IMPAK BREXIT

14) IMPAK BREXIT

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauhmanakah impak Brexit terhadap perkembangan ekonomi negeri?

    Secara dasarnya Brexit tidak membawa impak negatif yang besar ke atas pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor kerana impak Brexit lebih tertumpu kepada UK dan Negara-Negara Eropah. Aktiviti perdagangan Malaysia lebih tertumpu kepada kepelbagaian eksport ke Negara China, India dan Timur Tengah. Oleh itu impak negatif Brexit kepada ekonomi Malaysia dan Selangor khususnya adalah minimum.

    Berdasarkan statistik kelulusan projek-projek perkilangan di Selangor daripada tahun 1987 hingga Mac 2016, pelabur – pelabur utama yang melabur di Negeri Selangor adalah para pelabur daripada Jepun (RM 24.235 bilion), Amerika Syarikat (RM 14.676 bilion), Singapura (RM 10.666 bilion), Jerman (5.695 bilion),

    Taiwan (RM 4.207 bilion) dan Korea (RM 3.735 bilion). Manakala pelabur daripada United Kingdom berada ditangga ke tujuh sebagai pelabur utama di Negeri Selangor dengan pelaburan bernilai RM 2.356 bilion.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan mengkaji samada Brexit akan membawa impak yang positif kepada Negeri Selangor kerana United Kingdom akan mencari ruang dan peluang pelaburan di luar Eropah selepas Brexit.

Lampiran

Tiada Lampiran.