PERALATAN PWB
88) PERALATAN PWB
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kos yang telah dikeluarkan untuk pembiayaan pembelian peralatan kepada setiap PWB? Sila nyatakan setiap DUN dan jenis peralatan
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga amat prihatin berkaitan dengan pembangunan wanita di Selangor. Dengan wujudnya pertubuhan wanita yang dikenali sebagai Pusat Khidmat Wanita (PKW) semenjak tahun 2008 dan telah dijenamakan semula menjadi Pusat Wanita Berdaya (PWB) pada tahun 2010 sehingga kini, maka perkumpulan wanita ini telah tersusun rapi dan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan memberi manfaat kepada wanita
Bagi meningkatkan lagi kemahiran wanita dalam menghasilkan produk sama ada produk hasilan makanan atau hasilan jahitan, maka Kerajaan Negeri berbesar hati untuk memperuntukan sejumlah wang bagi pembelian peralatan untuk ditempatkan di lokasi yang bersesuaian bagi tujuan latihan/ bengkel kepada wanita setempat.
Semenjak tahun 2010, sebanyak RM595,000.00 telah dibelanjakan untuk membeli peralatan PWB. Sebanyak 20 buah PWB telah memilih peralatan jahitan manakala sebanyak 17 buah PWB pula telah memilih peralatan masakan. Berikut adalah senarai PWB yang telah memperolehi peralatan mengikut jenis aktiviti yang dijalankan :-
BIL PWB DUN JENIS PERALATAN YANG TELAH DITERIMA
1. Sungai Air Tawar Masakan 2. Sabak Jahitan 3. Sungai Panjang Masakan 4. Sekinchan Jahitan 5. Hulu Bernam Masakan 6. Batang Kali Jahitan 7. Sungai Burong Masakan 8. Permatang Masakan 9. Bukit Malawati Masakan 10. Ijok Jahitan 11. Jeram Jahitan 12. Kuang Jahitan 13. Rawang Masakan 14. Taman Templer Jahitan 15. Batu Caves Masakan 16. Gombak Setia Jahitan 17. Hulu Klang Masakan 18. Bukit Antarabangsa Masakan 19. Lembah Jaya Masakan 20. Chempaka Masakan 21. Semenyih Jahitan 22. Kajang Masakan 23. Seri Setia Masakan 24. Taman Medan Masakan 25. Kampung Tunku Jahitan 26. Paya Jaras Jahitan 27. Kota Damansara Jahitan 28. Kota Anggerik Masakan 29. Batu Tiga Jahitan 30. Sementa Jahitan BIL PWB DUN JENIS PERALATAN YANG TELAH DITERIMA
31. Selat Klang Jahitan 32. Seri Andalas Masakan 33. Seri Muda Jahitan 34. Sijangkang Jahitan 35. Morib Jahitan 36. Tanjung Sepat Jahitan 37. Sungai Pelek Jahitan