KES ROGOL DAN GANGGUAN SEKSUAL
22) KES ROGOL DAN GANGGUAN SEKSUAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila berikan senarai penuh dengan hospital di Selangor yang dilengkapi oleh One Stop Crisis Center (OSCC).
Sumber daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menyatakan bahawa kesemua hospital kerajaan di Selangor mempunyai melaksanakan program One Stop Crisis Centre (OSCC) – Pusat Khidmat Krisis Sehenti kecuali Hospital Orang Asli Gombak sahaja yang masih belum melaksanakan OSCC. Justeru itu, berikut adalah senarai hospital di Selangor yang dilengkapi oleh One Stop Crisis Center (OSCC) :-
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
- Hospital Sungai Buloh
- Hospital Selayang
- Hospital Serdang
- Hospital Kajang
- Hospital Ampang
- Hospital Banting
- Hospital Shah Alam
- Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam
- Hospital Tanjung Karang
- Hospital Kuala Kubu Bharu
