Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
101) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah saranan SELCAT supaya klausa keterbukaan kepada Enakmen Kebebasan Maklumat dimasukkan kepada setiap perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor, agensinya dan PBT sudah dilaksanakan?
Seperti mana yang disarankan oleh SELCAT, klausa keterbukaan kepada Enakmen Kebebasan Maklumat sedang diteliti pelaksanaannya oleh Pentadbiran ini dengan nasihat daripada Kamar Penasihat Undang-undang.