LAMPU JALAN LED
79) LAMPU JALAN LED
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah perumahan / perdagangan yang baru diwajibkan memasang lampu LED?
Setakat ini, Kerajaan Negeri belum menetapkan satu dasar atau ketetapan yang mewajibkan pemasangan lampu LED di kawasan perumahan/ perdagangan. Walau bagaimanapun, beberapa PBT telah mengambil langkah atau inisiatif dengan mensyaratkan pemasangan lampu LED ini diwajibkan bagi kawasan yang akan diselenggara oleh pihak PBT seperti MBSA, MBPJ, MPK, MPAJ, MPSJ, MPS, MPKj, MPSp, MDKL, MDHS, MDKS (hanya di laluan masuk sahaja).