PROGRAM CERIA

11) PROGRAM CERIA

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Peruntukan bagi penyelenggaraan lif dan pengindahan rumah pangsa kos rendah telah dinaikkan kepada RM 55 juta. Bagaimanakah pengagihan peruntukan tersebut dibuat?

    Peruntukan sejumlah RM55 juta bagi penyelenggaraan lif dan pengindahan rumah kos rendah adalah kesinambungan daripada Skim CERIA sejumlah RM25 juta sedia ada dengan tambahan sejumlah RM30 juta untuk Skim SMART Lift Improvement For Quality Life (SMART LIFE) pada tahun 2017.

    Terdapat perbandingan di antara Skim CERIA dan Skim SMART LIFE seperti berikut:

    • Skim CERIA adalah bantuan baik pulih harta bersama secara perkongsian kos antara Kerajaan Negeri dan penduduk seperti berikut:
    Bil Kategori Pangsapuri Julat Harga

    Belian

    Pertama (RM)

    Perkongsian Kos Baik

    Pulih di bawah Skim

    CERIA

    Kerajaan Penduduk
    1. Kos Rendah / Rumah Selangorku Jenis A 42,000.00 dan ke bawah 80% 20%
    2. Kos Sederhana Rendah / Rumah

    Selangorku      Jenis      B

    /C1

    Atas 42,000.00 hingga 150,000.00 60% 40%
    3. Kos                 Sederhana

    Tinggi/Rumah

    Atas

    150,000.00

    40% 60%
      Selangorku Jenis C2/D sehingga 250,000.00    
    • Skim SMART LIFE adalah bantuan khusus untuk lif diberikan kepada pangsapuri kos rendah sahaja (RM42,000.00 ke bawah) seperti berikut:
    • Bantuan baik pulih lif secara percuma tanpa perkongsian kos daripada penduduk.
    • Bantuan bayaran fi fima kompeten untuk penyenggaraan lif (kontrak komprehensif).

    Pengagihan peruntukan bagi RM55 juta adalah seperti berikut:

    JENIS BANTUAN JUMLAH PERUNTUKAN

    (RM)

    CERIA 13 Juta
    L‟CERIA (Lif) 5 Juta
    PERMAI CERIA (Migrasi Meter Air Individu) 7 Juta
    SMART LIFE (Lif Pangsapuri Kos Rendah Secara Percuma Tanpa Perkongsian Kos) 30 Juta
    JUMLAH 55 Juta

Lampiran

Tiada Lampiran.