PERBELANJAAN EARLY INTERVENTION PROGRAM (EIP)
29) PERBELANJAAN EARLY INTERVENTION PROGRAM (EIP)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bagaimanakah RM3 juta yang diperuntukkan untuk Early Intervention Program (EIP) di bajet 2017 dibelanjakan?
Kerajaan Negeri Selangor melalui pembentangan Belanjawan 2017 telah bersetuju dan meluluskan sejumlah RM3.0 juta untuk menjayakan Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme – EIP) sebagai langkah dalam mewujudkan masyarakat penyayang (Ucapan Bajet, 2017). Program ini adalah bertujuan untuk menyediakan pendidikan dan perkhidmatan terapi yang diperlukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas seperti fisioterapi, occupational therapy, speech therapy dan hydrotherapy.
Melalui peruntukan yang diluluskan, Kerajaan Negeri telah menzahirkan sokongan dan komitmen dalam membantu pihak institusi dan badan kebajikan dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan Early Intervention Programme – EIP yang terbaik kepada kanak-kanak yang berkeperluan khas. Bantuan yang diberikan ini juga adalah diharapkan dapat membantu dalam menampung kos-kos yang berkaitan dengan pelaksanaan program intervensi awal kanak-kanak tersebut.
Sehubungan itu, institusi dan badan kebajikan yang ingin mendapatkan bantuan EIP ini, bolehlah membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan.
