PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI MPK
56) PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI MPK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah skop kerja KDEB dalam pengambilalihan pengurusan sisa pepejal di MPK?
KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD
KDEBWM telah dilantik sebagai Perunding Pengurusan Projek (PMC) untuk mengurus pemilihan, pelantikan kontraktor dan memantau prestasi kontraktor berdasarkan jadual kerja, KPI & NTC/NTB yang ditetapkan serta memastikan kontraktor ini melaksanakan tugas dengan berkesan.
KDEBW juga bertanggungjawab menyediakan segala kemudahan baharu yang diperlukan, seperti penyediaan aset baharu bagi memastikan peningkatan kualiti kerja dan pengurusan sisa pepejal lebih efisien di MPK.
