada kaitan dengan apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini.

Bahagian

III - PENGUATKUASAAN

Seksyen

15

Tajuk

Kuasa menggeledah.
15

Jika pada hemat mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah, atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor terdapat sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana benda yang boleh disita di bawah perenggan (a), (b), (c) dan (d), seksyen 14 boleh ditemui di- mana-mana kilang, bangunan, binaan, premis, tanah, alat pengangkutan, atau tempat lain, dia boleh di waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan memasuki tempat itu dan menyiasat, menyita dan memindahkan benda itu, dan untuk berbuat demikian, dia boleh—

(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam, atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau galangan-galangan lain yang menghalang kemasukan ke tempat-tempat itu;

(b) memindahkan secara paksa mana-mana galangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan itu; dan

(c) menahan mana-mana orang yang dijumpai di dalamnya atau di situ sehingga kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan telah selesai dijalankan.

Bahagian

III - PENGUATKUASAAN

Seksyen

16

Tajuk

Kewajipan pegawai yang menyita.
16

Apabila apa-apa benda disita di bawah Enakmen ini pegawai yang menyita hendaklah dengan serta- merta—

(a)       meletakkan pada benda itu atau pada bekas atau pekej yang mengandungi benda itu suatu tanda yang menunjukkan bahawa benda itu telah disita; dan

(b) memberi notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan-alasannya kepada pemunya benda tersebut, jika diketahui, sama ada dengan menghantar apa-apa notis kepadanya sendiri atau melalui pos, atau meninggalkannya di tempat kediamannya jika diketahui.

Bahagian

III - PENGUATKUASAAN

Seksyen

17

Tajuk

Merobah dll, barang-barang yang disita di bawah Enakmen ini.
17

Mana-mana orang yang, kecuali semasa menjalankan tugas rasminya di bawah Enakmen ini, merobah, memindahkan, merosakkan atau memusnahkan apa-apa benda yang disita di bawah Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya denda dan penj’ara

Bahagian

III - PENGUATKUASAAN

Seksyen

18

Tajuk

Pelucuthakkan barang- barang yang disita.
18 [1]

Apa-apa benda yang disita di bawah Enakmen ini boleh dikenakan lucuthak.

18 [2]

Jika apa-apa benda telah disita di bawah Enakmen ini, seseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Pegawai Hutan Daerah boleh, mengikut budi bicaranya, melepaskan untuk sementara benda itu kepada pemunya benda tersebut apabila diberi jaminan yang memuaskan hatinya bahawa benda itu akan diserahkan kepadanya apabila diminta atau dibawa ke hadapan mahkamah di mana beliau atau mahkamah boleh menghendakinya

18 [3]

Suatu perintah bagi melucuthakkan atau bagi melepaskan apa-apa benda yang boleh dikenakan lucuthak di bawah Enakmen ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan mengenai benda itu telah diadakan dan suatu perintah bagi melucuthakkan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati  mahkamah  bahawa suatu kesalahan di bawah Enakmen ini telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal perkara, atau telah digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu

18 [4]

Jika tiada apa-apa pendakwaan mengenai benda yang disita di bawah Enakmen ini, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucuthak apabila tamat tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika sebelum tarikh itu mana-mana orang yang mendakwa bahawa dia adalah pemunya benda itu dan bahawa benda itu tidak boleh dikenakan lucuthak telah dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberi notis bertulis kepada pegawai hutan atau pegawai polis yang dalam miliknya benda itu berada menyatakan bahawa dia menuntut benda itu.

18 [5]

Apabila notis di ba›tah subseksyen (4) diterima, pegawai hutan atau pegawai polis, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Pengarah yang boleh mengarahkan supaya benda itu dilepaskan atau boleh mengarahkan pegawai itu merujukkan perkara itu kepada Mahkamah Sesyen untuk diputuskan.

18 [6]

Yang Dipertua Mahkamah Sesyen yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang mendakwa bahawa dia adalah pemunya benda itu serta orang yang da¿ipadanya benda itu disita supaya  hadir di hadapannya dan apabila orang itu hadir atau ingkar hadir Yang Dipertua itu hendaklah meneruskan pemeriksaan ke atas perkara itu, dan apabila terbukti bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Enakmen ini dan bahawa benda itu adalah hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilucuthakkan atau jika tidak ada bukti boleh memerintahkan supaya benda itu dilepaskan

18 [7]

Semua benda yang dilucuthakkan di bawah Enakmen ini hendaklah diserahkan kepada Pegawai Hutan Daerah dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Pengarah

18 [8]

Jika apa-apa benda yang disita di bawah Enakmen ini adalah daripada jenis mudah rosak atau adalah tertakluk kepada reput yang cepat dan semulajadi atau jika penjagaan benda itu melibatkan perbelanjaan dan kesulitan yang tidak  munasabah, atau dipercayai menyebabkan galangan atau bencana kepada orang awam, Pengarah boleh mengarahkan supaya benda itu dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan dipegang ‘bagi mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan  atau  tuntutan  di bawah seksyen ini.

Bahagian

III - PENGUATKUASAAN

Seksyen

19

Tajuk

Tiada kos, ganti rugi dsb., kerana penyitaan
19

Tiada seorang pun boleh dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah mengenai penyitaan apa-apa benda yang disita dalam menjalankan kuasa-kuasa yang diberi di bawah Enakmen  ini  berhak  mendapat  kos  prosiding  itu atau apa-apa ganti rugi atau Kelif lain selain daripada perintah bagi memulangkan benda itu atau membayar nilainya jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau yang mungkin.

Bahagian

III - PENGUATKUASAAN

Seksyen

20

Tajuk

Kuasa-kuasa lain seseorang pegawai hutan.
20 [1]

Bagi maksud melaksanakan peruntukan- peruntukan Enakmen ini, sGseorang pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan mempunyai kuasa—

  • memasuki, memeriksa dan menyelidiki pada bila-bila yang munasabah, mana-mana loji, kilang, bangunan,   binaan,   establismen, tempat atau premis yang dikehendaki dilesen di bawah Enakmen ini;
  • menghendaki seseorang yang menjadi pemunya, atau yang mengendalikan, atau yang bertanggungjawab atas mana-mana industri berasas kayu memberinya maklumat yang dianggapnya perlu atau mengemukakan apa-apa rekod atau dokumen yang disimpan menurut Enakmen ini atau mengenai industri berasas kayu itu, dan memeriksa, meneliti dan membuat salinan mana-mana rekod atau dokumen itu;
  • menghendaki sesiapa yang ditemuinya dalam sesuatu loji, kilang, bangunan, binaan, establismen, tempat atau premis di mana suatu industri berasas kayu dijalankan memberinya maklumat yang difikirkannya perlu bagi menentukan identiti pemunya, pengendali atau orang yang bertanggungjawab atas industri tersebut;
  • menjadikan apa-apa jentera yang digunakan dalam mana-mana industri berasas kayu yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan Enakmen ini tidak dapat dikendalikan dengan mengelaknya atau dengan apa-apa cara lain; dan
  • menghendaki mana-mana pemegang lesen atau pemunya mana-mana industri berasas kayu merobohkan apa-apa bangunan, binaan atau mana-mana bahagian daripadanya, atau memindahkan apa-apa jentera yang disimpan atau digunakan di dalamnya, yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan Enakmen ini.
20 [2]

Pemunya, pemegang lesen, atau mana-mana orang yang mengendalikan atau yang bertanggungjawab atas mana-mana industri berasas kayu hendaklah memberikan bantuan sebagaimana yang dikehendaki oleh seseorang pegawai hutan dalam menjalankan kuasa-kuasanya di bawah seksyen

20 [3]

Mana-mana orang yang—

  • dengan sengaja melengahkan, menggendala- kan atau menghalang seseorang pegawai hutan dalam menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen ini;
  • enggan memberikan bantuan sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai itu dalam menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen ini; atau
  • tanpa alasan yang munasabah, tidak atau enggan mengemukakan apa-apa rekod atau dokumen yang dikehendaki oleh pegawai itu dalam menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen ini atau yang, semasa mengemukakan apa-apa maklumat, rekod atau dokumen yang dikehendaki, dengan disedarinya atau dengan melulu membuat apa- apa pernyataan yang palsu dalam sesuatu butir material atau yang dengan disedarinya mengemukakan apa-apa rekod atau dokumen yang palsu dalam sesuatu butir material,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya denda dan penjara itu.

Bahagian

III - PENGUATKUASAAN

Seksyen

21

Tajuk

Kuasa menahan dan menggeledah alat-alat pengangkutan
21 [1]

Jika mana-mana pegawai hutan yang berpangkat tidak rendah daripada Pengawas Hutan  atau mana-mana pegawai polis mengesyaki dengan munasabah bahawa mana-mana alat pengangkutan sedang membawa apa-apa benda melanggar Enakmen ini sedang atau telah dilakukan, dia boleh menahan dan memeriksa alat pengangkutan itu.

21 [2]

Orang yang mengawal atau bertanggungjawab atas alat pengangkutan itu hendaklah, jika dikehendaki berbuat begitu oleh pegawai hutan atau pegawai polis itu—

(a) memberhentikan alat pengangkutan tersebut dan memsenarkan pegawai hutan atau pegawai polis itu memeriksanya; dan

(b) membuka semua bahagian alat pengangkutan untuk diperiksa dan mengambil langkah yang perlu bagi membolehkan atau memudahkan pemeriksaan yang difikirkan perlu dibuat oleh pegawai hutan atau pegawai polis itu

21 [3]

Mana-mana orang yang, tanpa sebab yang munasabah, tidak atau enggan mematuhi apa-apa kehendak pegawai hutan atau pegawai polis di bawah subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara itu.

Bahagian

IV - PELBAGAI

Seksyen

22

Tajuk

Kuasa Pengarah untuk mendakwa, atau membawa atau membela tindakan- tindakan dsb.
22 [1]

Pengarah boleh mendakwa sesuatu kesalahan, atau membawa atau membela sesuatu tindakan, guaman atau prosiding lain berhubung dengan apa-apa perkara, di bawah Enakmen ini.

22 [2]

Dalam sesuatu pendakwaan, tindakan, guaman atau prosiding lain yang seksyen ini terpakai baginya, Pengarah boleh hadir sendiri, atau boleh diwakili oleh seseorang Peguam Persekutuan, Penasihat Undang- undang Negeri, peguambela dan peguamcara atau pegawai hutan.

Bahagian

IV - PELBAGAI

Seksyen

23

Tajuk

Kesalahan- kesalahan yang dilakukan oleh perbadanan.
23

Jika orang yang dipertuduh melakukan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini adalah suatu perbadanan, trap-tiap orang yang, pada masa berlakunya kesalahan sedemikian, adalah seorang pengarah atau pegawai perbadanan itu boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan perbadanan itu dan jika perbadanan itu disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan, tiap- tiap pengarah atau pegawai sedemikian hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia mengambil pengawasan yang munasabah untuk mencegah berlakunya kesalahan sedemikian

Bahagian

IV - PELBAGAI

Seksyen

24

Tajuk

Kesalahan- kesalahan yang dilakukan oleh Pekongsi, pengkhidmat- pengkhidmat atau ejen.
24

Seseorang yang boleh dikenakan penalti kerana sesuatu yang dilakukan, atau ditinggalkan daripada dilakukan, atau apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya sendiri, boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan, atau jika kesalahan itu telah dilakukan, oleh pekongsinya, ejennya atau pengkhidmatnya melainkan jika dia membuktikan yang dia telah mengambil pengawasan yang munasabah untuk mencegah perkara itu daripada dilakukan atau mencegah terjadinya peninggalan itu, atau berlakunya kesalahaH itu.

Bahagian

IV - PELBAGAI

Seksyen

25

Tajuk

Kad kuasa
25 [1]

Tiap-tiap pegawai hutan apabila bertindak di bawah Enakmen in hendaklah, apabila diminta, menyatakan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya dia mencari apa-apa maklumat kad kuasa yang diarahkan oleh Pengarah supaya dibawa oleh pegawai

25 [2]

Tidaklah   menjadi   kesalahan   bagi   seseorang enggan mematuhi sesuatu permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh seseorang pegawai hutan yang  bertindak  atau  berupa sebagai  bertindak  di bawah Enakmen ini jika pegawai itu enggan menyatakan jawatannya dan mengeluarkan kad kuasanya apabila dituntut oleh orang yang sedemikian.

Bahagian

IV - PELBAGAI

Seksyen

26

Tajuk

Perlindungan kepada pegawai- pegawai hutan, pegawai- pegawai polis dan orang-orang lain.
26

Tiada apa-apa tindakan atau pendakwaan boleh dibuat, dibawa atau disenggarakan di mana-mana mahkamah terhadap seseorang pegawai hutan atau pegawai polis sama ada secara sendiri atau atas sifat rasminya kerana atau oleh sebab atau berkenaan dengan sesuatu tindakan yang diperintahkan atau dilakukan olehnya atau yang berupaya sebagai telah diperintahkan atau dilakukan olehnya bagi maksud menguatkuasakan Enakmen ini, dan tiada apa-apa guaman atau pendakwaan boleh dibuat di mana-mana mahkamah terhadap seseorang lain kerana atau oleh sebab atau berkenaan dengan sesuatu tindakan yang dilakukan atau yang berupa sebagai telah dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan seseorang pegawai hutan atau pegawai polis yang diberikan bagi apa-apa maksud seperti yang tersebut terdahulu

Dengan syarat bahawa tindakan pegawai atau orang itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan yang munasabah bahawa tindakan itu perlu bagi maksud yang dicadangkan akan dihasilkan olehnya.

Bahagian

IV - PELBAGAI

Seksyen

27

Tajuk

Penalti
27

Jika  seseorang   melakukan   kesalahan   di bawah Enakmen ini yang tiada apa-apa penalti dinyatakan baginya,    dia    boleh,        apabila disabitkan, dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang tidak melebihi satu tahun, atau denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit, atau kedua-duanya penjara dan denda itu.

Bahagian

IV - PELBAGAI

Seksyen

28

Tajuk

Kuasa membuat Kaedah- kaedah.
28

Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah- kaedah yang didapatinya perlu atau bermanfaat bagi menjalankan peruntukan-peruntukan Enakmen  ini, dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan seksyen ini, kaedah-kaedah sedemikian boleh—

  • menetapkan cara memohon sesuatu lesen di bawah Enakmen ini, borang atau borang- borang yang hendak digunakan, butir-butir yang perlu diberikan oleh seseorang pemohon, fee-fee, caj-caj, atau bayaran-bayaran berkala yang kena dibayar dan syarat-syarat atau sekatan-sekatan yang akan dikenakan atau lesen itu;
  • menetapkan standard-standard dan cara-cara mengering, mengawet, menyimpan, memberkas dan membungkus kayu;
  • menetapkan standard-standard minimum bagi penyenggaraan dan pengendalian apa-apa jentera yang digunakan oleh mana-mana industri berasas kayu
  • menetapkan kaedah-kaedah pembuangan sisa-sisa, cecair keluar dan benda atau bahan industri lain yang terbit daripada atau berhubungan dengan industri berasas kayu;
  • menetapkan standard-standard dan spesifikasi-spesifikasi minimum bagi bangunan-bangunan, alat jentera dan susunatur kilang bagi industri berasas kayu;
  • menetapkan standard-standard minimum bagi kebersihan dan keselamatan yang perlu dipelihara oleh industri berasas kayu;
  • menetapkan prosedur bagi menghentikan perjalanan dan bagi mengelak, mana-mana tempat, premis, bangunan, atau binaan di  mana industri berasas kayu sedang dijalankan, atau apa-apa jentera yang digunakan di dalam menjalankan industri tersebut dan  bentuk notis yang dikehendaki baginya;
  • membuat peruntukan bagi memberhentikan, memeriksa, menanda, menahan dan melaporkan apa-apa kayu ditukar bentuk yang dalam perjalanan;
  • membuat peruntukan bagi kesalahan- kesalahan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini dan supaya orang- orang yang didapati bersalah di atas kesalahan- kesalahan itu, apabila disabitkan boleh dikenakan penjara selama tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau denda yang tidak melebihi dua ribu ringgit, atau kedua-duanya penjara dan denda itu;
  • menetapkan apa jua yang boleh atau yang dikehendaki  ditetapkan  di  bawah   Enakmen ini.

Bahagian

IV - PELBAGAI

Seksyen

29

Tajuk

Kecualian bagi lesen- lesen yang sedia ada.
29 [1]

Walaupun Enakmen Hutan Negeri Selangor Tahun 1934 telah dimansuhkan oleh Akta Perhutanan Negara 1984, setiap lesen berkenaan dengan suatu industri berasas kayu yang dikeluarkan di bawah Enakmen tersebut, yang sah sebelum sahaja Akta itu berkuatkuasa, hendaklah terus berkuatkuasa dan hendaklah disifatkan telah dikeluarkan di bawah Enakmen ini dan hendaklah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

29 [2]

Peruntukan-peruntukan di bawah seksyen 11 berkaitan  dengan  penggantungan  dan   pembatalan lesen hendaklah digunakan bagi semua lesen yang disifatkan di bawah subseksyen (1) telah dikeluarkan di bawah Enakmen ini.

Bahagian

IV - PELBAGAI

Seksyen

30

Tajuk

Terhentinya perundangan subsidiari berhubungan dengan industri berasas kayu yang dibawah Enakmen Hutan.
30

Apabila Enakmen ini mula berkuatkuasa, semua kaedah dan perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Enakmen Hutan Negeri Selangor 1934 berhubungan dengan apa-apa aktiviti yang berada di bawah skop industri berasas kayu hendaklah terhenti daripada

Bahagian

IV - PELBAGAI

Seksyen

31

Tajuk

Kuasa Pihak Berkuasa Negeri membentuk peruntukan- peruntukan peralihan tambahan
31

Pihak Berkuasa Negeri boleh melalui perintah yang disiarkan di dalam Warta membuat apa-apa peruntukan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau bermanfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang disebabkan oleh berkuatkuasanya Enakmen ini, sesuatu perintah sedemikian  boleh dibuat supaya berkuatkuasa mulai dari mula berkuatkuasanya Enakmen ini.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.