RUMAH SELANGORKU

22) RUMAH SELANGORKU

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilangan rumah pangsapuri kos rendah, rumah mampu milik dan rumah Selangorku yang ada di Selangor

    Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan rumah pangsapuri kos rendah yang telah siap dibina adalah sebanyak 207,627 unit. Pecahan bilangan adalah seperti berikut :

    Bil Daerah Bilangan Unit
    1 Petaling 93,232
    2 Hulu Langat 38,902
    3 Gombak 38,068
    4 Klang 17,226
    5 Hulu Selangor 13,812
    6 Sepang 3,600
    7 Kuala Langat 1,978
    8 Kuala Selangor 719
    9 Sabak Bernam 90
    Jumlah Keseluruhan 207,627

    Manakala bagi rumah mampu milik dan Rumah Selangorku pula, sebanyak empat projek yang melibatkan 1,774 unit telah siap dibina dan ianya terdiri daripada Bukit Botak, Selayang mempunyai 1,422 unit. Projek kedua adalah di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi yang dibina sebanyak 124 unit, 136 unit lagi terletak di Bandar Sungai Long, Kajang dan baki 92 unit terletak di Mukim Cheras, Daerah Hulu Langat.

Lampiran

Tiada Lampiran.