PROGRAM PWB DI SELANGOR
7) PROGRAM PWB DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jenis-jenis program yang telah dijalankan sejak ditubuhkan.
Menyedari tentang pentingnya kemahiran dalam proses pemberdayaan wanita, maka Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga menyokong penuh penubuhan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di setiap Dewan Negeri (DUN) di Selangor. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di bawah anjuran dan kelolaan PWB. Antara program yang telah dijalankan sejak PWB ini ditubuhkan adalah :
- Bengkel Kraftangan (kristal, dompet, bakul, kerongsang, gubahan)
- Bengkel Jahitan (Jahitan pelbagai jenis pakaian, telekung, beg daripada banner,tudung)
- Bengkel Masakan (kuih-muih, roti, kek, makanan sejuk beku, nasi arab, makanan barat, biskut raya)
- Kursus Ilmiah (Kelas Bahasa, Kelas Komputer, Fotografi)
- Senam Sihat (Aerobik dan taklimat pemakanan sihat)
- Bengkel penampilan diri
- Bengkel penghasilan produk (sabun organik, eko enzim dan lain-lain)
- Program Alam Sekitar (Green Plantation)
- Bengkel kemahiran (lukis inai, refleksologi, spa terapi, cetak T-shirt)
