PENYELESAIAN TUNTAS SETINGGAN KPG SG SIREH KLANG
30) PENYELESAIAN TUNTAS SETINGGAN KPG SG SIREH KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan dalam menyelesaikan masalah rumah setinggan di Kg Sg Sireh, Klang (tanah KTM)? Sila nyatakan kronologinya.
Setinggan di Kg Sg Sireh
MMKN Ke 4/2012 bertarikh 1 Februari 2012 meluluskan pemberimilikan kepada seramai 105 setinggan di Kampung Sungai Sireh Tambahan dan 10 setinggan di Kampung Sungai Sireh Utama. Walau bagaimanapun penempatan tidak dapat dibuat memandangkan berlaku pertukaran/pertindihan lot selepas pengukuran dibuat.
PDT Klang sedang dalam tindakan untuk membuat semakan semula bagi lot-lot yang terlibat dengan pertukaran/pertindihan dan akan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk pertimbangan.
