HAK MILIK STRATA
21) HAK MILIK STRATA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah bangunan yang masih belum memperolehi hak milik strata mengikut daerah.
- Untuk makluman YB Kinrara, jumlah skim pembangunan yang telah memperoleh hak milik strata adalah sebanyak 8,851 skim yang melibatkan sejumlah 525,025 hak milik secara
Walau bagaimanapun, siasatan oleh pihak PTGS mendapati bahawa terdapat 276 skim pembangunan yang layak mengemukakan permohonan, tetapi pihak pemaju atau pemilik tanah masih belum mengemukakan permohonan bagi memperoleh hak milik strata. Di samping itu juga, PTGS sedang menyemak status 849 skim pembangunan lagi bagi menentukan sama ada layak untuk membuat permohonan hak milik strata.
Statistik skim pembangunan yang belum mempunyai hak milik strata mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti berikut:
BIL
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
JUMLAH SKIM
BELUM MEMOHON STRATA MASIH DALAM SIASATAN 1 Majlis Bandaraya Shah Alam 227 10 20 2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 212 17 169 3 Majlis Perbandaran Subang Jaya 284 28 134 4 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 269 60 38 BIL
PIHAK BERKUASA TEMPATAN
JUMLAH SKIM
BELUM MEMOHON STRATA MASIH DALAM SIASATAN 5 Majlis Perbandaran Kajang 306 38 100 6 Majlis Perbandaran Klang 258 24 72 7 Majlis Perbandaran Selayang 310 10 222 8 Majlis Perbandaran Sepang 299 59 45 9 Majlis Daerah Hulu Selangor 86 26 11 10 Majlis Daerah Sabak Bernam 2 0 2 11 Majlis Daerah Kuala Langat 35 4 29 12 Majlis Daerah Kuala Selangor 19 0 7 JUMLAH BESAR 2,307 276 849
