Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
43) PROJEK PEMBANGUNAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Mohon YAB menyatakan secara terperinci semua projek pembangunan yang akan dilaksanakan dalam Dun Sabak sepanjang 2015 hingga 2018.
Projek Pembangunan yang akan dilaksanakan dalam Kawasan DUN Sabak bagi tahun 2015 hingga 2018 adalah seperti berikut:-
- Cadangan membangunkan semula Stesen Bas di Pekan Sabak;
- Cadangan Penjenamaan Semula Sabak Waterfront, di Pekan Sabak;
- Cadangan menaiktaraf jalan JKR B5 dari Sungai Besar ke Pekan Sabak;
- Cadangan menurap semula jalan serta kerja-kerja berkaitan di Jalan Bedena dan Jalan Bedena 1, Panchang Bedena, Sabak Bernam;
- Cadangan menurap semula jalan dan membaikpulih longkang serta kerja-kerja berkaitan di lorong belakang Lorong B, C Jalan Serindit, Jalan Rajawali, Jalan Merbok dan Jalan Cederawasih, Taman Berjaya, Sabak Bernam;
- Cadangan menurap semula jalan dan membaik pulih semula longkang di Jalan Feri (Jalan Feri 1, Lorong Belakang Jalan Feri 3, 4, 5) dan Taman Bernam Jaya (Jalan Bernam 1, 2 dan 6), Sabak Bernam;
- Cadangan menurap semula jalan serta membaikpulih longkang di Jalan Bunga Tulip dan Lorong Belakang di Jalan Serendah 1, 2, 3, 4, 5 dan 6, Taman Serendah, Sabak Bernam;
- Cadangan menurap semula jalan serta kerja-kerja berkaitan di Jalan 2, Taman Pertama, Sabak Bernam;
- Cadangan menurap jalan dan membaik pulih longkang serta kerja-kerja berkaitan di Lorong Belakang Jalan Mawar, Lorong Mawar 1, Lorong Mawar 2, dan Jalan Melor di taman Pertama, Sabak Bernam;
- Cadangan menurap semula jalan serta kerja-kerja berkaitan di Jalan Pasar, Sabak Bernam;
- Cadangan menurap semula jalan serta kerja-kerja yang berkaitan di Jalan Tebedu, Sabak Bernam; dan
- Cadangan menurap semula jalan serta kerja-kerja berkaitan di Jalan Lintang Parit 11 Barat, Bagan Terap, Sabak Bernam.