HAIWAN TERBIAR
14) HAIWAN TERBIAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila terangkan dasar dan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kerajaan berkenaan dengan pengurusan haiwan-haiwan terbiar di peringkat PBT dan apakah sebabnya sekiranya dasar dan pekeliling yang seragam tidak dapat disediakan sehingga sekarang?
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan sebarang dasar atau pekeliling berasingan untuk pengurusan haiwan terbiar peringkat PBT sebaliknya menggunapakai Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Bilangan 5 Tahun 2014, berkenaan Tatacara Operasi Piawaian (SOP) penangkapan dan pelupusan anjing terbiar di kawasan PBT Selangor melalui surat bertarikh 4 Mac 2015 dan telah pun diedarkan kepada semua PBT di Selangor. Walau bagaimanapun, bagi menguruskan haiwan-haiwan terbiar di peringkat PBT ia tertakluk peruntukan Undang-Undang Kecil yang digunapakai di PBT masing-masing.
