Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
324) PEMBIAKAN NYAMUK AEDES
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kompaun yang dikeluarkan oleh setiap PBT atas kesalahan pembiakan nyamuk aedes?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, di bawah Seksyen 25(1), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta boleh dikompaun tidak melebihi 00. Jumlah kompaun yang dikeluarkan oleh PBT bagi kesalahan pembiakan nyamuk aedes adalah seperti berikut:-
Bagi tahun 2014, jumlah kompaun yang dikeluarkan kepada rumah, tapak bina, kedai, rumah ibadat, kawasan komersial dan industri adalah sebanyak 1,940 yang bernilai RM 624,486.00. Manakala bagi tahun 2015, sehingga 31 Julai, jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah 848 yang bernilai RM 317,750.00.
PBT
Bilangan Kompaun 2014
Jumlah Kompaun 2014 (RM)
Bilangan Kompaun (sehingga 31
Julai 2015)
Bilangan Kompaun sehingga 31 Julai
2015 (RM)
MBSA 777 380,130 377 207,350 MBPJ 801 106,156 275 27,150 MPK 48 9,600 27 1,250 MPAJ 3 1500 5 2500 MPS – – – – MPSJ 227 113,500 108 54,000 MPKJ 13 6,500 49 24,500 MPSP – – – – MDKL – – – – MDKS 71 7,100 7 1,000 MDHS – – – – MDSB – – – – JUMLAH 1,940 624,486 848 317,750