PADANG GOLF KUALA KUBU BHARU
50) PADANG GOLF KUALA KUBU BHARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan perancangan Kerajaan Negeri untuk membaikpulih atau membangunkan Padang Golf Kuala Kubu Bharu yang tanahnya dimiliki oleh Kerajaan Negeri.
PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU SELANGOR
Status tanah adalah tanah kerajaan yang akan diwartakan sebagai padang golf dan rekreasi di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan diselenggara oleh Pegawai Daerah Hulu Selangor. Tindakan pewartaan akan dibuat setelah kerja-kerja pengukuran dan penyediaan pelan pra hitungan disediakan oleh Juruukur Tanah Berlesen. Pengukuran pada Pelan Akui (PA) yang disediakan perlu dibuat kerana terdapat bangunan rumah murah, balai raya, Tadika KEMAS dan rumah rehat
