BENIH IKAN AIR TAWAR
219) BENIH IKAN AIR TAWAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai inisiatif untuk mengatasi masalah kemerosotan benih ikan air tawar?
Setakat ini, Jabatan Perikanan tidak menerima sebarang aduan dari penternak akan isu kekurangan benih ikan air tawar di Selangor. Mengikut statistik terdapat 19 hatceri ikan air tawar di Selangor (2015) dan pada masa yang sama bekalan juga boleh diperolehi dari negeri jiran dengan harga yang berdaya saing terutama bagi spesies utama seperti tilapia dan keli. Walau bagaimanapun kekurangan benih berlaku bagi spesies ikan lain seperti baung, jelawat, lampam dan lain-lain ikan bukan spesies utama ikan ternakan berikutan kurang permintaan dan ternakan hanya dilakukan oleh segelintir penternak. Setakat ini tiada peruntukan khas (negeri/persekutuan) bagi tujuan penambahbaikan/peningkatan benih ikan air tawar di Selangor
PENGELUARAN BENIH SEHINGGA JUN 2015
Daerah Jenis ikan PENGELUARAN (ekor)
Kuala selangor Tilapia merah,Keli & Puyu
4,270,000 Sabak Bernam Patin, Tilapia merah, Keli & Puyu
1,077,500 Sepang Tilapia merah & Keli
1,492,000 Hulu Selangor Patin, Tilapia merah, Keli & Puyu 84,355,000 Hulu Langat Tilapia merah & Keli
800,000 Gombak Lampam jawa, Patin, Tilapia merah, Keli & Puyu 4,309,150