UNIT INTEGRITI

22) UNIT INTEGRITI

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kes aduan yang telah diterima oleh unit integriti di setiap agensi kerajaan sejak penubuhan?

    Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Julai 2014. Sejak penubuhannya, sebanyak 237 kes aduan integriti telah direkodkan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 205 kes telah diselesaikan. Statistik penuh mengenai aduan-aduan terhadap agensi dan jabatan yang diterima oleh Unit Integriti adalah seperti di Jadual 1 di bawah :

    Jadual 1 : Statistik Kes Aduan Integriti di Unit Integriti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (2014 – 2017)

    BIL. PERKARA 2014* 2015 2016 2017**
    1. ADUAN 13 84 91 49
    2. SELESAI 13 80 87 25
    3. DALAM TINDAKAN 0 0 0 24
    4. TIDAK BERKENAAN 0 4 4 0
    5. ·      Rujuk kepada agensi penguatkuasa (SPRM) 0 17 6 4
    6. ·      Dapatkan maklumbalas daripada Jabatan 1 48 62 25
      o   Tunggu maklumbalas Jabatan 0 0 0 8
    7. ·      Aduan yang dirujuk ke Unit Tatatertib 0 9 5 2
    8. ·      Tindakan Pengesanan & Pengesahan 7 45 34 25
    9. ·      Rujuk Jabatan 65 85 44

                Nota :               *Sejak 1 Julai 2014

    **Sehingga 14 Julai 2017

Lampiran

Tiada Lampiran.