Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
217) RUMPAI MIANG MEXICO (PARTHENIUM HYSTEROPHORUS)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Memohon kerajaan memberi statistik tentang usaha-usaha yang telah dijalankan untuk menghapuskan tumbuhan yang memudaratkan ini di DUN Kampung Tunku
Rumpai ini dikesan di kawasan perkuburan Kristian Kampung Tungku pada 6 Disember 2014 dengan kawasan perebakan seluas 0.1 hektar. Bahagian Biosekuriti Jabatan Pertanian bersama Pejabat Pertanian Daerah Gombak – Petaling telah melaksanakan kawalan rumpai ini menggunakan semburan racun Glyphosate, Atrazine dan larutan garam. Pihak Jabatan Pertanian akan terus memantau kawasan ini bagi membendung pertumbuhan semula dan perebakan rumpai ini dari masa ke masa. Di samping itu juga, Jabatan Pertanian meminta orang ramai segera melaporkan kepada pihak jabatan jika terjumpa rumpai ini di mana-mana kawasan.