Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
202) BEBAS HALANGAN – OKU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan berapakah PBT yang telah berjaya melaksanakan 100% Dasar Bebas Halangan terhadap OKU? Jika tiada, nyatakan sebab-sebab kegagalan?
Maklum balas yang diterima dari semua PBT Negeri Selangor mendapati tiada PBT yang berjaya melaksanakan dasar ini 100%. Walau bagaimanapun kebanyakan PBT memulakan inisiatif untuk mensyaratkan sebarang pembangunan baru perlu menyediakan kemudahan OKU dan PBT akan memastikan Dasar Bebas Halangan OKU dilaksanakan dalam setiap pembangunan di PBT.