HE FOR SHE
21) HE FOR SHE
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah ada perancangan khusus kempen ini selain perasmian yang telah dibuat tempoh hari?
a) dan b)
Pelancaran kempen HeForShe peringkat Negeri Selangor telah berlangsung pada 2 Februari 2016 yang lalu dengan dihadiri lebih 300 orang ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, jabatan Kerajaan Persekutuan, pengurusan tertinggi anak-anak syarikat Kerajaan Negeri serta Badan-Badan Berkanun Negeri.
Kempen HeForShe yang dilancarkan adalah bertujuan memberi kesedaran awam kepada masyarakat terutama golongan lelaki untuk memahami kepentingan untuk bersama-sama mencapai kesaksamaan gender. Selain daripada itu, kempen ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada kumpulan pengurusan tertinggi atau pembuat keputusan di setiap agensi dan jabatan untuk memahami keperluan perubahan dasar yang mesra gender dan melaksanakan pentadbiran serta dasar yang menyokong usaha mencapai kesaksamaan gender di organisasi masing–masing.
Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah memperuntukkan RM50,000.00 bagi tujuan kempen dan program advokasi HeForShe di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dengan menaikkan billboard HeForShe serta penganjuran forum HeForShe.
