Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
218) MAJLIS ANTI PEMERDAGANGAN MANUSIA SELANGOR – MAPMAS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status MAPMAS dan siapakah yang menganggotai Ahli Majlis untuk sesi 2015 ini?
Majlis Anti Pemerdagangan Manusia Negeri Selangor (MAPMAS) telah ditubuhkan pada 10 Januari 2011 merupakan satu organisasi khas untuk menangani jenayah pemerdagangan manusia di
Objektif penubuhan MAPMAS ini adalah seperti berikut :-
- Membantu Kerajaan Negeri dalam memantau kes-kes jenayah pemerdagangan manusia di Selangor;
- Membantu mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia untuk mencari pusat perlindungan sementara;
- Menyediakan khidmat advokasi kepada mangsa-mangsa serta menjalankan kajian berkaitan aspek pemerdanganan sedia ada; dan
- Menjalankan kempen-kempen kesedaran berkaitan jenayah pemerdagangan manusia di seluruh Selangor.
Dahulunya, MAPMAS dianggotai oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor iaitu YB Puan Rodziah Binti Ismail, YB Puan Dr. Halimah Binti Ali, YB Puan Elizabeth Wong Keat Ping, YB Puan Teresa Kok Suh Sim dan YB Tuan Ronnie Liu Tian Khiew serta dibantu oleh badan bertindak MAPMAS yang dianggotai oleh badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenalpasti oleh pihak YB Puan Rodziah Binti Ismail ketika itu.
Buat masa ini, Kerajaan Negeri sedang meneliti semula keperluan kepada penambahbaikan pengujudan MAPMAS sedia ada. Sehubungan itu, sebarang lantikan ahli jawatankuasa MAPMAS ini akan dilakukan setelah proses penambahbaikan yang dikenalpasti itu selesai.