Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
82) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan MARRIS yang telah diterima dan dibelanja oleh Kerajaan Negeri setiap tahun dari 2013 ke 2015? Sila senaraikan perbelanjaan MARRIS mengikut Pihak Berkuasa Tempatan/Agensi Kerajaan dan tahun.
Peruntukan MARRIS yang telah diterima dan dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2013 ke 2015 adalah seperti berikut:-
Perkara 2013 (RM)
2014 (RM)
2015 (RM)
Terimaan 499,401,414.87 523,486,773.00 468,774,527.00 Perbelanjaan 308,582,900.58 592,892,129.44 732,138,596.67 Manakala, butiran perbelanjaan mengikut Pihak Berkuasa Tempatan/Agensi Pelaksana ditunjukkan seperti berikut:-
Agensi Pelaksana
Perbelanjaan MARRIS (RM) 2013 2014 2015 Kerajaan Negeri 110,652,977.04 0.00 0.00 Jabatan Kerja Raya (JKR) 41,720,130.21 148,097,725.33 220,700,473.16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 146,012,013.84 429,337,730.09 495,640,013.81 Pejabat Daerah / Tanah (PDT) 10,081,859.49 9,593,165.62 13,798,109.70 Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) 115,920.00 5,863,508.40 2,000,000.00 JUMLAH 308,582,900.58 592,892,129.44 732,138,596.67