SELANGOR INTERNATIONAL EXPO (SIE)

13) SELANGOR INTERNATIONAL EXPO (SIE)

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah matlamat dan objektif penganjuran SIE?

    Matlamat penganjuran SIE adalah seperti berikut;-

    1. Mempromosikan negeri Selangor sebagai hub perdagangan
    2. Menjadi platform bagi syarikat-syarikat tempatan dan asing (multinational) dan perusahaan sederhana dan kecil untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka serta memberikan peluang kepada mereka untuk menarik pelabur yang berpotensi untuk bekerjasama.
    3. Mewujudkan platfom kepada usahawan dan entiti korporat untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan terkini.
    4. Menjadi saluran pemasaran, kolaborasi dan kerjasama dengan organisasi lain sama ada dalam dan luar Negara iaitu pengusaha industri, usahawan dan
    5. Memberi pendedahan dan maklumat mengenai produk dan teknologi terkini yang dihasilkan di Selangor serta untuk mempromosikan „BUATAN SELANGOR‟.

Lampiran

Tiada Lampiran.