MASALAH PERKHIDMATAN AIR SELANGOR
48) MASALAH PERKHIDMATAN AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah benar projek penggantian paip lama di Kg Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu berhenti kerja hampir satu bulan pada satu ketika dan kontraktor asal ditamatkan perkhidmatan? Jika ya, nyatakan sebab-sebabnya.
Kontrak Projek penggantian paip lama di Kg Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu, masih berjalan dan hanya akan berakhir pada tahun 2018. Melalui rekod Air Selangor, kerja-kerja pemasangan paip baru di kawasan tersebut telah terhenti pada bulan Ogos 2017 disebabkan beberapa masalah yang dihadapi oleh Kontraktor yang dilantik antaranya:
- masalah dalaman – tenaga kerja yang kurang mahir;
- masalah dalaman – Sub Kontraktor yang telah dilantik oleh LBH Eng S/B yang telah memberhentikan kerja disebabkan faktor kewangan;
- Tidak mendapatkan lokasi pembuangan tanah yang sesuai;
- Masalah pengurusan lalulintas yang sukar disebabkan jalan yang sempit.
Pihak Air Selangor dan Konsultan yang dilantik, telah mengeluarkan beberapa memo peringatan dan Surat Amaran kepada Kontraktor yang telibat. Kerja-kerja telah dimulakan semula pada September 2017. Buat masa ini, 2 ‘team’ telah ditempatkan di Assam Kumbang bagi menyambung semula kerja-kerja pemasangan paip air baru itu yang terdiri daripada 1 ‘team’ kerja pemasangan dan 1 ‘team’ kerja pengujian.
Sehingga 21 Oktober 2017, sepanjang 2,025.67 meter panjang paip baru jenis ‘ductile iron’ telah dipasang di kawasan Assam Kumbang. Baki paip yang akan di pasang adalah sebanyak 1,288.33 meter.
Dengan susunan kerja yang telah Kerajaan Negeri Selangor atur dimana pemasangan paip baru yang akan berjalan serentak dengan pengujian tekanan dan kebocoran paip tersebut, ianya akan mempercepatkan lagi proses pemasangan ‘meter stand’ dan paip perhubungan ke rumah-rumah.
